Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 14, 2015

Bubye Hatyai Hello Krabi



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Taraaa hari yang di tunggu kini telah tiba. Say bubye to Hatyai. Say hello to Krabi. 
Seperti bagpacker lain selagi boleh berjimat kami akan berjimat. Perjalan dari bandar Hatyai ke Aonang Krabi dalam masa 4-5jam kalau menaiki van tapi kalau nak cepat ongkos terlebih naikla flight tak sampai 1jam dah sampai. Tapi kenapa perlu membazir selagi boleh berjimat. Kenapa setiap cerita saya kali ini saya banyak tekankan pasal "jimat" kedekut benau bunyinya kalaula asyik ulang2 ayat yang sama. Terserah tapi apa saya boleh katakan kalau kata pun bagpacker baikla search cara untuk penjimatan. 





Wanita kan kalau pergi holiday tak shopping bukan wanita lah. Pergi memasing bawa sorang 1 beg sampai Hatyai dah jadi 5 beg. Act beg kami yang bertambah. Mereka be2 masih kekal 2 beg dari datang sampai hari last day di Hatyai. 
Well saya memang suka shopping. Even da banyak kali sampai Hatyai. Ada je benda nk di beli. 
So back to our story. Kami bertolak dari Hatyai lebih kurang 10am dan sampai di Aonang Krabi dalam pukul 2pm lebih. 
Di sini saya tekankan sekali lagi. Bia orang nak cakap ape lagi2 bab hotel. Kami memasing bersetuju duduk di Hostel yang semalam rm22. Kenapa duduk hostel?? Meh nak habaq sikit naaaa. 1st day sampai still takde activity so merayau2 di Aonang cari packed untuk island hopping 7island. So nampak tak berapa lama je duduk di dalam bilik?? Dan keesokkan harinya Island hopping pukul 1pm sampai 9pm so dah terang2 kan weall x akn bangun menyubuh hari so bangun siap2 untuk lunch then terus ke Island Hopping 7island. Nampak tak weall still tak stay lelama dalam bilik. Habis island hopping kami bersiap untuk berjalan2 di pasar Aonang. Jadi dengan sewa hostelkan dah jimat. Tapi ni untuk bagpacker untuk honeymoon tu saya tak sarankan. 




Ready for 7 Island. 


Chicken Island. Even da berapa kali pergi still nak snap pic. 








P palang S : Story day 1 & 2 



Monday, September 14, 2015

Hatyai Day 2



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Setelah keletihan perjalanan semalam. Maka hari ini bangun lebih ceria dan cergas dari semalam. Alhamdulilah Allah masih memberikan kesihatan yang baik untuk percutian kali ini. 
Since semalam kami memang da booking tuktuk nak berjalan. Senang takyah nak tahan tuktuk tepi jalan yang charge harga ikut suka apak dorang je. Dapat yang Alhamdulilah fasih berbahasa melayu. Boleh nego waktu dan harga. 




Taraaa kami dah bersedia untuk menterjah Hatyai. 




Destinasi pertama 









Pemandangan dari atas lif boleh menampakkan bandar Hatyai. Perjalanan di teruskan tapi berhenti seketika di tepi jalan yang nampak bunga matahari yang menarik. Dah la ioll memang suka bunga matahari terus teruja bila nampak depan mata. 







Seterusnya ke Pantai Samila. Tempat yang wajib singgah kalau da sampai Hatyai. Takde ape pun menarik cuma pemandangan yang cantik. Biasala kata pun tepi pantaikan. Angin sepoi sepoi bahasa. 



Setelah berehat di tepi pantai seterusnya kami ke Magis eye 3D 

Oill X teruja pun sebab saya kan dah pernah pergi muzium 3D terbesar di Asia. Kat Malaysia lagi. So setakat habiskan masa berjalan. 










See betul tak saya cakap takde apa pun menarik. Dengan takde idea nak snap pic.Mostly dorang akan letak pic untuk bagi idea tapi ni takda. Ok hampeh. 
Actuvity seterusnya perabih duit kat bazar depan Magic Eye 3D 


P palang S : Continue Lagi 




Hatyai Day 1


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Sambung entry sebelum ni. Untuk tidak membuang masa. Kami mandi dan bersedia untuk ke Floating Market Hatyai. 
Maaf kebanyakkan pic masih di dalam Go Pro jadi saya share ape yg de dalam hp je. 
Kami bernasib baik sebab abang teksi dari padang besar sanggup tunggu kami bersiap dan bawa kami berjalan. 
Sampai ke Floating Market benda utama saya nak cari adalah bekas air yang unik. Mungkin pada yg biasa tak rasa keunikkannya tapi setahu saya belum ada lagi bekas unik dengan harga Rm3 siap dengan air jual di Malaysia. 



Pelbagai jenis corakkan boleh di pilih. 

Sebelum ni saya ada juga membaca blog2 terkini mengenai Floating Market. Dari pasu unik sampai la ke jenis makanan halal yg murah dan sedap. Memang saya tak nafikan makanan di Thailand is awesome. Bagi yang suka mencuba sesuatu yang lain seperti saya sangatla sesuai ke Floating Market ni. Makanla seberapa banyak ianya sangat berbaloi murah dan sedap. 





Lebih kurang 3jam bertapa dan keadaan tak mengizinkan sebab cuaca da mula mendung jadi kami pun berangkat pulang  ke Hatyai Town. 
Hari pertama di Hatyai kami hanya berjalan dan survey kedai2 yang murah untuk di beli pada esok hari. 
Lebih kurang 1130pm waktu Malaysia kami pulang ke hotel. 

P palang S : to be continue 


Thursday, September 10, 2015

Dugaan percutian 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Percutian yang berulang kali. Biapun asyik ke destinasi yang sama tapi bagi saya itu satu yang memuaskan. Ke mane destinasi kali nie?? Seperti biasa ke Negara Thailand. Mungkin di sebabkan economi negera kite yang masih tidak stabil dan mungkin Thailand destinasi yang boleh saya bergerak sendiri tanpa Tour guide. 

Seperti tahun lepas seingat saya. Saya ke Krabi dengan menaiki flight seorang diri. Sampai ke Airport naik bus ke Krabi Town. Bukan percutian seorang diri tapi kekawan lain menaiki train dan lewat sampai ke destinasi. Jadi dari Krabi town saya memberanikan diri mencari Hostel sambil berjalan kaki. 
Mungkin ada yang seberani saya tapi sejujurnya ni adalah pertama kali tahun lepas saya ke Krabi town. Alhamdulilah Allah permudahkan perjalanan saya. Sampai ke hotel dengan selamat sementara menunggu teman2 lain sampai pada sebelah petang. 
Berbalik pada cerita tahun ini. Perjalanan ke negara Thailand untuk kali ke berapa saya tidak pasti dengan 2 tujuan. 
Pertama - saya membawa sahabat saya yang pertama kali menjejak kaki ke Thailand. 
2 - mata wang Malaysia merundum jatuh dan Thailand sahaja destinasi mungkin menjimatkan. 

Dugaan demi dugaan percutian kali ini kami tempuhi bersama. Alhamdulilah saya di kelilingi kekawan yang tidak cepat melatah. 

28 Aug 1130pm
Kami ke Thailand dengan menaiki bus. Menjimatkan. Ok tipu sebenarnya ticket flight mencecah 389rm ke atas. Pergi sahaja jadi cam tak berbaloi. Train pulak kehabisan ticket. 
Kami sampai ke Pudu lebih kurang 1030pm. Memang saja awalkan sejam. Kononnya takut tertinggal bus. Jam hampir 1159pm bus masih tidak muncul dan hati kami semakin resah. Rupanya bus kami rosak dan hanya di beri 3 pilihan. Refund ticket balik rumah, tukar bus tapi turun kat Kangar or tunggu bus esok pagi. Ya Allah dugaan apakah ini. Nak balik rumah hotel dah bayar full. Ticket flight balik dah beli. Jadi bincang punya bincang kami setuju dengan menaiki bus ke Kangar. 

29 Aug 

Kami sampai ke bandar Kangar lebih kurang 830am dan sepatutnya time begini kami dah sampai di bandar Hatyai.  Ingatkan settle bila sampai ke Kangar hanya cari bus or van untuk ke Hatyai. Rupanya anggapan kami meleset. Kami terpaksa menyewa bus or teksi untuk ke Padang besar. Sampai je ke Padang besar sekali lagi kami kena sewa teksi ke bandar Hatyai. Udahlah matawang Malaysia jatuh lagi di tipu mau di bayar lebihan dari bajet kami. Nasib kami de bawa duit Malaysia extra. 
Alhamdulilah kami sampai ke HotelHatyai Lebih kurang  330pm. Ya Allah lenguhnya kaki. Penatnya badan hanya Allah yang tahu. Dan kami percaya Allah tidak akan menguji seseorang tanpa kudrat yang mereka boleh tempuhi. Allah maha mengetahui jalan cerita yang ianya telah tetapkan. 


Sambungan susulan akan di teruskan bila masa dan keadaan mengizinkan. inshaaAllah. 



Friday, August 14, 2015

Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Puteri UMNO bahagian Klang 2015

             السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Persidangan Umno Bahagian Klang. Di rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan "Khairy Jamaluddin" Walaupun saya tak dapat selfie atas sebab saya balik lebih awal. 
Setelah tiba kedatangan yang di tunggu saya memohon untuk pulang lebih awal. 
Bak kata orang zaman sekarang selfie or wefie tak dapat di pisahkan. 








Selesai sudah persidangan kali ini. Kite tunggu next persidangan di PWTC akan datang. 


Thursday, July 30, 2015

PrinceDotz Bornday Part 2

                       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

16 May 2015

Seperti yang saya pena kongsikan tiada apa2 sambutan ulangtahun kelahiran Lelove untuk tahun ini. Bia mulut kata tidak tapi apakan daya hati meronta2 walaupun hanya kecil2an. 
So plan last minute bermula. Memandangkan nak buat kat rumah sendiri. Memandangkan Lelove tak kerja. Memandangkan ini adala suprise. Memandangkan perabot rumah tak beralih lg. berapa banyakla memandangkan. 
Kusut2 camne nak buat surprise kalau tuan empunya badan ada kat rumah. Tetiba idea datang. Nasib baikla adik2 TMF sudi membantu. Nasib baikla adik kesayangan sudi menolong. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. 
Lebih kurang pukul 330pm saya mengajak Lelove ke Avenua K. Saje berjalan nak cuci mata. Walaupun sbenarnya takla logik sangat alasannya. Tak beli ape pun. Sekadar datang untuk lunch dan berjalan2.
Alasan nak keluar sebab nak menyenangkan adik2 kat rumah mengemas menyediakan apa yang patut. 
Tak sambut besar2an. Tapi masih memerlukan waktu yang panjang untuk mengemas, mendeco. 
Lebih kurang 930pm kami sampai di rumah. Da segalanya terjawap. Again n again Lelove dapat surprise. 
Thanks pada adik2 TMF yang sudi datang membantu. Adik saya yang belakon, menunggu kek dan sebagainya. 
Thanks kepada kekawan terdekat yang datang. Maaf kerna menunggu terlalu lama. Kerjasama uall amatla saya hargai. 



  

Tuesday, July 28, 2015

PrinceDotz Bornday


                                       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

15 May 2015

Seperti biasa setiap tahun mesti ada celebration birthday Lelove tapi di sebabkan saya busy dan keadaan tak begitu mengizinkan jadi niat untuk menyambut ulangtahun kelahiran Lelove di batalkan.
Di sebabkan 15 May jatuh pada hari Jumaat ajak Lelove makan Shell Out. Memang takda sambutan apa2 pun untuk Lelove saya dah bagitahu awal2. Saya tak nak Lelove meletakkan harapan. Cukupla sekadar kami keluar dinner dan luangkan masa bersama. 
Bukan tak nak buat ape2 cuma keadaan tak begitu mengizinkan. Memandangkan saya pun baru je keluar dari hospital. Kesihatan tak begitu stabil. 
Alhamdulilah Lelove sangat memahami. InsyaaAllah kalau di murahkan rezeki di panjangkan umur dan persahabatan kami tahun depan mungkin. Itu pun terletak pada keadaan. 





Monday, July 06, 2015

Labour Day Journey


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Taraaa. Sebenarnya mood nak update blog kesayangan ni tak sampai lagi. Tapi bila tengok je album gambar Go Pro dalam hp. Mak aiii punyala banyak tak di kongsikan dalam dairi kesayangan ni. Kekadang macam malas je nak update blog ni tapi bila tengok gambar cam rugi je tak di kongsikan dalam dairi kesayangan ni. Sekurang2nya bila bosan boleh gak membaca dan kenangkan kenangan indah yang pernah saya lalui.

Bila jalan cerita dah lapuk di makan zaman. Saya tetap ingin kongsikan sebagai kenangan saya.

30 April 2015

Perjalanan yang sememangnya di rancang. Tak jauh mane pun tapi cukupla ia membuat saya teruja dengan kecantikkan alam semua lagi. Tepat pukul 1030pm bus Sani Express begerak ke destinasi. Kenapa kali ini perjalanan kami menaiki bus. 1 atas sebab kami pergi beramai walapun perjalanan takla sejauh mane cuma dapat rasakan bakal kepenatan waktu nak balik. 2 dengan alasan yang paling kukuh bila kita duk berendam untuk drive balik ke KL akan membahayakan keadaan. Mungkin sebab letih mungkin juga sebab terlalu mengantuk.





Seramai 8 orang yang join percutian kami kali ini. Ke mane destinasi saya kali ini biar la gambar2 berbicara. Biarla kalian terteka teki. yang penting masih dalam Malaysia.
 
1 May 2015

Memandangkan hari ini adalah cuti umum maka seramai2 hamba Allah terkumpul dan pergi ke arah destinasi yang sama.Seawal pukul 1030am kami sampai di destinasi.Kenapa lambat sangat? Fefahamla kalau duk Malaysia ni cuti umum, cuti panjang kalau tak tersangkut kesesakkan lalulintas bukan Malaysia la namanya.
Biar lambat asalkan selamat yea idok?? Alhamdulilah selamat juga sampai walaupun tidur bangun tidur bangun masih di dalam bus.
Memandangkan 1 may jatuh pada hari jumaat perjalanan untuk menaiki feri terpaksa di tunda selepas sembayang Jumaat. Perasaan mengantuk, panas, tiadak selesa sebab tak mandi, bosan semua menghantui kami sangat menanti habisnya solat Jumaat.
 
Lebih kurang pukul 4pm kami check in hotel, meluruskan pinggang dan melepakkan diri di tepi pantai. Memang hari pertama kami free untuk segala aktivity.
 

 
 
 
 








 

Sape dah dapat teka mane lokasi destinasi saya kali ini?? Tak dapat lagi la tuewww, tapi malu nak ngaku nanti orang cakap awak kurang bijakkan. Takpe teruskan membaca nanti dapatla jawapan tu. Kalau tak sanggup baca sampai ending nanti taula destinasi di mana.

2 May 2015

Lebih kurang pukul 1030am bot untuk membawa kami ke 1 pulau ke 1 pulau telah tiba. Sebelum itu saya memohon maaf sebab activiti di dalam laut semua masih dalam simpanan Go Pro. Cukupla malas saya nak upload masukkan ke dalam Hp. Walaupun Iphone6 ioll 64gb tapi bila malas menguasai diri segalanya akan di beri dengan pelbagai alasan.
Kalau dalam blog tak di upload inikan pulak dalam instgram dan Fb memang haramlakan sebab malas dah menguasainya.


Setelah beberapa jam meredahi lautan maka kami pun di hantar ke hotel untuk cara bebas. Memang kami tidak mengambil packej yang padat dengan activity di sebabkan percutian kami terlalu singkat.
Perjalanan di sebelah petang di teruskan ke Kinci Angen. SubahanaALLAH bertapa semputnya pernafasan untuk sampai ke Kincin Angin. Tercungap2 badan Xyah cakapla berlecak segalanya.
Aeeuuwww dengan berpeluh dengan tekak dahaga. Allah je maha ketahui. Ni gara2 bila pemandu tu tanye nak redah laut atau darat. Kami sepakat nak redah darat memandangkan ramai antara kami dah mandi n salin baju. Sekali hambek. Lencun baju serupa tak payah mandi.

Alhamdulilah setelah meredah jalan darat menempuhi gunung ganang selama 45minit akhirnya kami sampai ke destinasi. Nampak tak bertapah gigihnya kami nak sampai ke Kinci Angin. SubahanaALLAH pemandangan yang sangat cantik. Angin sempoi2 bahasa. Bila badan dah berpeluh kena angin mak aii layan




Setelah berehat beberapa jam di kinci angin perjalanan di teruskan tapi kali ini dengan membuat pilihan kami redah lautan. Ketika meredah laut air mula menaik dengan saya yang tak berapa pandai berenang bertawakal je semoga selamat sampai ke bot.

3 May

Hari terakhir berada di sini. Terlalu banyak kenangan yg akan di tinggalkan. Memandangkan btot ke jeti akan sampai ke pukul 4pm untuk ke jeti. Jadi kami tambah lagi 4jam untuk simpan beg. Tambah untuk 1 bilik je share reramai. Jadi activiti terakhir kami bermain di sisiran pantai. menikmati kecantikkan ciptaan Allah buat kali terakhir. Ada rezeki dipanjangkan umur sihat segalanya InsyaaAllah akan sampai untuk masa akan datang.