Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, June 23, 2014

I am so proud of you my lil Princess

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



My wish for you
My Daughter Puteri NurThaQifah Shahidah

Life has so many things to offer you...
I hope you take the time to explore your dreams.
Listen to your heart and homor yourself in all ways.

Never compromise your beliefs.
Alwaysstay true to who you are.
Make your happiness a priority

These are the things i wish for you 
I love you till jannah 
&
I am so proud of you 



Monday, June 16, 2014

Mr. Ex Vs My Life = Puteri NurThaQifah Shahidah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




tak tahu hari ini yang ke berapa entry dah saya pos kat Dairy Kesayangan saya ni...
Atas sebab kerajinan melampaula ni...
termasuk sekali masa yang banyak sangat harus saya isikan...
ceh macam banyak sangat masa...
kerja melambak tu kan belakang...

Ni saya nak cerita sikit pasal Mr. X & anak kesayangan saya "Puteri NurThaqifah Shahidah"
tak ada pun yang menarik mana nak saya kongsikan...
cuma kekadang tu saya bangga sikit la...
sikit je sebab saya salah seorang yang bertuah dan masih lagi berkawan dengan bekas suami...
kebanyakkannya mereka akhiri dengan pergaduhan...

Alhamdulilah sangat2 bila saya masih di kelilingin orang yang begitu matang tahu membezakan hubungan kerana anak dan kerana rasa cinta...
Saya pernah rasa terseksa bila setiap pergerakkan saya di kawal lagi2 bab nak jumpakan anak dengan papa dia... 
inikan pulak nak kami nak bersua muka... 
harus bencana tsunami bermula...
tapi alhamdulilah saya terlepas dari seksa kawalan dan di kelilingi orang2 yang sangat matang...
Siapa pun kawan saya sekarang... 
mereka antara golongan yang saya maksudkan...
yang tahu apakah hubungan kami sebagai mama & papa kepada Qifah...

Mama mana tak nak tengokkan anak kesayangan dia rasa bahagia??
saya salah seorang mama yang punyai perasaan begitu...
jadi di sebabkan itula saya dan Mr. X masih teruskan hubungan sebagai kawan...

Ahmad Shahani 
Seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya...
dan di kurniakan seorang anak yang cukup cerdik...
dan dia juga adalah lelaki pertama yang bukakan pintu hati saya untuk terima lamarannya untuk jadikan saya halal baginya... 
in shaa allah dia bukan yang terakhir untuk saya...
dan dia juga seorang papa yang tak pernah jemu melayan kerenah anak kesayangan nya 
dari kecil sampai la sekarang...
Dia jugala akan berjaga tengah malam seandai Qifah meragam...
Hanya pemahaman kami berbeza hingga terjadinya kami tidak sefahaman...

Ok tak yah la teruskan lagi cerita dah lepaskan...
hanya saya dia dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu kenapa dan mengapa puncanya perpisahan kami...
saya tidak akan menunding jari kepada sesiapa kerana semuanya telah pun berlalu...
Biakan mereka dia dan saya tahu apa itu KARMA...
bukan hari ini tapi In Shaa Allah akan datang Allah akan membalasnya...
Bahawanya setiap balasan Allah di bayar secara CASH w/o LOAN or penjamin 
Cepat atau lambat pasti datang jua balasannya...



Reception Ahmad Farhan & Tajul Ashira

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



14 June 2014
Cahaya SPK Resort Club 



Nak di katakan setiap minggu la saya mesti busy dengan segala activiti...
Memang tak nafikan saya sangat keletihan...
dengan tidak cukup rehat lagi2 kekurangan tidur...
See dah sedia maklumkan
saya memang ratu tidur...
pantang ada peluang...

So straight to the point...
cerita yang saya nak kongsikan bersama...
Perkahwinan lil bro saya 
"Ahmad Farhan & Tajul Ashira"
Jangan tanya kenapa saya still mention lil bro sedangkan kami dah takda apa2 hubungan since saya dah berpisah dengan abang mereka...
Tapi ummi pernah pesan...
orang buat baik kita kenala berbaik dengan dorang...
jadi rasanya saya dengan "Abdullah" family tidak punyai apa2 masalah...
kami masih berhubung dan saya masih mengikut segala activiti mereka...

Even saya dengan bekas suami masih berkawan...
masih keluar bersama...
Seriosly im thankful because in surround people that is mature the mind
tak pernah menghalang saya jalinkan hubungan saya dengan bekas suami sebagai kawan...
faktor utama adalah "ANAK"

Ok back to the point...
Harus kehadiran saya di sebabkan atas jemputan..
walaupun majlis di sebelah perempuan...
Qifah saya da lepaskan awal since cuti sekolah...
bia Qifah tahu yang di masih ada dan perlukan keluarga sebelah PAPA dia...

Lebih kurang pukul 1230pm En. X datang ambil saya dan bawa saya ke majlis...
dah persandingan bermula pada pukul 145pm selepas solat zohor...




This is Puteri NurThaqifah Shahidah Binti Ahmad Shahani Family
Jelas di wajah anak kesayangan bila kehadiran kami berdua...
walaupun keadaan memisahkan kami tapi hubungan kami sebagai orang penting dalam hidup qifah kami masih terus berkawan...



 the best MIL & SIL
Setiap manusia pasti melakukan kesilapan tapi pada saya yang keruh saya buang jauh2 dan yang ada dalam hati saya adalah kebaikan mereka yang pernah hadir dalam hidup saya sebelum ini...



Sepupu sepapat En. X yang agak rapat ngan saya 1 ketika dulu...
hanya separuh bahagian sahaja yang sempat saya snap pic...

In Shaa Allah...
Kalau di panjangkan umur dan di murahkan lagi rezeki...
Reception Ahmad Farhan & Tajul Ashira sebelah lelaki pada 31 Aug 2014

Happy Birthday & Father days to My Hero Malaya!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




15 June 2014
Aroma Ikan Bakar Jeram



Hari bapa datang kembali walaupun pada saya hari2 adalah hari bapa..
Bukan pada tarikh baru kita nak hargai bapa kite kan???
Camtu juga saya...
Abah adalah the best father in the worlds
Abah sentiasa ada bila saya memerlukannya walaupun dalam susah mahupun senang...
Sanggup luangkan masa untuk kami walaupun dah tertulis abah terlalu banyak urusan nak di uruskan...
Bagi abah anak2 adalah keutamaannya...

Bagitahu la ke mana sahaja kami nak pergi...
walaupun jauh andai abah ada masa... 
dia akan hantar dan ambik kami...
Abah pernah cakap bia dia penat menghantar dari dia penat menangis andai terjadi apa2 dekat kami...
See how sweet abah kami...

Di sebabkan hari bapa jatuh pada kelahiran abah...
so kami makan malam bersama... 
sapa yang kenal abah saya dia tahu kenapa kami akan ke kedai makan dari buat majlis2 yang kata abah membazirkan duit...

To my greatest ABAH!!
The nost AMAZING men i know and even more AWESOME Abah...
Dear ABAH...
Thank you for never ever giving up on your princess...
Thank you be a GOOD and SPORTING father....
i feelblessed to have you as my ABAH...
You are my bestfriend, my Angel, My Boyfriend, My Sweet Heart, My Idol, My King, my Enemy, and My EVERTHING....
No one can replace you!!!!
May ALLAH bless you always...
AMIN!!!
Enjoy your days with more colourfull
Happy Birthday & Father day and I LOVE you always and forever " Razali Ibrahim"





Monday, June 09, 2014

Wedding Norain & Youcef Oudelha


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Alhamdulilah bersyukur kepada yang maha Esa kerna telah menemukan Siti Norain & Youcef Oudelha dan membukakan pintu hati mereka untuk mendirikan Masjid...
Walaupun mereka dari berjauhan negara (Malaysia - Algeria) bila Allah telah menetapkan ia adalah jodoh maka bertemula mereka...
Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke Jannah...
dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah
In shaa Allah...

Majlis yang sangat ringkas... hanya akad nikah...

Dear Cousin @ainlabellefemme
Wish you love, luck and happiness to last you today, tomorrow & ever after...
Heartly Congratulations on your wedding...





Monday, May 26, 2014

♡♡Doraemon Carnival♡♡

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ





Setelah menghabiskan masa dengan kekawan kini telah tiba masanya saya membawa anak kesayangan saya berjalan2... walaupun tak berjalan jauh... tak naik flight.. tak tidur hotel tapi ia cukup bermakna andai saya dan kesayangan saya meluangkan masa bersama...

Destinasi ke Doraemon Carnival
Tak terfikir langsung tiket DC susah nak dapat... da lah kena beli di station minyak yang terpilih...
Terpaksa google mencari senarai station minyak terpilih di Klang... alhamdulilah banyak yang terpilih... Jangkaan bila senarai yang terpilih tu harusla tiket banyak yang di jual... aduhai malang sungguh station minyak yang ke 4 baru saya dapat tiket DC tersebut... Mood hampir swing... dah mula nak kecewa la macam tak dapat tunaikan permintaan kesayangan saya...
Kite merancangkan tapi Allah yang menentukan... Alhamdulilah kalau da rezeki tak ke mana janji usaha...










Teruja?? harusla teruja sebab pelbagai doraemon cuma Allah je tahu berapa ramainya hamba allah tak kire bangsa dan agama...1 ketika dulu saya akan pastikan tidak akan terlepas siaran tv3 setiap sabtu pukul7 petang...




Friday, May 23, 2014

♡ Unforgettable Memory - Bandung Indonesia ♡

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

 Destinasi : BandungIndonesia
Tarikh : 30 Jan - 2 Feb 2014

Destinasi sebelum ke Krabi adalah ke Bandung Indonesia...
Ni semua plan Ummi... tah time bila ummi berbincang ngan anak buah abah untuk bercuti ni...
Yang saya dapat tahu pun 3minggu awal sebab kena apply cuti...
mula2 cam malas gak nak join di sebabkan ongkos semakin kekurangan...
pastu ngan kerjaya saya yang susah nak apply cuti...
tapi if tak join macam rugi lak kan....
cam saya pernah mention kat dairi kesayangan saya...
ummi suka buat percutian tanpa bantuan kami adik beradik dan abah.... alasannya...
tak nak menyusahkan kami... See bertapa independent nye ummi...
harusla saya bangga dengan apa yang ummi cuba lakukan...

30 Jan 2014 
Seawal 530am kami telah pun berada di LCCT... gile awal... ngantuk tahap tak boleh langsung bawa berbincang... 
Alhamdulilah lebih kurang 1130am kami sampai ke Soekarno–Hatta International Airport
dan perjalanan di teruskan ke Bandung...
Di sini apa yang saya mampu comment suasana Malaysia dan Indonesia adalah lebih kurang... Kesesakkan lalu lintas sangat mencabar kami... tapi cuma beza nya sesesak mane pun perjalanan yang kagumnya tiada lagi record kemalangan seperti di Malaysia...
i proud to be Malaysian...
 Sepanjang saya di sana sejujurnya saya tak teruja sangat... jadi bila keadaan tak teruja maka segala pic2 pun saya tak berapa nak snap sangat...
apa yang saya ley katakan saya boleh habiskan sebanyak 2juta even saya bawa 5juta so nampak tak berapa tidak terujanya saya...

senarai2 yang kami lawati sepanjang di sana
  • Rumah Mode Bandung
  • Kek Kartika Sari 
  • Tangkuban Perahu, Bandung
  • Floating market Bandung
Maaf ni saja yang mampu berada dalam ingatan...




















P palang S : Sila abaikan kegemukkan saya (",)