Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Kepadamu Allah ku bersyukur.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Ya Allah lamanya lah saya tak update dairi kesayangan saya ni. Rasanya since puasa. Biasala seperti entry2 sebelum ni alasan yang saya akan saya gunakan. Kesibukkan mencemburi saya untuk update cerita terkini. APA??? Bosan ngan alasan saya. Sejujurnyalah bila nak update blog nie saya memerlukan masa yang banyak. memerlukan idea yang bernas. Dan paling penting saya bukan penulis blog yang tegar. Segala blog di update dengan keizinan masa yang terluang. So pada pembaca yang still or tak jemu2 nak membaca harapla bersabar ya. In shaa Allah kalau di panjangkan umur dan masa mengizinkan In shaa Allah saya akan update walaupun tidak mengikut masa kejadian.

Kali ini saya nak sharekan apa yang saya lakukan sepanjang bulan mulia ini. Sama ada untuk dunia mahu pun akhirat. Bukan nak riak cuma saya hanya nak kongsikan pengalaman pertama saya di bulan mulia pada tahun ini. Alhamdulilah dengan rezeki yang ada saya nak kongsikan sedikit rezeki saya pada yang memerlukan. Walaupun tak seberapa tapi saya tetap bersyukur akhirnya niat saya tercapai juga seperti yang telah saya janjikan. 

Kalau tak silap pada Khamis lepas (17 July 2014) dengan niat yang ada saya ingat bersedekah sedikit makanan dan  minuman kepada yang golongan gelendangan. Sapakah orang2 gelendangan itu? Mereka adalah insan yang kurang bernasib baik yang hanya mampu tidur di kaki lima tanpa berbantal dan selimut. 
Chow Kit & Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi pilihan lokasi saya pada malam itu.

Pada mulanya saya tak nafikan memang saya agak cuak. Pelbagai perasaan bermain di fikiran. Lagi perasaan selamatkah apa yang saya lakukan. Sebelum saya teruskan activiti malam itu saya da research sama ada status saman menyaman akan di kenakan pada yang bersedekah?? saya dah bertanya pada warga2 yang pernah membuat pemberian makanan mahupun pakaian adakah ianya selamat. Alhamdulilah niat baik Allah sentiasa permudahkan. Segala fedback yang saya dapat adalah positive. 

Saya hanya di bantu oleh 2 orang kawan saya yang pernah melakukan activiti seperti saya dan paling penting dan saya bersyukur Love sentiasa memberi kerjasama untuk saya jayakan acitiviti mulia ini. Kami hanya melakukan pada pukul 1030 malam dan berakhir pada pukul 1230am. 
Kenapa begitu lambat?? Mungkin saya lakukan bersendirian tanpa bantuan pihak NGO. Jadi tak terfikir langsung di fikiran saya pada malam ini terlalu ramai yang bersedekah. Yang membuatkan saya rasa terharu orang2 gelendangan tidak ada perasaan tamak. Walaupun saya ingin menghulurkan lagi makanan yang ada. Bagi mereka sapa yang dah bersedekah itu rezeki mereka jadi kami yang kelewatan mereka tak ambik lagi makanan kami dan hanya mengarahkan kami ke kawasan yang masih memerlukan makanan.
See bertapa murninya hati mereka. Masih mengingati antara 1 sama lain dan saya pasti ada di kalangan  mereka tidak mengenali antara 1 sama lain.

Alhamdulilah segalanya selesai dan bersyukur kami selamat dari segala2nya.










Wednesday, June 11, 2014

Score Run 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Sambung activity saya yang begitu busy dari minggu ke minggu
Last week ada "ScoreRun" di Jalan Merbuk
So harusla busykan bila event bermula
mane nak arrange Tshirt 
Mane nak jawap call pada yang tak collect barang2 untuk event dekat KLCC time FitMob
nak double tripple confirm kat supplier 
Kesibukkan yang tahap melampau...

Kukuh tak alasan saya kenapa dan mengapa saya jarang untuk update Dairi Kesayangan saya lagi....
Kira kukuhla yea...






♥♥ Hello JuneBabies ♥♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




two my thing that is impatient awaiting by this month
* My Birthday 
* Worlds Cup 
i choice Brazil & German


Tuesday, June 10, 2014

Perkhemahan Kampung Merah Jambu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




23-25 Mei 2014Perkhemahan Pink Village Puteri Umno Malaysia Festival Belia Putrajaya




Almost 1 months kan story perkhemahan bersama Puteri Umno Malaysia berlalu....
Dengan activity di pejabat....Dengan jualan kecil2an saya untuk hari raya... memang tiada langsung ruang kasih sayang untuk saya luangkan sedikit masa untuk Dairi kesayangan...By this week baru keadaan semakin ok dari biasa...

Alasan yang sama saya berikan.... masa mencemburikan saya....Nanti saya cerita apa activiti saya weekends selepas Perkhemahan Pink Village...
Okey back to the story
23 Mei - Bus kami bertolak dari Klang lebih kurang pukul 930pmPendaftaran di Putrajaya pukul 930pm tapi kami baru bertolak dari Klang 930pmNampak tak janji melayu??Lebih kurang pukul 11pm kami sampai ke destinasitapi meh saya nak cerita sikit la bertapa sakitnya hati saya di sebabkan...driver bus yang hanta kami ni terlalu over confident boleh pulak turunkan kami dekat perkarangan "Festival Belia"Dah puas kami cari mane Pink Village
dah terang2la kami tak tahu "Pink Village & Festival Belia + Jom heboh " antara jarang tempat yang sangat jauh... berjalan dan terus berjalan...setiap orang yang kami jumpa saya akan tanya mane Perkhemahan Pink Village.

Saya dah confirm2 lah memang tak familiar area Putrajaya... even dah berpuluh2 kali ke sana...Al-maklum la bukan ada 1 perkhemahan je time tu...Jalan terbaik dan nekad saya telefon driver bus tu datang balik ambik kami dan hantar ke Perkhemahan Pink Village walaupun driver tu dah sampai area Subang Jaya.Ada pulak saya kisah kan... 
Dari saya nak kena jaga 16orang baik saya stay 1 tempat then tunggu sampai bus datang.
Selamat pun selamat...


Lebih kurang 1230am kami selamat sampai ke 
"Perkhemahan Pink Village"Sampai2 je ketua Puteri Umno kami bagi kupon untuk membeli makanan.Dah confirm2 la kami semua kelaparan. Time dapat kupon tu seriosly feel macam datang hari kantin sekolah.setiap makanan perlu bayar dengan kupon.Selesai makan... ambik tshirt... bagi khemah bermula..untuk kami saja la sebab lain2 Puteri da sampai lebih awal dari kami.dah siap pacak khemah lagi.ada yang da buat tahi mata.Bad news kami dengar khemah habis!!!Oh Man.... nak tido kat mana??jadi jalan terbaik tidur di surau.. tapi Alhamdulilah rezeki kami kan ada beberapa khemas kosong yang boleh kami share2 tido sementara menunggu khemah sampai.. Ini la keadaan surau yang saya maksud kan andai malam tu kami tak dapat khemah...


Tak terbilang oleh jari saya berapa khemah yang telah di pacak.
24 Mei - Seawal 8am saya dah terpacak depan pentas untuk senaman pagi.Even tak cukup tidur tapi saya gagahi bangun untuk bersenam bersama2 Puteri Umno Malaysia yang lain.
bukan selalu pun dapat feel camni kan...
siap ade flasmob lagi...

Bangun tidur harusla seawal yang mungkin salah 1 sebabnya perebutan tandas bermula.Act tak la berebut sangat kami share2 mandi sesama tapi terpaksa menunggu giliran 1 sama lain.
sape lambat nasib badan la... 
kena la tunggu air di tadah lagi...Kecergasan minda bila kami bersenam...berpeluh2 tak payah cakapla...bau minyak wangi pun confirm2 hilang bila peluh menghantui badan kita.seharusnyala berkenalan dengan orang sekeliling kita dan di sekeliling saya tak jauh mana pun Puteri Umno Kajang je. Sesi bersenam tamat bermula lagi sekali perebutan tandas dan kami di beri kupon untuk 1hari pembelanjaan...Banyak aktiviti yang kami lalui bersama... 

          25 MeiHari terkahir untuk kami... sedih?? hahahhaha harusla tidakkan tapi puas sebab dapat mengenali antara 1 sama lain.. dapat bekerjasama... aktiviti terakhir kami di beri 10 kumpulan di beri masa 20minit untuk membuat apa saja dalam 1 kumpulan...Alhamdulilah kumpulan saya dari Klang sangat sepakat walaupun kami jarang bersua...Seharusnyala kami jadi pemenang...Persembahan terbaik...Alhamdulilah...    

Monday, June 09, 2014

Time to Facial & Skin Care


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Meluangkan sedikit masa untuk memanjakan diri....
Lama rasanya tak manja2 kan muka.. badan...
tapi kali ni sebab masa tak berapa nak mengizinkan... 
jadi saya meluangkan masa memanjakan muka saya di Spa pilihan saya sejak setahun yang lepas...
Last pergi awal bulan March 2014...
kesibukkan urusan kerja keluarga sampai hampir 2 bulan saya tak memanjakan muka saya...
Alhamdulilah hampir 2jam saya memanjakan muka saya... 
dan saya berpuas hati dengan hasilnya...







Friday, May 23, 2014

BackPackers 2nd Time - Krabi Thailand -

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



 Destina : Krabi Thailand
Tarikh : 14 Feb - 17 Feb 2014

2 minggu selepas ke Bandung destinasi seterusnya ke Krabi Thailand... Ni betul2 kes tangkap muat... main sambar mane sempat je... Sebenarnya tiada dalam perancangan pun... tapi camne tah hati ni tetiba teruja sangat nak follow kekawan lain ke Krabi even saya kena bergerak sendiri ke sana...
Teruja ok da serupa macam Minah2 saleh lak berjalan sesorang dari 1 negara ke 1 negara... class ko jah...

Ni angkara tiket keretapi kehabisan... jadi saya bergerak naik flight pada keesokkan hari nya... dah sedia maklumkan naik kapal terbang jauh lebih cepat dari naik keretapi...tiket flight pun beli malam 13 Feb tu... memang kire kerja gilela...Perjalanan naik keretapi mengambil masa 13jam kalau tak silap saya la... di sebabkan mereka2 bertolak dari Kl sentral pada 13 Feb pukul 1030pm maka 1130am akan sampai ke Hatyai... Hatyai ok belum lagi masuk perjalanan ke Krabi... mengambil masa dalam 4 ke 5 jam.... so sila la kire brapa lama untuk saya menanti kedatangan mereka...

Jadi saya mengambil penerbangan ke Krabi airport pada pul 140pm di jangka tiba dalam 330pm tapi ianya masih awal untuk saya menunggu kekawan yang lain... maka saya teruskan perjalanan ke Krabi Town menaiki Bus... Yes bus sebab saya sesorang jadi confirm2 saya tak berani naik teksi seorang diri... ala2 back packers la ni... Bus pulak berhenti dalam 4 ke 5 kilometer untuk ke hotel... jawapannya berjalan kaki lah saya ke Hotel.. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar... saya selamat sampai ke hotel...

Hotel ke?? act bukan hotel pun sebenarnya Hostel... 1 dome ade 10orang.. kami ber 6 dan mereka2 nak duduk sekali dalam 1 bilik.. jadi hostella pilihan mereka... di sebabkan saya tak pernah menyewa Hostel jadi amatla teperanjat bila buka2 pintu bilik ada 3orang lelaki mat saleh... sedang berbaringan atas katil.. Oh Man mati la aku itu yang terdetik dalam hati saya bila 1st time nampak mereka... But dieorang sangat friendly... jauh beza sangat dengan apa yang saya fikirkan.... berkali2 saya tanya mamat saleh tu betul ke ini bilik "Library" ok name bilik tu "Library" bukan perpustakaan ya...  mungkin dari raub wajah  saya yang cuak dorang melayan + berborak2 ngan saya sampaila kekawan saya sampai pada pukul 7pm.... Bilik yang cukup selesa walaupun kena share bilik dengan bangsa lain.... WIFI keutamaan untuk saya berhubungan dengan kekawan yang tak sampai2 ke destinasi... Nasib hostel tu provided WIFI secara free kalau tak mau seksa idup saya seketika...

Lupa lak nak mentions di sebabkan akhir Oct tahun lepas saya da ke Aonang Krabi jadi pilihan kali ni di Krabi Town je... but serious shit sangat membosankan... takde activiti yang menarik untuk uall buat malam hari melainkan nite life...
 perjalanan ke Aonang dari Krabi Town dalam 20km.. kebosanan malam hari kami nekad menyewa motor dan bergerak ke Aonang....
Leka di Aonang tak sedar da hampir pukul 330am harusla perut berirama... makanan halal??? aduhai mane nak carikan pepagi ni... akhirnya berkampungla kami di depan 7e sambil makan meegi...











Friday, August 17, 2012

Shopping Raya di Charles & Keith

Assalammualaikum...


Alhamdulilah... walaupun mood raya masih tak wujud... tapi segala keperluan untuk anakda tercinta... da siap tersedia sebelum puasa.... bukan tak nak buat last minit... cuma saya tahu saya pasti akan sibuk di bulan ramadhan.... dan keperluan saya dari segi baju kurung da siap sebelum puasa juga... da sedia maklum bila baju yang di tempah untuk hari raya keadaan dan keselesaannya sangat berbeza.... walaupun ramai orang cakap badan cam saya la yang paling senang nak beli baju kurung da siap... bukan tak mampu cuma saya tak selesa memakaiannya...

Bersyukur sekali lagi walaupun sesibuk mana pun saya masih boleh meluangkan sedikit masa untuk bershopping.... Ummi pernah kata... andai berkemampuan... kite hendakla berbaju baru di pagi raya... jadinya... saya bukan setakat berbaju baru malah sama dengan semua wanita2  kebanyakkan.... ber"Handbeg" baru... berkasut baru....




Nak ucapkan terima kasih pada yang telah memberikan saya handbeg "Charles & Keith".... dan macam tahu je tahun ni saya membeli kasut di "Charles & Keith"..jadi sama la dengan handbeg baru yang saya dapat tu... Alhamdulilah.... da tertulis masih ade rezeki untuk saya...

dan saya dapat beberapa helai baju di "Cache-cache" dan 3 pasang seluar di "Zara" kali ni pilihan warna sangat berlainan dari biasa... saya membeli sehelai berwana "Merah"..."Pink lembut" dan Biru.... Jadi apa lagi yang masih tak cukup untuk saya yea... Walaupun mood nak raya memang takde di sebabkan Company saya tak keluarkan gaji awal untuk kali ini.... sangat mengecewakan... nasib baik masih ade simpanan.... 

Tapi saya masih ada menyediakan duit raya untuk yang tersayang... masih ada menyediakan untuk tetamu2 yang datang.... Moga dengan cara bersedekah begini... Allah memurahkan lagi rezeki saya... AMIN.....

 

Friday, June 22, 2012

Suprise Kek buatan dari Muchit!! Sila cakap Sweet sama-sama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

20 June 2012

Tepat pukul 6pm saya da bersiap sedia untuk pulang ke rumah... Mungkin sebab hari ini hari ulangtahun kelahiran saya jadi saya lebih selesa untuk pulang awal dari hari2 biasa..... Dan malam ni saya di suruh memilih tempat makan yang saya ingin makan... jadi di sebabkan saya da selalu sangat makan steak even takde apa2 activity jadi saya membuat pilihan ke "Jeram" untuk menikmati Seafood sambil menghirup angin laut.... walaupun tak ala2 candle light dinner tapi keadaan di sana sungguh melapangkan pemikiran saya..... dari memikirkan kerja2 di pejabat....
Sampai dirumah da sedia maklum malam ini kami tak makan di rumah maka saya hanya menjamah Laksa yang di beli di tepi jalan masa perjalanan pulang....

Sedang leka makan dan Muchit tak makan pun dengan alasan dia da kekenyangan... ye mungkin betul kot jadi saya yang kelaparan saya biakan muchit dengan urusannya.... Muchit da biasa berada di dapur time2 saya tengah makan... kadang2 membuat air... kadang2 memotong buah2an.... jadi saya tak terfikir ada sesuatu yang cuba dia sorokkan dari saya....
Selesai menikmati Laksa yang ala2 tak berape sedap tu.... Muchit keluarkan sebentuk kek saya di buat khas untuk saya.... sila cakap sweet... sila...sila... nak muntah laju2 pun saya tak kisah.... sebab selama saya hidup ini adalah kek pertama yang di buat khas dari air tangan insan tersayang pada ulangtahun kelahiran  saya berbanding saya selalu dapat kek yang di import dari kedai.....
Walaupun tak secantik mane kek tersebut.... walaupun hiasannya adalah dari bahan2 kek saya... tapi bukan itu yang jadi soalannya.... persoalannya.... muchit dengan ikhlas membuat kek untuk saya dan hasilnya sangat menyelerakan saya....
Butter kek chocolate home made....


Selesai sessi memotong kek Pn. Besar memberikan saya sesuatu.... yang selama ini saya tak pernah terfikir yang Pn. Besar sudi memberikan saya sesuatu yang berharga.....




P palang S : Banyak harta saya untuk di kumpul... Alhamdulilah