Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Qifah. Show all posts
Showing posts with label Qifah. Show all posts

Friday, July 04, 2014

Mama PROUD of you my lil princess "Thaqifah"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Hello reader and silent reader. Alhamdulilah.Hari ini dah masuk Ramadhan yang ke 6. Semoga ramadhan ini menambahkan lagi kita keberkatan dari Allah.InshaaAllah. Act takda motif sangat nak update blog hari ini cuma saya nak kongsikan segala yang saya lalui di dalam Dairi kesayangan saya ini. So cerita hari ini saya rasa bangga dengan kejayaan anak tunggal saya. Permata hati saya. Segala2nya bagi saya. 
Puteri NurThaqifah Shahidah yang berjaya dalam pertandingan Khat di sekolah. Even hanya tempat ke 2 saya tetap bangga sebab saya tahu anak kesayangan saya telah pun berusaha sebaik mungkin. Alhamdulilah sekurang2nya dia berjaya untuk memenangi sesuatu pertandingan. 
Sebagai mama, saya berasa bangga dengan peningkatan dia ke arah pelajaran. Semoga peningkatan dari suduh pelajaran atau apa saja asalkan kebaikkan inShaaAllah saya akan galakan. Doa & usaha dari saya sebagai pengiring untuk saya melihat anak kesayangan saya berjaya. InshaaAllah.


Monday, June 23, 2014

I am so proud of you my lil Princess

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



My wish for you
My Daughter Puteri NurThaQifah Shahidah

Life has so many things to offer you...
I hope you take the time to explore your dreams.
Listen to your heart and homor yourself in all ways.

Never compromise your beliefs.
Alwaysstay true to who you are.
Make your happiness a priority

These are the things i wish for you 
I love you till jannah 
&
I am so proud of you 



Monday, June 16, 2014

Mr. Ex Vs My Life = Puteri NurThaQifah Shahidah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




tak tahu hari ini yang ke berapa entry dah saya pos kat Dairy Kesayangan saya ni...
Atas sebab kerajinan melampaula ni...
termasuk sekali masa yang banyak sangat harus saya isikan...
ceh macam banyak sangat masa...
kerja melambak tu kan belakang...

Ni saya nak cerita sikit pasal Mr. X & anak kesayangan saya "Puteri NurThaqifah Shahidah"
tak ada pun yang menarik mana nak saya kongsikan...
cuma kekadang tu saya bangga sikit la...
sikit je sebab saya salah seorang yang bertuah dan masih lagi berkawan dengan bekas suami...
kebanyakkannya mereka akhiri dengan pergaduhan...

Alhamdulilah sangat2 bila saya masih di kelilingin orang yang begitu matang tahu membezakan hubungan kerana anak dan kerana rasa cinta...
Saya pernah rasa terseksa bila setiap pergerakkan saya di kawal lagi2 bab nak jumpakan anak dengan papa dia... 
inikan pulak nak kami nak bersua muka... 
harus bencana tsunami bermula...
tapi alhamdulilah saya terlepas dari seksa kawalan dan di kelilingi orang2 yang sangat matang...
Siapa pun kawan saya sekarang... 
mereka antara golongan yang saya maksudkan...
yang tahu apakah hubungan kami sebagai mama & papa kepada Qifah...

Mama mana tak nak tengokkan anak kesayangan dia rasa bahagia??
saya salah seorang mama yang punyai perasaan begitu...
jadi di sebabkan itula saya dan Mr. X masih teruskan hubungan sebagai kawan...

Ahmad Shahani 
Seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya...
dan di kurniakan seorang anak yang cukup cerdik...
dan dia juga adalah lelaki pertama yang bukakan pintu hati saya untuk terima lamarannya untuk jadikan saya halal baginya... 
in shaa allah dia bukan yang terakhir untuk saya...
dan dia juga seorang papa yang tak pernah jemu melayan kerenah anak kesayangan nya 
dari kecil sampai la sekarang...
Dia jugala akan berjaga tengah malam seandai Qifah meragam...
Hanya pemahaman kami berbeza hingga terjadinya kami tidak sefahaman...

Ok tak yah la teruskan lagi cerita dah lepaskan...
hanya saya dia dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu kenapa dan mengapa puncanya perpisahan kami...
saya tidak akan menunding jari kepada sesiapa kerana semuanya telah pun berlalu...
Biakan mereka dia dan saya tahu apa itu KARMA...
bukan hari ini tapi In Shaa Allah akan datang Allah akan membalasnya...
Bahawanya setiap balasan Allah di bayar secara CASH w/o LOAN or penjamin 
Cepat atau lambat pasti datang jua balasannya...



Reception Ahmad Farhan & Tajul Ashira

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



14 June 2014
Cahaya SPK Resort Club 



Nak di katakan setiap minggu la saya mesti busy dengan segala activiti...
Memang tak nafikan saya sangat keletihan...
dengan tidak cukup rehat lagi2 kekurangan tidur...
See dah sedia maklumkan
saya memang ratu tidur...
pantang ada peluang...

So straight to the point...
cerita yang saya nak kongsikan bersama...
Perkahwinan lil bro saya 
"Ahmad Farhan & Tajul Ashira"
Jangan tanya kenapa saya still mention lil bro sedangkan kami dah takda apa2 hubungan since saya dah berpisah dengan abang mereka...
Tapi ummi pernah pesan...
orang buat baik kita kenala berbaik dengan dorang...
jadi rasanya saya dengan "Abdullah" family tidak punyai apa2 masalah...
kami masih berhubung dan saya masih mengikut segala activiti mereka...

Even saya dengan bekas suami masih berkawan...
masih keluar bersama...
Seriosly im thankful because in surround people that is mature the mind
tak pernah menghalang saya jalinkan hubungan saya dengan bekas suami sebagai kawan...
faktor utama adalah "ANAK"

Ok back to the point...
Harus kehadiran saya di sebabkan atas jemputan..
walaupun majlis di sebelah perempuan...
Qifah saya da lepaskan awal since cuti sekolah...
bia Qifah tahu yang di masih ada dan perlukan keluarga sebelah PAPA dia...

Lebih kurang pukul 1230pm En. X datang ambil saya dan bawa saya ke majlis...
dah persandingan bermula pada pukul 145pm selepas solat zohor...




This is Puteri NurThaqifah Shahidah Binti Ahmad Shahani Family
Jelas di wajah anak kesayangan bila kehadiran kami berdua...
walaupun keadaan memisahkan kami tapi hubungan kami sebagai orang penting dalam hidup qifah kami masih terus berkawan...



 the best MIL & SIL
Setiap manusia pasti melakukan kesilapan tapi pada saya yang keruh saya buang jauh2 dan yang ada dalam hati saya adalah kebaikan mereka yang pernah hadir dalam hidup saya sebelum ini...



Sepupu sepapat En. X yang agak rapat ngan saya 1 ketika dulu...
hanya separuh bahagian sahaja yang sempat saya snap pic...

In Shaa Allah...
Kalau di panjangkan umur dan di murahkan lagi rezeki...
Reception Ahmad Farhan & Tajul Ashira sebelah lelaki pada 31 Aug 2014

Monday, May 26, 2014

♡♡Doraemon Carnival♡♡

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ





Setelah menghabiskan masa dengan kekawan kini telah tiba masanya saya membawa anak kesayangan saya berjalan2... walaupun tak berjalan jauh... tak naik flight.. tak tidur hotel tapi ia cukup bermakna andai saya dan kesayangan saya meluangkan masa bersama...

Destinasi ke Doraemon Carnival
Tak terfikir langsung tiket DC susah nak dapat... da lah kena beli di station minyak yang terpilih...
Terpaksa google mencari senarai station minyak terpilih di Klang... alhamdulilah banyak yang terpilih... Jangkaan bila senarai yang terpilih tu harusla tiket banyak yang di jual... aduhai malang sungguh station minyak yang ke 4 baru saya dapat tiket DC tersebut... Mood hampir swing... dah mula nak kecewa la macam tak dapat tunaikan permintaan kesayangan saya...
Kite merancangkan tapi Allah yang menentukan... Alhamdulilah kalau da rezeki tak ke mana janji usaha...










Teruja?? harusla teruja sebab pelbagai doraemon cuma Allah je tahu berapa ramainya hamba allah tak kire bangsa dan agama...1 ketika dulu saya akan pastikan tidak akan terlepas siaran tv3 setiap sabtu pukul7 petang...




Friday, May 25, 2012

Mothers Day Part #2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Walaupun agak da terlewat nak update cerita tentang perasaan "Hari Ibu" tapi saya tetap nak update... kesibukkan yang melanda sejak 2 menjak ni... membuatkan saya tak mencukupi masa nak update tentang "Hari Ibu" bersama "Qifah

11 May 2012
Dapat call dari Princess "Qifah"...
Qifah : Mama Tonite mama balik rumah Klang tak??
Me : Tak balik la sayang.. esok mama kena kerja banyak kena siapkan... tapi mama keje 4jam je...pastu mama balik yeaa...
Qifah : Esok (sabtu) Mama balik Klang la yea??
Me : nape?? Bukan baby nak tidur ngan mama pun... asyik tidur ngan Ummi Khai ngan Nekde je...
Qifah : Mama tak pasang aircon..Nekde ngan Ummi khai pasang kat bilik dorang... baby tak suka panas2...
Me : Ok mama balik.. pasang aircon baby tidur ngan mama yea?
Qifah : Ok mama... Love you...

Tak pernah2 yea anak dara saya telefon saya semata2 nak tanya saya balik ke X...

12 May (430pm)
Di sebabkan saya masuk office sesuka hati saya jadi saya masuk pukul 1130am -3pm saya da balik... Sape nak bayar OT 4 jam rm100 kan... so sila la rajin2kan diri sendiri masuk office ok... Motivasi diri sendiri
Balik kerja terus balik Klang... Da sedia maklum tahun ni saya tak sambut Mothers day beria sangat sebab saya da bagikan hadiah yang sangat ummi impikan selama ni... SILA KLIK UNTUK BACA ....
Jadinya makan malam or apa2 je jamuan Mothers day takde tahun ni... semua sessi keluarga saya da sedia maklum!!!
Sampai je rumah Klang seperti biasa...melayan kerenah si buah hati... ikutkan segala kehendak buah hati... sebab setiap masa yang berlalu sangat berharga dan perlu saya hargai...

13 May
saya bangun agak awal dari biasa waktu cuti saya... dan tengok Buah hati masih melenakan diri di katil Queen saya... Selesai sessi makan tengahari bersama keluarga... Qifah datang dengan Card yang di buat sendiri sambil cakap...
Qifah ; Happy Mothers Day Mama... Baby Love you so Much...
Me : Mama Love you More sayang...
Mood  terharu Ok... saya tak akan lupa ucapkan terima kasih seperti berape tahun lepas saya tergaman bila "Qifah" bagi kad Mothers day... Bukan kad yang mahal2 untuk saya pertikaikan cuma sekeping kad yang di reka sendiri dengan tulisan yang baru mula belajar menulis...dan juga keikhlasan hati yang terpancar dari wajah anak kesayangan saya...



Monday, May 14, 2012

Mothers Day Part #1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tarikh : 13 May 2012
Mothers Day

Setelah seharian menghabiskan masa dengan anak tersayang.. ni msa untuk saya pulang ke rumah PJ... rindu dekat anak tersayang masih tidak terubat walaupun setiap waktu terluang saya mesti ada bersamanya...
dalam perjalan pulang... saya dapat 1 massage... buka2 massage dari Mr. Shahani... a.k.a Papa kepada anak kesayangan  saya...

Salam... Selamat Hari Mama.. May god bless u and be a great mum for my daughter "Puteri Nurthaqifah Shahidah"

Terharu beb... serius terharu... sebab ini tahun ke 2 selepas kami tak bersama dia berikan ucapan yang penuh makna... mungkin keadaan tahhun2 sebelum ni membuatkan kami tak berpeluang untuk berkawan seperti sekarang..bila saya di kelilingi orang yang... tak perlula saya teruskan.... sebab silent rider sangat berleluasa di Dairy Harian saya ni...

Saya berasa syukur sangat... tersangat bersyukur sebab di kelilingi orang2 yang sangat matang...
alhamdulilah...

 

Sunday, January 29, 2012

Induction Day @ Methodist Perempuan Klang

 ASSALAMMUALAIKUM...

Dec 30 2011
Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist (P) Klang





Tepat pukul 730 pagi saya dan princess “Qifah “ da berada di sekolah..
Ya allah sekejap je anak kesayangan saya da mencecah 7tahun…
Begitu cepat masa berlalu…
Rasa baru je melahirkannye..


Setelah ketahui di mane kelas yang telah di tetapkan
Ibu bapa di arah ke dewan mendengar ceramah
Alhamdulilah anak saya jenis yang tak mudah menangis
Dan dalam berurusan saya lak terasa yang saya anta anak ke sekolah atau saya adakan reunion rakan sekolah…

Ex Senior saya a.k.a kakak Sepupu saya

Tak payah cakapla bila bjumpa kawan sebaya
Belum lagi guru kelas time sekolah rendah dulu
Mau riuh mak2 mengalahkan anak2 yang nak g sekolah

Dua pupu bila bersama


Friday, December 16, 2011

hANGoUT wIF mY pRinCeSs "ThaQiFaH"

Assalammualaikum...

11 December 2011

bila ratu hati saya mula mengrequest untuk menonton wayang
“Ombak Rindu”
saya sendiri tidak pasti patut ke saya bawa si kecik ni menonton cerita2 sebegini
walaupun saya dan keluarga SUDAH BIASA  menonton wayang..
Bukan itu penghalangnya
tapi jalan cerita ni agak berlainan unsur2nya..

lebih kureng pukul 5pm saya dan Princess “Qifah”
da berada di Midvalley
layankan je cerita “Ombak Rindu”
tapi malangnya tiket da habis sebelum sampai waktu tontonan…
sedih sey… 
da 2 kali kot jadi cmni kat saya…

Pujuk Princess “Qifah” tengok cerita “Misteri Jalan Lama”
But seriously cerita ini sangat membosankan..
Perjalanan tetap di teruskan…
Boleh di katakana habis 1 midvalley kami berpusing2 
sementara menunggu waktu untuk mengambil  si Muchit …