Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Kepadamu Allah ku bersyukur.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Ya Allah lamanya lah saya tak update dairi kesayangan saya ni. Rasanya since puasa. Biasala seperti entry2 sebelum ni alasan yang saya akan saya gunakan. Kesibukkan mencemburi saya untuk update cerita terkini. APA??? Bosan ngan alasan saya. Sejujurnyalah bila nak update blog nie saya memerlukan masa yang banyak. memerlukan idea yang bernas. Dan paling penting saya bukan penulis blog yang tegar. Segala blog di update dengan keizinan masa yang terluang. So pada pembaca yang still or tak jemu2 nak membaca harapla bersabar ya. In shaa Allah kalau di panjangkan umur dan masa mengizinkan In shaa Allah saya akan update walaupun tidak mengikut masa kejadian.

Kali ini saya nak sharekan apa yang saya lakukan sepanjang bulan mulia ini. Sama ada untuk dunia mahu pun akhirat. Bukan nak riak cuma saya hanya nak kongsikan pengalaman pertama saya di bulan mulia pada tahun ini. Alhamdulilah dengan rezeki yang ada saya nak kongsikan sedikit rezeki saya pada yang memerlukan. Walaupun tak seberapa tapi saya tetap bersyukur akhirnya niat saya tercapai juga seperti yang telah saya janjikan. 

Kalau tak silap pada Khamis lepas (17 July 2014) dengan niat yang ada saya ingat bersedekah sedikit makanan dan  minuman kepada yang golongan gelendangan. Sapakah orang2 gelendangan itu? Mereka adalah insan yang kurang bernasib baik yang hanya mampu tidur di kaki lima tanpa berbantal dan selimut. 
Chow Kit & Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi pilihan lokasi saya pada malam itu.

Pada mulanya saya tak nafikan memang saya agak cuak. Pelbagai perasaan bermain di fikiran. Lagi perasaan selamatkah apa yang saya lakukan. Sebelum saya teruskan activiti malam itu saya da research sama ada status saman menyaman akan di kenakan pada yang bersedekah?? saya dah bertanya pada warga2 yang pernah membuat pemberian makanan mahupun pakaian adakah ianya selamat. Alhamdulilah niat baik Allah sentiasa permudahkan. Segala fedback yang saya dapat adalah positive. 

Saya hanya di bantu oleh 2 orang kawan saya yang pernah melakukan activiti seperti saya dan paling penting dan saya bersyukur Love sentiasa memberi kerjasama untuk saya jayakan acitiviti mulia ini. Kami hanya melakukan pada pukul 1030 malam dan berakhir pada pukul 1230am. 
Kenapa begitu lambat?? Mungkin saya lakukan bersendirian tanpa bantuan pihak NGO. Jadi tak terfikir langsung di fikiran saya pada malam ini terlalu ramai yang bersedekah. Yang membuatkan saya rasa terharu orang2 gelendangan tidak ada perasaan tamak. Walaupun saya ingin menghulurkan lagi makanan yang ada. Bagi mereka sapa yang dah bersedekah itu rezeki mereka jadi kami yang kelewatan mereka tak ambik lagi makanan kami dan hanya mengarahkan kami ke kawasan yang masih memerlukan makanan.
See bertapa murninya hati mereka. Masih mengingati antara 1 sama lain dan saya pasti ada di kalangan  mereka tidak mengenali antara 1 sama lain.

Alhamdulilah segalanya selesai dan bersyukur kami selamat dari segala2nya.










Monday, May 21, 2012

Kadang² BC (Broadcast) itu tidak benar!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mungkin saya agak juga kekurangan ajaran agama... Tapi bukan bermakna saya tak tahu langsung pasal agama.. Hari ini da 3x saya dapat BC dari BBM kononnya malam ni malam Nisfu Sya'ban (tutupnya buku² amalan) sedangkan kedatangan bulan Rejab pun belum sampai macam mane la bulan sya'ban menjelma... Selasa (22 May) baru tibanya kedatangan bulan rejab.. Jadi di situ da nampakkan kejahilan seseorang tu.. Yang tahu copy paste untuk BC. Tak salah if nak BC cuma untuk sesuatu yang sesuai dan ia betul² benar!!

P palang S : malu bertanya sesat jalan


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Hari Guru di ucapkan kepada semua warga pendidik seluruh negara..... Tanpa mengira apa-apa darjat, pangkat, bangsa dan juga agama.... Tanpa guru siapalah saya ini....
Tahun 2012 Hari Guru bertemakan
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


P palang S : Nape Qifah tak minta belikan hadiah yea??

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Jururawat 2012

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 

Hari Jururawat ini disambut seluruh Malaysia adalah sebagai mengenang jasa bakti para jururawat 
yang memberi perkhidmatan kejururawatan kepada seluruh masyarakat 
tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, status atau jenis penyakit, di bandar atau luar bandar, kawan atau lawan.



Tema tahun ni 2012
Closing the Gap: From Evidence To Action


kepada semua jururawat..
Selamat Menyambut Hari Jururawat

P palang S : Di tujukan khas untuk ummi tersayang

Thursday, May 10, 2012

Ibu K.E.J.A.M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semalam malam  ada tertengok video budak kecil tak sampai setahun kot kena dera dengan ibu kandungnya sendiri..

 
untuk melihat video tersebut sila klik..

 

 
tak sampai hati nak share kat sini okeh.. nanti saya nangis lagi!!

 
memang giler la mak dia nih.. siap sepak2 anak kecik dia tuh.. memang lahanat okeh!!*mind my words*

 
yang membuatkan saya sedikit lega ialah..

 
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

gambar bayi yang didera ibu kejam



semoga Allah menyelamatkan bayi dan memanjangkan umur bayi malang yang tidak bersalah ini.
AMIN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 30, 2012

KLCC TERBAKAR???

ASSALAMMUALAIKUM..

Ramai orang berpusu-pusu keluar daripada KLCC kerana ada kebakaran berlaku di dalam Suria KLCC. Kebakaran dipercayai berlaku di dapur Restoran Chinoz On The Park. Buat masa ini pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Thursday, March 29, 2012

Mangkuk tandas meletup dalam transit aliran ringan (LRT)

ASSALAMMUALAIKUM..



Pesanan bagi semua pengguna tandas awam... berhati2 ketika menggunakannya...walaupun malang tak berbau ada di mane2 saje.. tadi masa odw ke Bangsar saya ade terdengar berita yang mangkuk tandas di LRT Sri Rampai meletop... Percaya tak percaya la mangkuk tandas boleh meletop... bayangkan camner keadaan bila kite ngah syok membuang tiba2 mangkuk tu meletop...

mangsa Muhd Shakereen Basri, 22, cedera di paha, punggung dan belakang badan akibat terkena letupan dan serpihan mangkuk tandas yang pecah...Kejadian berlaku selepas mangsa selesai membuang air besar.. See lepas buang air besar lak tu... habis najis2 terkeluarkan.. kesian kat mangsa...

Tak Boleh Tidur?? Insomnia kah??

ASSALAMMUALAIKUM

ADOIYAiiii...penat golek2 atas katil, klik pok klik pok mata terkebil2...Tak rasa skit pon ngntuk...esok kerja kul 8am cik Put3 woiii....time 2 baru rasa nak tido kot?..haihhhh...jgn la camtu wahai cik mata,jom la kita tido k... arhhhhhhhhhhhh....sudah pkul 3am..jadi saya bangun dan mengadap laptop and buat entry tak tido malam... alang-alang tak boleh tido elok lah aku terus menghadap menda ni....lalu saya mengGOOGLE mencari maklumat dan sebab musabab kenapa saya tidak boleh tidur.... adakah terlalu tertekan dengan masalah²..tapi masalah biasa jer..tapi yang pastinya tadi siang saya tertidur over limit kot...

mungkinkah saya terkena gejala insomnia?? apa itu insomnia....mari kita baca ok...

Mungkin Anda termasuk dalam 30 persen orang dewasa yang mengalami insomnia, gangguan tidur yang sangat umum terjadi seperti yang ada di Amerika. Insomnia atau sulit tidur menimpa 1 dari 10 orang Amerika Serikat. Insomnia bisa berupa mata tak terpejam sepanjang malam, terbangun di tengah lelapnya tidur dan sulit tidur kembali, terbangun beberapa kali, bangun terlalu dini, atau tidak merasa bugar setelah bangun tidur. Meski demikian, sebenarnya hanya 30 persen penderita insomnia yang benar-benar terganggu. Insomnia itu sendiri bukanlah suatu penyakit tetapi lebih tepatnya adalah suatu gejala dari masalah lain atau beberapa masalah lain entah itu fisik, emosi atau tingkah laku.

Jenis Insomnia

• Insomnia kronis, merupakan insomnia yang paling parah karena penderitanya selama sebulan atau lebih tidak bisa tidur pada sebagian besar malam.

• Insomnia jangka pendek, penderita sulit tidur selama 2-4 minggu.

• Insomnia sementara, iaitu insomnia yang berlangsung hanya beberapa hari.

Proses Kimia

Hormon melatonin yang dikeluarkan kelenjar pineal adalah jam alamiah bagi tubuh. Hormon ini mulai mengalir ketika sinar matahari mulai redup. Kehadiran hormon melatonin di dalam tubuh memerintahkan istirahat. Di siang hari, hormon ini tidak diproduksi. Oleh karena itu, tidur siang sebenarnya tidak terlalu diperlukan tubuh. Tidur siang diperlukan hanya untuk memberikan relaksasi bagi tubuh dan juga pemulihan stamina bagi orang yang mengalami kelelahan ataupun telah melakukan aktifitas yang berlebihan daripada biasanya.

Penyebab Insomnia

• STRESS & DEPRESI. ( mungkin salah satu faktor fikir nak kawen ) "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮ kontrovasi la ni!!

• TIDUR SIANG BERLEBIHAN. ( comfirm ni la penyebabnya jgn membuta lagi )

• LINGKUNGAN TERLALU BISING.(Irama muchit kot)

• SUHU LINGKUNGAN (suhu cukup memuaskan hati sebab hawa dingin setiasa di buka)

MEROKOK & MINUM ALKOHOL BERLEBIH.(Maybe merokok but Alkohol uppp SORRY)

• MINUM KOPI BERLEBIHAN. (Tak layan kopi la)

• SAKIT MEDIS.

• SIKLUS MENSTRUASI.

• PENGARUH uBAT-uBATAN.

sumber di perolehi dari SINI

jadi untuk pengajaran kali ni...jangan tidur waktu siang okey...tidur sekejap boleh kot.


P PALANG S : aduhhh...countdown nak g kerja dengan mata yang bengkak ke?? tinggal lebih kurang 3jam je lagi ni.... tidur dalam office xpe kn???

Friday, February 17, 2012

Ermmm.... (",)

ASSALAMMUALAIKUM


Hargaila mereka hingga hujung nyawa

ASSALAMMUALAIKUM





ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
...
ツ Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~

Sunday, December 04, 2011

Ombak Rindu

ASSALAMMUALAIKUM



01 December  2011

Di sebabkan muchit cuti maka saya dengan senang hati ingin menontot cerita "OMBAK RINDU"
cerita akan di tayangkan pada pukul 9.40pm
ramai sangat yang kata cerita ni saya menarik  so saya mula berada di Pyramid pukul 8.00pm 
beartur punyala beratur lastly sampai2 counter beli tiket "Ombak Rindu" 
da habis di jual...
Dam.. Sedih gile OKey...
tapi saya terus membeli untuk midnite keesokkan harinya...

02 December 2011

Tayangan bermula pada pukul 12.10am alhamdulillah
tak sia sia saya tunggu cite tu berbulan bulan untuk di tayangkan. 
Walaupun ade babak aaron yang saya tak berapa nak berkenan dalam movie tu . 
tapi saya suke gak ! haha.. encemmnyeee.. okay fine. 
For the first time saya dapat tahu si Maya Karin bawak watak Izzah tu . 
saya dah tak suke. 
tapi bile dah habis tengok filem dia tadi. saya dah ubah fikiran. 
Dia memang sesuai bawak watak tu . 
Kena sangat la dengan dia. 
Dia bole buat hati saya goyah nak nangis kot. erk.. 
ke saya memang dah nangis dah pon ?

Watak aaron aziz , macam biase. romantik, and macho dia tu terserlah. 
Garang and ego pon same. eee.. 
Saya suke betol laa ! haha... 

Watak si Lisa Surihani tu . hmm .. bole laa.. 
tapi smtimes kelaka gak tau . 
sbb dia mcm jarang mencarut and garang semacam , 
tetibe cakap 'sial ! ' saya nak tegelak. hoho .
akhirnya dia bawak gak watak yang lain dari yang lain. 
bole lah. lame lame nanti okay la kot. :)
'itu bukan redha, tapi pasrah. kalau redha kite ikhlas... pasrah bermakna kite mengalah '
Walaupun jalan cerita jauh sangat perbezaannya dengan cerita dalam Novel...
Meh saya share sedikit cerita2 yang de dalam Novel sebenar...
Sipnosis 




Jauh sangatkan jalan ceritanya..
kalau sama da kena la buat cerita dari 2jam lebih ke 4jam lebih...
Pe2 pun cerita ni memang sangat best..
kena sediakan Tissue banyak2..
 
 
Tajuk : Ombak Rindu
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-097-7
Tahun Terbit : 2002
 P palang S : Kalau ikutkan Novel de Ombak Rindu 2

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


 27 .  November . 2011
Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru masihi (1433)
1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM.  
Apakah azam kita pada tahun baru ini? 
Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. 
Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.
Terasa ruginya tahun baru kali ni saya tidak dapat menunaikan puasa sunat seperti2 tahun2 sebelumnya....
harap2 saya dapat juga menunaikan dalam masa 10 hari tahun baru ini...
dulu mungkin saya tak merasa kerugian ini..
mungkin juga leka dengan hal2 dunia...
tapi alhamdulilah saya semakin merasakan sesuatu kerugian bila meninggalkan peluang yang hanya datang setahun sekali...

Kenapa bila tiba je tahun baru (dunia) orang sebuk pasang azam baru...
sama gak seperti saya ada juga simpan azam baru..
jadi apa salahnya tahun baru islam kita sama2 adakan juga azam baru...

Zaman saya untuk tahun 1433 hijrah ni.
menjadi seseorang yang hidup lebih senang tapi bukan hidup dalam kekayaan...
cuba mendekati diri dengan yang di ATAS...
mempermudahkan segala urusan yang di rancangkan dan kita sendiri sedia maklum.
kite hanyala merancang dan DIA yang menentukan...

MARILA KITA SAMA2 MENGAMALKAN UNTUK KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3kali selepas Solat Maghrib (waktu maghrib) pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Wednesday, August 10, 2011

Syiling Baru Mulai Januari 2012

"Bank Negara Malaysia Terbitkan Siri Syiling Baru Mulai Januari 2012"



Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu.

Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baru ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baru ini nanti," kata Zeti lagi.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September nanti.


Thursday, April 21, 2011

Rahsia Jari Anda!!

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS7MoV2lKVPGxo_h2aqSDnnP_uwX22WTT7C32GVWP_W9h3Jpwrs


PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!
Asas 5 jari

Jari telunjuk :
usus

Jari tengah :
Jantung

Jari Manis :
Imuniti

Jari kelingking :
Rahim/Tulang Belakang


cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN
....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~
MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA
....:-)~
P palang S: Banyak juga kegunaan jari kita sebenarnyekan if takde jari kaki ibu jari kaki pun buleh!!! :P

Thursday, January 27, 2011

Bunga Tulip

Cerita nie hanya untuk kongsian bersama... 
andai saya mampu menanamnya...
saya pasti keliling rumah saya penuh dengan bunga-bunga ini..
bia pun di rumah klang mahu pun PJ...
kedua-dua rumah saya ada tanah...

tapi sayang saya tak mampu untuk menanamnya...
mungkin keadaan cuaca...
atau saya tak tahu menanam...
ayat paling untuk cover line...
saya tak punyai benih bunga ini untuk menanam...

 Benih bunga tulip...
ia seakan-akan bawang..

da setahu saya bunga ini akan tumbuh dan berkembang selepas musim luruh...
dan berbunga pada musim sejuk...
bila musim panas kembali ia akan mati...
so bermakna malaysia tak boleh tanam bunga ni..
betul tak??


Bila ada cahaya matahari, semua bunga tulip ni akan mengembang.
Bila waktu malam atau bila tiada cahaya matahari bunga tulip ni akan kuncup balik.








 indahnya andai itu rumah saya...
bangun pagi melihat tanaman saya yang berwarna-warni...


Bunga tulip aku da mula luruh. 
Jangka hayat pokok bunga tulip sememangnya tidak lama.