Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sayu hati. Show all posts
Showing posts with label sayu hati. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Al Fatihah MH17

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Tarikh : 22 Aug 2014



We welcome home the fallen of MH17.
Your journey long delayed,
but you're coming home to rest at last.
Deepest condolences to their friends and family.
Al-Fatihah.....


Tuesday, July 22, 2014

Kepadamu Allah ku bersyukur.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Ya Allah lamanya lah saya tak update dairi kesayangan saya ni. Rasanya since puasa. Biasala seperti entry2 sebelum ni alasan yang saya akan saya gunakan. Kesibukkan mencemburi saya untuk update cerita terkini. APA??? Bosan ngan alasan saya. Sejujurnyalah bila nak update blog nie saya memerlukan masa yang banyak. memerlukan idea yang bernas. Dan paling penting saya bukan penulis blog yang tegar. Segala blog di update dengan keizinan masa yang terluang. So pada pembaca yang still or tak jemu2 nak membaca harapla bersabar ya. In shaa Allah kalau di panjangkan umur dan masa mengizinkan In shaa Allah saya akan update walaupun tidak mengikut masa kejadian.

Kali ini saya nak sharekan apa yang saya lakukan sepanjang bulan mulia ini. Sama ada untuk dunia mahu pun akhirat. Bukan nak riak cuma saya hanya nak kongsikan pengalaman pertama saya di bulan mulia pada tahun ini. Alhamdulilah dengan rezeki yang ada saya nak kongsikan sedikit rezeki saya pada yang memerlukan. Walaupun tak seberapa tapi saya tetap bersyukur akhirnya niat saya tercapai juga seperti yang telah saya janjikan. 

Kalau tak silap pada Khamis lepas (17 July 2014) dengan niat yang ada saya ingat bersedekah sedikit makanan dan  minuman kepada yang golongan gelendangan. Sapakah orang2 gelendangan itu? Mereka adalah insan yang kurang bernasib baik yang hanya mampu tidur di kaki lima tanpa berbantal dan selimut. 
Chow Kit & Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi pilihan lokasi saya pada malam itu.

Pada mulanya saya tak nafikan memang saya agak cuak. Pelbagai perasaan bermain di fikiran. Lagi perasaan selamatkah apa yang saya lakukan. Sebelum saya teruskan activiti malam itu saya da research sama ada status saman menyaman akan di kenakan pada yang bersedekah?? saya dah bertanya pada warga2 yang pernah membuat pemberian makanan mahupun pakaian adakah ianya selamat. Alhamdulilah niat baik Allah sentiasa permudahkan. Segala fedback yang saya dapat adalah positive. 

Saya hanya di bantu oleh 2 orang kawan saya yang pernah melakukan activiti seperti saya dan paling penting dan saya bersyukur Love sentiasa memberi kerjasama untuk saya jayakan acitiviti mulia ini. Kami hanya melakukan pada pukul 1030 malam dan berakhir pada pukul 1230am. 
Kenapa begitu lambat?? Mungkin saya lakukan bersendirian tanpa bantuan pihak NGO. Jadi tak terfikir langsung di fikiran saya pada malam ini terlalu ramai yang bersedekah. Yang membuatkan saya rasa terharu orang2 gelendangan tidak ada perasaan tamak. Walaupun saya ingin menghulurkan lagi makanan yang ada. Bagi mereka sapa yang dah bersedekah itu rezeki mereka jadi kami yang kelewatan mereka tak ambik lagi makanan kami dan hanya mengarahkan kami ke kawasan yang masih memerlukan makanan.
See bertapa murninya hati mereka. Masih mengingati antara 1 sama lain dan saya pasti ada di kalangan  mereka tidak mengenali antara 1 sama lain.

Alhamdulilah segalanya selesai dan bersyukur kami selamat dari segala2nya.










Friday, May 25, 2012

Mothers Day Part #2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Walaupun agak da terlewat nak update cerita tentang perasaan "Hari Ibu" tapi saya tetap nak update... kesibukkan yang melanda sejak 2 menjak ni... membuatkan saya tak mencukupi masa nak update tentang "Hari Ibu" bersama "Qifah

11 May 2012
Dapat call dari Princess "Qifah"...
Qifah : Mama Tonite mama balik rumah Klang tak??
Me : Tak balik la sayang.. esok mama kena kerja banyak kena siapkan... tapi mama keje 4jam je...pastu mama balik yeaa...
Qifah : Esok (sabtu) Mama balik Klang la yea??
Me : nape?? Bukan baby nak tidur ngan mama pun... asyik tidur ngan Ummi Khai ngan Nekde je...
Qifah : Mama tak pasang aircon..Nekde ngan Ummi khai pasang kat bilik dorang... baby tak suka panas2...
Me : Ok mama balik.. pasang aircon baby tidur ngan mama yea?
Qifah : Ok mama... Love you...

Tak pernah2 yea anak dara saya telefon saya semata2 nak tanya saya balik ke X...

12 May (430pm)
Di sebabkan saya masuk office sesuka hati saya jadi saya masuk pukul 1130am -3pm saya da balik... Sape nak bayar OT 4 jam rm100 kan... so sila la rajin2kan diri sendiri masuk office ok... Motivasi diri sendiri
Balik kerja terus balik Klang... Da sedia maklum tahun ni saya tak sambut Mothers day beria sangat sebab saya da bagikan hadiah yang sangat ummi impikan selama ni... SILA KLIK UNTUK BACA ....
Jadinya makan malam or apa2 je jamuan Mothers day takde tahun ni... semua sessi keluarga saya da sedia maklum!!!
Sampai je rumah Klang seperti biasa...melayan kerenah si buah hati... ikutkan segala kehendak buah hati... sebab setiap masa yang berlalu sangat berharga dan perlu saya hargai...

13 May
saya bangun agak awal dari biasa waktu cuti saya... dan tengok Buah hati masih melenakan diri di katil Queen saya... Selesai sessi makan tengahari bersama keluarga... Qifah datang dengan Card yang di buat sendiri sambil cakap...
Qifah ; Happy Mothers Day Mama... Baby Love you so Much...
Me : Mama Love you More sayang...
Mood  terharu Ok... saya tak akan lupa ucapkan terima kasih seperti berape tahun lepas saya tergaman bila "Qifah" bagi kad Mothers day... Bukan kad yang mahal2 untuk saya pertikaikan cuma sekeping kad yang di reka sendiri dengan tulisan yang baru mula belajar menulis...dan juga keikhlasan hati yang terpancar dari wajah anak kesayangan saya...



Monday, May 14, 2012

Mothers Day Part #1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tarikh : 13 May 2012
Mothers Day

Setelah seharian menghabiskan masa dengan anak tersayang.. ni msa untuk saya pulang ke rumah PJ... rindu dekat anak tersayang masih tidak terubat walaupun setiap waktu terluang saya mesti ada bersamanya...
dalam perjalan pulang... saya dapat 1 massage... buka2 massage dari Mr. Shahani... a.k.a Papa kepada anak kesayangan  saya...

Salam... Selamat Hari Mama.. May god bless u and be a great mum for my daughter "Puteri Nurthaqifah Shahidah"

Terharu beb... serius terharu... sebab ini tahun ke 2 selepas kami tak bersama dia berikan ucapan yang penuh makna... mungkin keadaan tahhun2 sebelum ni membuatkan kami tak berpeluang untuk berkawan seperti sekarang..bila saya di kelilingi orang yang... tak perlula saya teruskan.... sebab silent rider sangat berleluasa di Dairy Harian saya ni...

Saya berasa syukur sangat... tersangat bersyukur sebab di kelilingi orang2 yang sangat matang...
alhamdulilah...

 

Thursday, May 10, 2012

Ibu K.E.J.A.M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semalam malam  ada tertengok video budak kecil tak sampai setahun kot kena dera dengan ibu kandungnya sendiri..

 
untuk melihat video tersebut sila klik..

 

 
tak sampai hati nak share kat sini okeh.. nanti saya nangis lagi!!

 
memang giler la mak dia nih.. siap sepak2 anak kecik dia tuh.. memang lahanat okeh!!*mind my words*

 
yang membuatkan saya sedikit lega ialah..

 
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

gambar bayi yang didera ibu kejam



semoga Allah menyelamatkan bayi dan memanjangkan umur bayi malang yang tidak bersalah ini.
AMIN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 04, 2012

Al- Fatihah Bob Kuman


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alfatihahh utk Bob Kuman yg telah kerahmatullah kul 4.38ptg td..moga rohnya ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..aminn..

Al-Fatihah..
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــ

P palang S : this is the fact bukan main2
(˘̩̩̩^˘̩̩̩) (˘̩̩̩.˘̩ƪ) (˘̩̩̩_˘̩̩̩)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 17, 2012

Hargaila mereka hingga hujung nyawa

ASSALAMMUALAIKUM





ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
...
ツ Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~

Salam Takziah Buat DiDie dan Keluarga

ASSALAMMUALAIKUM



Salam Takziah buat sahabat lama...
yang kehilangan kedua ibubapa...
semoga engkau tabah menghadapi segala dugaan...

P palang S : Tunggu hari persandinganmu

Sunday, February 12, 2012

Rest in Peace Whitney Houston :(

ASSALAMMUALAIKUM...


I always adore u..singing ur song no matter when im happy or sad..ur song creates emotions n touch our hearts even sometimes its inspire us (+ve one)..ur lost brings deep impact to whom love n adore u so much.. i've failed my mission as unable to attend ur future concert s u no longer here wif us..R.I.P whitney houston~~

Sunday, December 04, 2011

Ombak Rindu

ASSALAMMUALAIKUM



01 December  2011

Di sebabkan muchit cuti maka saya dengan senang hati ingin menontot cerita "OMBAK RINDU"
cerita akan di tayangkan pada pukul 9.40pm
ramai sangat yang kata cerita ni saya menarik  so saya mula berada di Pyramid pukul 8.00pm 
beartur punyala beratur lastly sampai2 counter beli tiket "Ombak Rindu" 
da habis di jual...
Dam.. Sedih gile OKey...
tapi saya terus membeli untuk midnite keesokkan harinya...

02 December 2011

Tayangan bermula pada pukul 12.10am alhamdulillah
tak sia sia saya tunggu cite tu berbulan bulan untuk di tayangkan. 
Walaupun ade babak aaron yang saya tak berapa nak berkenan dalam movie tu . 
tapi saya suke gak ! haha.. encemmnyeee.. okay fine. 
For the first time saya dapat tahu si Maya Karin bawak watak Izzah tu . 
saya dah tak suke. 
tapi bile dah habis tengok filem dia tadi. saya dah ubah fikiran. 
Dia memang sesuai bawak watak tu . 
Kena sangat la dengan dia. 
Dia bole buat hati saya goyah nak nangis kot. erk.. 
ke saya memang dah nangis dah pon ?

Watak aaron aziz , macam biase. romantik, and macho dia tu terserlah. 
Garang and ego pon same. eee.. 
Saya suke betol laa ! haha... 

Watak si Lisa Surihani tu . hmm .. bole laa.. 
tapi smtimes kelaka gak tau . 
sbb dia mcm jarang mencarut and garang semacam , 
tetibe cakap 'sial ! ' saya nak tegelak. hoho .
akhirnya dia bawak gak watak yang lain dari yang lain. 
bole lah. lame lame nanti okay la kot. :)
'itu bukan redha, tapi pasrah. kalau redha kite ikhlas... pasrah bermakna kite mengalah '
Walaupun jalan cerita jauh sangat perbezaannya dengan cerita dalam Novel...
Meh saya share sedikit cerita2 yang de dalam Novel sebenar...
Sipnosis 




Jauh sangatkan jalan ceritanya..
kalau sama da kena la buat cerita dari 2jam lebih ke 4jam lebih...
Pe2 pun cerita ni memang sangat best..
kena sediakan Tissue banyak2..
 
 
Tajuk : Ombak Rindu
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-097-7
Tahun Terbit : 2002
 P palang S : Kalau ikutkan Novel de Ombak Rindu 2

Monday, November 28, 2011

al Fatihah untuk arwah abah Dollah

Assalammualaikum...

Di sebabkan kepenatan menyiapkan PuteriSarah Projek untuk Christmas
saya mengambil peluang untuk melelapkan mata..
sedang berhayal2 untuk melenakan diri tiba2 saya dapat massage

"Salam, B abah kesayangan abang baru meninggal dunia - Al Fatihah"

Terperanjat kepala terus penin..
nak kepastian terus telefon..
takut2 tu hanya mainan mimpi je...
terus hubungi abah & ummi

sementara menunggu abah & ummi datang menjemput saya di rumah PJ
saya mengambil peluang mengupdate blog yang serba ringkas ni...

Al fatihah buat arwah abah yang telah menghembuskan nafas terakhir selepas asar..
semoga arwah abah di tempatkan di tempat golongan yang beriman...
AMIN

Saturday, October 22, 2011

Farewell Ryn!! Bubye Malaysia - Welcome to Germany

Tarikh : 8 Oct 2011
Tempah : Mahligai Shah Alam

Banyak plan yang di rancang untuk Farewell Party untuk ryn
mula nak negok life band tapi cancel
pastu nak overnite kat PD pun cancel gak
Nak makan2 kat steamboat pun terpaksa di cancelkan 

Akhirnya pilihan terakhir ber "POTLUCK"
Im menyatukan antara kami2 di Kl dengan kawan2 di johor..
alhamdulilah segala yang di atur berjalan dengan lancar
Kami yang tiba lebih awal meunggu dan terus menunggu yang datang dari jauh...

Setiba kawan2 dari johor dan beristirehat maka kami meneruskan perjalanan ke I-CITY 
walaupun saya da pernah pergi banyak kali 
terus terangnya tempat itu cukup menarik dan tidak menjemukan 
perjalanan diteruskan walaupun hujan renyai2..

Kami2 di I-City
 Ikhlas dari Ryan...
Thank you so much walaupun anda tiada di majlis tersebut..
kenapa dan mengapa hanya anda je yang mengetahui
walaupun sebenarnya semua ni di rancangan oleh anda
* Semua ini melambangkan cita-cita ryn di sana*

Saya dan ryn...
even banyak2 pic saya dengan di tapi yang ni yang sangat menyentuh hati...

20 Oct 2011

Semua yang berurusan untuk ke Germany telah siap
Last minit dapat msg dari im ryn akan fly malam ni kul 1150
dan saya sedia maklum tidak dapat hantar..
walaupun niat di hati memang nak anta ryn ke klia

Walaupun saya bukan yang paling rapat ngan die tapi saya juga rasa kehilangan 
rasa sayu bila berita ryn akan berangkat ke Germany 
insyallah kalau saya di panjangkan umur maka akan bertemu semua dengan ryn pada tahun 2015


To Ms.Ryn 
saya dan kawan2 akan sentiasa mendoak an yang terbaik untuk awak di sana 
semoga berjaya membawa pulang PHD dari sana..
 Jaga diri awak di tempat orang baik2
Ingat segala kenangan terindah bersama kami di sini dan segala penyambung hubungan ada di hujung jari...
wanna be miss u ryn

Tuesday, October 04, 2011

Maaf

Assalammualaikum...

Tiba2 saya  terbaca 1 post kat Fb sumone...
thank you pada yang mengsharekan...
" aku paling suka huruf ' B '... sekarang ni aku suka dengar lagu dari kumpulun dadali - disaat aku mencintaimu"

awak 
awk begitu baik...
awak ada saat saya terjatuh tersungkur...
awak bagi saya semangat untuk terus hadapi liku2 kehidupan...
awak ada di saat saya keluarkan air mata...
awak ada di saat saya memerlukan seseorang

tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri
saya cuba jadi yang terbaik..
saya cuba untuk jadi seseorang yang awak minta 
tapi naluri saya belum ke arah itu...
maafkan saya...

di sebabkan saya awak jadi macam ini...
awak hilang segala2nya...
membuat 1 keputusan yang saya rasa awak tak patut lakukan...
tapi siapa saya untuk menghalang...

saya tahu awak mara sangat ngan saya..
saya tahu awak sedih ngan sikap saya...
tapi itula saya...
saya tak mampu untuk tipukan diri saya sendiri...

saya sangat hargai kasih sayang awak...
saya tahu awak terima saya seadanya...
tapi saya tak mampu untuk berlakonan untuk awak selama2nya...

saya tak suka orang mendesak saya..
saya tak suka bila di kongkong
saya mahukan kebebasan...
saya tak suka orang mempertikaikan kawan2 saya
baik buruk mereka adalah kawan2 saya...
saya mengenali mereka sebelum saya mengenali awak...
dan paling penting saya tak suka orang memaksa saya melakukan sesuatu...



saya tahu dan saya tak boleh tipu diri saya sendiri...
saya tetap diri saya yang dulu...
belum masanya untuk saya berubah...






Saturday, September 17, 2011

Kerena DIA

Assalammualaikum...

Bertemu kembali di bulan syawal dan mungkin ini coretan yang ke 2 untuk bulan ini...
cerita pasal raya masih tak terupdate2 lagi...
bukan sebab tak nak tapi masa sangat tak mengizinkan...

8 Sept 2011
Tiap tahun tarikh ini akan saya ingat...
Ulangtahun kelahiran seorang insan yang pernah jadi kawan dalam susah dan senang...
dan saya akui saya buat 1 keputusan yang sangat bodoh...
memilih seseorang dan menyakitkan hatinya...

Walaupun kami tak pernah bersua bia pun da mejangkau 4 tahun
tapi kami masih berhubung...
dan saya tahu kenapa hingga saat ini dia masih tidak bersedia untuk bertemu dengan saya...
dia masih memerlukan kekuatan...
sayang dan rindu untuk saya tak pernah dia buang...
hanya dia tahu kenapa dan apa sebab2nya
alhamdulilah dia tak pernah membenci saya...
walaupun saya pernah menyakitkan hatinya...



dan kini sesungguh saya akui saya merinduinya...
andai di berikan masa berputar saya mahukan masa itu kembali dan memohon maaf segala2nya.
dan saya akan memberi segala penjelesan 
kenapa saya akhiri persahabatan hanya kerna seseorang...
harapan saya walaupun sekali 
berikanla saya peluang untuk bersua dengannya..



Saturday, August 20, 2011

Salam Takziah

Salam Takziah buat dua sahabat saya iaitu
Ryn Ishak yang kehilangan Ayahanda kesayangan pada 
12 August 2011(Jumaat) 
yang telah selamat di kebumikan di Perak
dan juga Im (Ultraman Taro) juga kehilangan ayah tersayang 
pada 19 August 2011(Jumaat)
juga di kebumikan di Tanah Perkuburan Klang Selat.

Semoga roh2 mereka di cucuri Rahmat
dan di tempatkan di golongan2 yang beriman...
Amin..

Al- Fatihah


Monday, August 15, 2011

Pertemuan 2 insan


Setelah sekian lama tidak bersua..
tak la lama sangat rasanya baru je beberapa bulan tidak bersua muka..
akhirnya saya berjaya menemukan mereka semula..
memang terlalu banyak dugaan...
dan terlalu banyak sangat kenangan pahit dan manis..

Bagi saya selagi seseorang itu masih boleh berubah
kenapa kite sebagai manusia tidak memberinya peluang untuk terus berubah??
terutama perubahan yang berkaitan darah daging...
alhamdulilah sebab saya di kelilingi insan2 yang sentiasa memberikan saya sokongon...
meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya...

Kami bertemu kembali di Empire Subang Jaya
Tujuan utama untuk berShopping untuk anak tersayang...
di sebabkan Esprit dan Roxy takde di sana
so kami hanya berbuka di Kenny Rogers
selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid
Syukur apa yang kami cari dapat walaupun masa tersangatla suntuk...






Sunday, July 03, 2011

Kemalangan di Sg Choh , Rawang.

Assalammualaikum..
cam saya pernah katakan saya sangat sibuk dan hari ni peluang untuk saya buka muka buku saya...
dan setiap kali saya buka ada je cerita menarik..
tapi kali ni cerita yang sangat menyedihkan hati saya...

saya pernah baca surat khabar kisah kemalangan teruk yang berlaku di Sg Choh Rawang..
tak pernah langsung dan tak terfikir insan yang menimpa kemalangan itu adalah orang yang saya kenali...
mungkin kami tak rapat tapi saya kenalinya...
Kakak Nor Azian Bt Abd Aziz
telah pergi selama2nya ketika dalam perjalanan ke hospital...
semoga rohnye di cucuri rahmat
Abg ady yang ada di saat ianye menghembuskan nafas terkahir...
dan inila kali terakhir arwah menyambut hari kelahirannya...
2 March 2011




Kancil & Sonata
Kancil Menghala ke Sg Buaya
Sonata menghala ke Sg Choh

AL-FATHIHA.

P palang S : Abg!! adik sentiasa ada dcc abg... kuatkan hati tabahkan segalanya... ini dugaan!!
semoga rohnya di cucuri rahmad...

Thursday, March 24, 2011

BerEmosi

Assalammualaikum..
Di saat saya ke bosanan menanti Muchit pulang dari kerja saya cuba mengupdate blog via berry di dalam kereta!
Terawal la pulak saya datang kali ni!
So sambil menunggu saya menyinggah la dari 1 blog ke 1 blog..
Membaca dan menambahkan pengetahuan AM

Tak lupa untuk menyinggah ke bukumuka ku..
Daru 1 profile ke 1 profile saya terjah..
Ya ALLAH!!
Bila saya dapat tau sumone yang saya kenal akan menjalani operation sebab punyai penyakit kanser usus!
Semoga segalanya berjalan dengan selamat.

Walaupun saya pena kena insan tu lebih kureng 2 tahun lebih saya tak pernah ketahui insan tu punyai penyakit begitu.
Die seorang yang cekal..
Gagah..
Masih mampu buat kerja keras.
Masih mampu mencari sesuap nasi untuk keluarga.
Untuk anak tersayang..
Yang hanya hidup dengan bayang2.

Saya akui tak terkena pada diri sendiri maka saya tak akan fahami..
Bak kata perpatah dan terhantuk baru tersedar..
Kenapa kite sebagai anak dah tau kuderat orang tua kite hanya tahap bukan 100% tapi masih lagi mahu menyusahkan hidup mereka.

Ya allah ..
Saya masih bersyukur kerana saya masih sedar akan keperluan dan kebiasaan untuk saya minta bantuan dari mereka.
Semoga saya tidak terus menyusahkan mereka di kala mereka tak mampu untuk menanggung saya lagi.
Maaf entry kali ni saya agak berEmosi sikit.

1 je saya harapkan janganla ianya terjadi pada saya dan adik.
Menyusahkan ibu bapa di kala mereka tak punyai kudrat yang kuat.
Berharap juga anak prempuan saya pun begitu.
Cukup penyesaan mereka membesarkan kita.. bagi kita pelajaran sepenuhnya..
Kenapa perlu menyusahkan mereka lagi.
Lebih2 kita tau mereka tengah melawan kesakitan dan terlalu banyak benda yang mereka fikirkan.

Tak salah if sekali sekala kita sebagai anak minta bantuan mereka but not every months.
Sampai duit blanje bulanan pun masih mereka tanggung.
Tak cukup makan konon sekadar bcerita tapi mereka sebagai orang tua mereka tak sanggup melihat kesusahan anak2 mereka.
Kereta rosak..
Masih lagi tanggungan mereka.
Mane tanggungjawap kita pula untuk menyenangkan mereka??

Sampai bila kita harus menyusahkan mereka?
Andai mereka tiada siapa yang akan membantu kita?
Ya allah..
Ingatkan la saya selalu tentang kebaikan mereka..
Tutupkan pintu hati saya untuk menyusahkan mereka.
Bukakan la hati saya untuk memberikan mereka kesenangan suatu hari nnt.

P palang S : saya doakan yg terbaik untuk die..maaf andai entry ni ada yg trasa.
                   cukup2 menyusahkan mereka. Hargai mereka selagi ada.
                    jangan hidup dgn bayang2 sdiri.

Thursday, November 25, 2010

MenCaRi KeKuaTaN unTuK HaRi MeNdaTanG !!!

Saya tak mahu kata apa-apa pada saat nie... 
kepala saya sudah terasa sangat berat dan saya mahu berehat untuk meneruskan kehidupan hari esok yang tidak saya tahu apa yang akan berlaku..

Biarlah apa yang berlaku hari nie.... 
menjadi kenangan dan terus berlalu.. 
akan saya padamkan semua kenangan yang tercipta antara saya dengan dia.. 
saya tidak mahu miliki penjaga hati buat seketika..

Memang saya kecewa teramat sangat... 
tapi aku percaya kekecewaan itu akan terubat dengan sendirinya.. 
masa dan keadaan yang akan mengubah semuanya...

Saya doakan agar dia bahagia hingga akhir hayat... 
biarkan dia bahagia di atas kekecewaan saya... 
saya tak berhutang apa-apa pada dia begitu juga dengan dia.. 
jadi biar dia melangkah kehadapan dengan cara yang dia mahu..

Keadaan saya akan pulih esok pagi... 
apa yang saya lakukan sekarang terasa serba tak kena... 
dan buatkan saya tambah tertekan..

Saya mahu mencari kegembiraan saya yang telah lama hilang... 
saya tak mahu berada di garisan penamat dalam keadaan sedih.. 
apa pun saya akur dengan keadaan yang berlaku...

mungkin kerana saya terlalu lama melupakan sesuatu... 
mungkin juga saya terlupa akan sesuatu ketika saya bersedih.. 
mungkin ini lah masanya saya ubah semuanya agar menjadi lebih baik dan sempurna...

Saya sudah silap buat pencaturan... 
saya memilih jalan singkat dengan melepaskan dia hanya saya fikirkan kegembiraan.. 
Tapi bila saya fikirkan semula ada baiknya saya kehilangannya sekarang...
Dari saya kehilangannya pada masa akan datang...

kita tak tahu dan tak nampak apa akan jadi pada masa akan datang... 
saya tetap yakin akan adanya kebahagiaan walaupun sedkit buat saya.. 
tapi untuk balik pada seseorang yang telah banyak melukakan hati saya
itu tidak mungkin...

Bukan saya angkuh... 
tapi banyak sebab yang telah buatkan saya jadi tawar hati.. 
biarlah semua tuh berlalu... 
saya tak mahu ulangi kisah yang sama dalam kehidupan akan datang....

Saya tak mahu mencari.. 
aku tak mahu mengharap... 
aku tak mahu terlalu terburu-buru malah saya tak mahu tersilap pencanturan.. 
cukup hanya kali nie rasa sakitnya jangan lah kata...

mungkin ada yang kata apa yang saya lalui nie bukan apa-apa... 
di luar sana masih ramai manusia yang lalui berbagai dugaan yang lebih berat.. 
itu tidak saya nafikan... 
aku akur dengan karma yang tertulis buat saya...

terima kasih pada semua yang telah melukakan hati saya... 
saya terima semua kesakitan yang di berikan untuk saya jadikan penawar pada masa akan datang...

mungkin perasaan saya lumuh pada waktu sekarang tapi bukan untuk selamanya... 
itu saya tak akan benarkan berlaku....

itu semua hanya kata-kata mahu sedapkan hati sendiri... 
kebenaranya saya tidak punyai kekuatan untuk teruskan perjalanan saya... 
di sebalik kata tersimpan banyak rahsia yang sukar untuk saya kongsikan..

kejujuran di balas dengan penghinaan... 
itu buat saya tak mampu nak hadapinya.. 
dan sukar untuk saya percaya akan kata-kata manis manusia.. 
kebiasaannya manusia akan terima apa saja bila mereka belum memiliki apa yang mereka mahu.. 
tapi sebaliknya yang akan berlaku....