Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Weekend xtvt. Show all posts
Showing posts with label Weekend xtvt. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

PrinceDotz Bornday Part 2

                       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

16 May 2015

Seperti yang saya pena kongsikan tiada apa2 sambutan ulangtahun kelahiran Lelove untuk tahun ini. Bia mulut kata tidak tapi apakan daya hati meronta2 walaupun hanya kecil2an. 
So plan last minute bermula. Memandangkan nak buat kat rumah sendiri. Memandangkan Lelove tak kerja. Memandangkan ini adala suprise. Memandangkan perabot rumah tak beralih lg. berapa banyakla memandangkan. 
Kusut2 camne nak buat surprise kalau tuan empunya badan ada kat rumah. Tetiba idea datang. Nasib baikla adik2 TMF sudi membantu. Nasib baikla adik kesayangan sudi menolong. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. 
Lebih kurang pukul 330pm saya mengajak Lelove ke Avenua K. Saje berjalan nak cuci mata. Walaupun sbenarnya takla logik sangat alasannya. Tak beli ape pun. Sekadar datang untuk lunch dan berjalan2.
Alasan nak keluar sebab nak menyenangkan adik2 kat rumah mengemas menyediakan apa yang patut. 
Tak sambut besar2an. Tapi masih memerlukan waktu yang panjang untuk mengemas, mendeco. 
Lebih kurang 930pm kami sampai di rumah. Da segalanya terjawap. Again n again Lelove dapat surprise. 
Thanks pada adik2 TMF yang sudi datang membantu. Adik saya yang belakon, menunggu kek dan sebagainya. 
Thanks kepada kekawan terdekat yang datang. Maaf kerna menunggu terlalu lama. Kerjasama uall amatla saya hargai. 



  

Tuesday, July 28, 2015

PrinceDotz Bornday


                                       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

15 May 2015

Seperti biasa setiap tahun mesti ada celebration birthday Lelove tapi di sebabkan saya busy dan keadaan tak begitu mengizinkan jadi niat untuk menyambut ulangtahun kelahiran Lelove di batalkan.
Di sebabkan 15 May jatuh pada hari Jumaat ajak Lelove makan Shell Out. Memang takda sambutan apa2 pun untuk Lelove saya dah bagitahu awal2. Saya tak nak Lelove meletakkan harapan. Cukupla sekadar kami keluar dinner dan luangkan masa bersama. 
Bukan tak nak buat ape2 cuma keadaan tak begitu mengizinkan. Memandangkan saya pun baru je keluar dari hospital. Kesihatan tak begitu stabil. 
Alhamdulilah Lelove sangat memahami. InsyaaAllah kalau di murahkan rezeki di panjangkan umur dan persahabatan kami tahun depan mungkin. Itu pun terletak pada keadaan. 





Tuesday, July 22, 2014

Makan sampai kenyang bila perut minta di isi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Jeng jeng jeng!!!
Bosan ya baca entry saya yang terlalu banyak ni??? Okla ini in shaa Allah last entry untuk hari ini. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang saya nak sharekan tapi apakan daya sekarang pun dah nak masuk kul 3am. Nak bersahur lepas tu tido. In Shaa Allah ada masa terluang akan saya akan update kan lagi. 
Apa2 pun sebelum saya teruskan entri saya yang berikutnya saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafaan andai ada tersilap kata atau menyigung perasaan sesiapa yang memnbaca entri saya selama ini. Segalanya di luar pengetahuan. Sesungguhnya yang BAIK itu dari Allah dan saya sebagai umatnya hanya mampu memohon kemaafan sekali lagi. 

Saya teruskan entri terakhir saya mungkin untuk bulan ramadhan. Mungkin akan ada sambungan cerita ramadhan selepas ini. Kita merancang dan segala2nya Allah yang menentukan. 
Dalam kesibukkan masa yang ada saya tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama kawan2 saya expecially Besties dan kawan2 sebelah Love. 
Maaf entri berbuka puasa bersama Besties saya tak dapat updatekan atas alasan yang sama masa tak mengizinkan. Dan saya tak berjanji akan mengupdatenya andai di beri kelapangan. Kenapa?? Sebab segala gambar tiada di simpanan saya. 
Kali ini saya nak update tentang berbuka puasa saya bersama Love & members. Amboi ramainya members love kan.Kawan ramai cuma yang boleh sekepala boleh di kira dengan jari. Dengan berbuka puasa yang perancangan saat terakhir. Mereka juga mempunya urusan lain jadi hanya seorang je yang ada masa terluang untuk berbuka dengan kami.
Di mana lokasi pilihan dan bersama sapa kami berbuka??Sila rujuk pada gambar ya.
Selesai berbuka puasa perut tak reti nak kenyang kami meneruskan mencari makanan untuk bersantai. 
Dan pilihan kami sudah tentula di Dip&Dip. Syurga segala chocolate. Lagi2 untuk penggemar chocolate seperti kami. 






Monday, June 23, 2014

AlifHaddicted "Friendly Tournament"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Bertemu lagi di entry baru di minggu yang baru... 
Harap2 kalian sihat2 dan masih sudi meneruskan membaca di Dairy Kesayangan saya.... 
hahahha ada serupa pengacara Tv tak??
aduhai puteri tau la baru lepas menghabiskan masa ber"Bowling" ngan pengacara tv... 
takkan sampai terbawa2 nak mengayat dalam blog kan...
Sape kenal "Alif Hadi" ?? 
Meh saya jawapkan... 
mesti ramai yang cakap tak kenalkan... 
act dia tak famous mane pun... 
Mula2 saya join event dia saya pun akui saya tak kenal sape die... 
tapi biasala artiskan bila dia sampai je confirm2 la dia je yang akan menyerlah.... 
Time tu baru saya kenal sape Alif Hadi... 
kenal paras rupa je la...
 tapi saya masih tak tahu dia pengacara cerita apa.... 
kalau anda2 semua nak tahu bolehla search & google sendiri ya....

AlifHaddicted mengadakan "Friendly Tournament" di Pin Junction ECurve Damansara...
register 

Seramai 30orang peserta termasuk Alif Hadi... 
Bila saya dapat tau nak main Bowling... 
saya yang terlebih excited mana tak nya da lama sangat kot nak main bowling.. 
bak kata orang da berhabuk dah bola dan beg saya...
 Bukan tak nak main cuma masa tak mengizinkan...
 bila free kekawan lak tak free bila dorang free saya pulak sibuk jadi ni la masa saya nak mengasah balik bakat saya yang hampir hilang... 
cehhhhh 

saya dan beg berhabuk saya

Seperti biasa la... 
datang harusla register bak kata omputeh orang melayu cakap pendaftaran...
Di beri kotak di isinya bola untuk mengetahui kita di bahagikan ke dalam group brapa..
saya di group 7 mula2 frust la jugakan sebab berjauhan dengan kekawan yang saya lain... dahla saya ni pemalu tapi syukur sangat orang sekeliling saya dan group saya sangatla friendly.... 
dan memcabut lagi 1 bola untuk group... 
dan saya tercampak ke group 23 
seorang di beri 3 games... 
hambikkkkk tercabut jari saya di buatnya... 
total games 6
saya bukan pandai main pun ala sekadar nak happy2 je...




ni la skill2 terabur saya...

group 23... muka excited tak kami??

Finally... 
alhamdulilah... 
saya dapat nombor 3 antara rating tertinggi.... 
skill terabur pun dapat nombor 3 bayangkanla kalau saya ada skill mesti saya lagi hebatkan... 
Dan alhamdulilah group 23 saya pun mengumpul jumlah yang memuaskan hati dan kami mendapat tempat ke-3 



Selesaila activity mencapak bola...
Selfie harusla adakan... 
meh saya nak share pic saya bersama Alif Hadi...





Btw saya nak wish sikitla untuk Alif Hadi...

Happy Birthday in advance Dear Alif Hadi...
May Allah always bless you... 
Amin...
Happy success & cool forever...



Monday, June 16, 2014

Happy Birthday & Father days to My Hero Malaya!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




15 June 2014
Aroma Ikan Bakar Jeram



Hari bapa datang kembali walaupun pada saya hari2 adalah hari bapa..
Bukan pada tarikh baru kita nak hargai bapa kite kan???
Camtu juga saya...
Abah adalah the best father in the worlds
Abah sentiasa ada bila saya memerlukannya walaupun dalam susah mahupun senang...
Sanggup luangkan masa untuk kami walaupun dah tertulis abah terlalu banyak urusan nak di uruskan...
Bagi abah anak2 adalah keutamaannya...

Bagitahu la ke mana sahaja kami nak pergi...
walaupun jauh andai abah ada masa... 
dia akan hantar dan ambik kami...
Abah pernah cakap bia dia penat menghantar dari dia penat menangis andai terjadi apa2 dekat kami...
See how sweet abah kami...

Di sebabkan hari bapa jatuh pada kelahiran abah...
so kami makan malam bersama... 
sapa yang kenal abah saya dia tahu kenapa kami akan ke kedai makan dari buat majlis2 yang kata abah membazirkan duit...

To my greatest ABAH!!
The nost AMAZING men i know and even more AWESOME Abah...
Dear ABAH...
Thank you for never ever giving up on your princess...
Thank you be a GOOD and SPORTING father....
i feelblessed to have you as my ABAH...
You are my bestfriend, my Angel, My Boyfriend, My Sweet Heart, My Idol, My King, my Enemy, and My EVERTHING....
No one can replace you!!!!
May ALLAH bless you always...
AMIN!!!
Enjoy your days with more colourfull
Happy Birthday & Father day and I LOVE you always and forever " Razali Ibrahim"





Wednesday, June 11, 2014

Score Run 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Sambung activity saya yang begitu busy dari minggu ke minggu
Last week ada "ScoreRun" di Jalan Merbuk
So harusla busykan bila event bermula
mane nak arrange Tshirt 
Mane nak jawap call pada yang tak collect barang2 untuk event dekat KLCC time FitMob
nak double tripple confirm kat supplier 
Kesibukkan yang tahap melampau...

Kukuh tak alasan saya kenapa dan mengapa saya jarang untuk update Dairi Kesayangan saya lagi....
Kira kukuhla yea...






Tuesday, June 10, 2014

Score Fitmob 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Score FitMob 2014 

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

1 June 2014

Seperti yang saya janji kan di entry yang saya akan update apa yang menyebabkan kesibukan saya sampai tiada langsung ruang kasih sayang untuk saya mengupdate di dalam dairy kesayangan saya ni...
cehhh ayat langsung tak boleh blah....
ini adalah salah 1 program yang membuatkan saya kekurangan idea untuk mengupdate dairy kesayangan saya ni...
Gile bangga asyik2la dairy kesayangan saya kan...

Btw bukan apa saya memang nak update setiap aktiviti yang saya lakukan... tapi dalam masa yang sama harusla saya berfikir untuk menjadikan ayat blog saya semakin mudah di fahami...
Terus terangla saya katakan saya tidak begitu mahir untuk mengkarang blog seperti blogger2 yang lain akan tetapi saya juga tidak mahu orang lain yang membaca blog saya ni dapat merasakan ianya bukan tujuan untuk di kongsikan bersama malah ia sebenarnya bertujuan untuk menunjuk2...

Tiada pun yang menarik nak saya kongsikan... Kongsikan je tau bukan dengan nawaitu untuk menunjuk2...
Tak perlu saya nak bagi terlalu details cukupla saya sampaikan melalui pemahaman bergambar...
If masih tak faham lagi... sila2 la merujuk ke Mr. Google

Seperti entry saya sebelum ni (Klik sini) saya hanya meletakkan gambar dan jawapan pada gambar itu adalah entry kali ini...
Perr gila ayat psyco.. Confirm yang tak faham mesti lelaju klik buttop sebelah kanan tu kan...

Ini adalah aktiviti minggu pertama saya... dan alhamdulilah ia berjaya mencapai 
"MALAYSIA BOOK OF RECORDS"




Perkhemahan Kampung Merah Jambu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




23-25 Mei 2014Perkhemahan Pink Village Puteri Umno Malaysia Festival Belia Putrajaya




Almost 1 months kan story perkhemahan bersama Puteri Umno Malaysia berlalu....
Dengan activity di pejabat....Dengan jualan kecil2an saya untuk hari raya... memang tiada langsung ruang kasih sayang untuk saya luangkan sedikit masa untuk Dairi kesayangan...By this week baru keadaan semakin ok dari biasa...

Alasan yang sama saya berikan.... masa mencemburikan saya....Nanti saya cerita apa activiti saya weekends selepas Perkhemahan Pink Village...
Okey back to the story
23 Mei - Bus kami bertolak dari Klang lebih kurang pukul 930pmPendaftaran di Putrajaya pukul 930pm tapi kami baru bertolak dari Klang 930pmNampak tak janji melayu??Lebih kurang pukul 11pm kami sampai ke destinasitapi meh saya nak cerita sikit la bertapa sakitnya hati saya di sebabkan...driver bus yang hanta kami ni terlalu over confident boleh pulak turunkan kami dekat perkarangan "Festival Belia"Dah puas kami cari mane Pink Village
dah terang2la kami tak tahu "Pink Village & Festival Belia + Jom heboh " antara jarang tempat yang sangat jauh... berjalan dan terus berjalan...setiap orang yang kami jumpa saya akan tanya mane Perkhemahan Pink Village.

Saya dah confirm2 lah memang tak familiar area Putrajaya... even dah berpuluh2 kali ke sana...Al-maklum la bukan ada 1 perkhemahan je time tu...Jalan terbaik dan nekad saya telefon driver bus tu datang balik ambik kami dan hantar ke Perkhemahan Pink Village walaupun driver tu dah sampai area Subang Jaya.Ada pulak saya kisah kan... 
Dari saya nak kena jaga 16orang baik saya stay 1 tempat then tunggu sampai bus datang.
Selamat pun selamat...


Lebih kurang 1230am kami selamat sampai ke 
"Perkhemahan Pink Village"Sampai2 je ketua Puteri Umno kami bagi kupon untuk membeli makanan.Dah confirm2 la kami semua kelaparan. Time dapat kupon tu seriosly feel macam datang hari kantin sekolah.setiap makanan perlu bayar dengan kupon.Selesai makan... ambik tshirt... bagi khemah bermula..untuk kami saja la sebab lain2 Puteri da sampai lebih awal dari kami.dah siap pacak khemah lagi.ada yang da buat tahi mata.Bad news kami dengar khemah habis!!!Oh Man.... nak tido kat mana??jadi jalan terbaik tidur di surau.. tapi Alhamdulilah rezeki kami kan ada beberapa khemas kosong yang boleh kami share2 tido sementara menunggu khemah sampai.. Ini la keadaan surau yang saya maksud kan andai malam tu kami tak dapat khemah...


Tak terbilang oleh jari saya berapa khemah yang telah di pacak.
24 Mei - Seawal 8am saya dah terpacak depan pentas untuk senaman pagi.Even tak cukup tidur tapi saya gagahi bangun untuk bersenam bersama2 Puteri Umno Malaysia yang lain.
bukan selalu pun dapat feel camni kan...
siap ade flasmob lagi...

Bangun tidur harusla seawal yang mungkin salah 1 sebabnya perebutan tandas bermula.Act tak la berebut sangat kami share2 mandi sesama tapi terpaksa menunggu giliran 1 sama lain.
sape lambat nasib badan la... 
kena la tunggu air di tadah lagi...Kecergasan minda bila kami bersenam...berpeluh2 tak payah cakapla...bau minyak wangi pun confirm2 hilang bila peluh menghantui badan kita.seharusnyala berkenalan dengan orang sekeliling kita dan di sekeliling saya tak jauh mana pun Puteri Umno Kajang je. Sesi bersenam tamat bermula lagi sekali perebutan tandas dan kami di beri kupon untuk 1hari pembelanjaan...Banyak aktiviti yang kami lalui bersama... 

          25 MeiHari terkahir untuk kami... sedih?? hahahhaha harusla tidakkan tapi puas sebab dapat mengenali antara 1 sama lain.. dapat bekerjasama... aktiviti terakhir kami di beri 10 kumpulan di beri masa 20minit untuk membuat apa saja dalam 1 kumpulan...Alhamdulilah kumpulan saya dari Klang sangat sepakat walaupun kami jarang bersua...Seharusnyala kami jadi pemenang...Persembahan terbaik...Alhamdulilah...