Saya tak mahu kata apa-apa pada saat nie...
kepala saya sudah terasa sangat berat dan saya mahu berehat untuk meneruskan kehidupan hari esok yang tidak saya tahu apa yang akan berlaku..
Biarlah apa yang berlaku hari nie....
menjadi kenangan dan terus berlalu..
akan saya padamkan semua kenangan yang tercipta antara saya dengan dia..
saya tidak mahu miliki penjaga hati buat seketika..
Memang saya kecewa teramat sangat...
tapi aku percaya kekecewaan itu akan terubat dengan sendirinya..
masa dan keadaan yang akan mengubah semuanya...
Saya doakan agar dia bahagia hingga akhir hayat...
biarkan dia bahagia di atas kekecewaan saya...
saya tak berhutang apa-apa pada dia begitu juga dengan dia..
jadi biar dia melangkah kehadapan dengan cara yang dia mahu..
Keadaan saya akan pulih esok pagi...
apa yang saya lakukan sekarang terasa serba tak kena...
dan buatkan saya tambah tertekan..
Saya mahu mencari kegembiraan saya yang telah lama hilang...
saya tak mahu berada di garisan penamat dalam keadaan sedih..
apa pun saya akur dengan keadaan yang berlaku...
mungkin kerana saya terlalu lama melupakan sesuatu...
mungkin juga saya terlupa akan sesuatu ketika saya bersedih..
mungkin ini lah masanya saya ubah semuanya agar menjadi lebih baik dan sempurna...
Saya sudah silap buat pencaturan...
saya memilih jalan singkat dengan melepaskan dia hanya saya fikirkan kegembiraan..
Tapi bila saya fikirkan semula ada baiknya saya kehilangannya sekarang...
Dari saya kehilangannya pada masa akan datang...
kita tak tahu dan tak nampak apa akan jadi pada masa akan datang...
saya tetap yakin akan adanya kebahagiaan walaupun sedkit buat saya..
tapi untuk balik pada seseorang yang telah banyak melukakan hati saya
itu tidak mungkin...
Bukan saya angkuh...
tapi banyak sebab yang telah buatkan saya jadi tawar hati..
biarlah semua tuh berlalu...
saya tak mahu ulangi kisah yang sama dalam kehidupan akan datang....
Saya tak mahu mencari..
aku tak mahu mengharap...
aku tak mahu terlalu terburu-buru malah saya tak mahu tersilap pencanturan..
cukup hanya kali nie rasa sakitnya jangan lah kata...
mungkin ada yang kata apa yang saya lalui nie bukan apa-apa...
di luar sana masih ramai manusia yang lalui berbagai dugaan yang lebih berat..
itu tidak saya nafikan...
aku akur dengan karma yang tertulis buat saya...
terima kasih pada semua yang telah melukakan hati saya...
saya terima semua kesakitan yang di berikan untuk saya jadikan penawar pada masa akan datang...
mungkin perasaan saya lumuh pada waktu sekarang tapi bukan untuk selamanya...
itu saya tak akan benarkan berlaku....
itu semua hanya kata-kata mahu sedapkan hati sendiri...
kebenaranya saya tidak punyai kekuatan untuk teruskan perjalanan saya...
di sebalik kata tersimpan banyak rahsia yang sukar untuk saya kongsikan..
kejujuran di balas dengan penghinaan...
itu buat saya tak mampu nak hadapinya..
dan sukar untuk saya percaya akan kata-kata manis manusia..
kebiasaannya manusia akan terima apa saja bila mereka belum memiliki apa yang mereka mahu..
tapi sebaliknya yang akan berlaku....
No comments:
Post a Comment