Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Hatyai Day 2



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Setelah keletihan perjalanan semalam. Maka hari ini bangun lebih ceria dan cergas dari semalam. Alhamdulilah Allah masih memberikan kesihatan yang baik untuk percutian kali ini. 
Since semalam kami memang da booking tuktuk nak berjalan. Senang takyah nak tahan tuktuk tepi jalan yang charge harga ikut suka apak dorang je. Dapat yang Alhamdulilah fasih berbahasa melayu. Boleh nego waktu dan harga. 




Taraaa kami dah bersedia untuk menterjah Hatyai. 




Destinasi pertama 









Pemandangan dari atas lif boleh menampakkan bandar Hatyai. Perjalanan di teruskan tapi berhenti seketika di tepi jalan yang nampak bunga matahari yang menarik. Dah la ioll memang suka bunga matahari terus teruja bila nampak depan mata. 







Seterusnya ke Pantai Samila. Tempat yang wajib singgah kalau da sampai Hatyai. Takde ape pun menarik cuma pemandangan yang cantik. Biasala kata pun tepi pantaikan. Angin sepoi sepoi bahasa. 



Setelah berehat di tepi pantai seterusnya kami ke Magis eye 3D 

Oill X teruja pun sebab saya kan dah pernah pergi muzium 3D terbesar di Asia. Kat Malaysia lagi. So setakat habiskan masa berjalan. 










See betul tak saya cakap takde apa pun menarik. Dengan takde idea nak snap pic.Mostly dorang akan letak pic untuk bagi idea tapi ni takda. Ok hampeh. 
Actuvity seterusnya perabih duit kat bazar depan Magic Eye 3D 


P palang S : Continue Lagi 




Thursday, July 30, 2015

PrinceDotz Bornday Part 2

                       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

16 May 2015

Seperti yang saya pena kongsikan tiada apa2 sambutan ulangtahun kelahiran Lelove untuk tahun ini. Bia mulut kata tidak tapi apakan daya hati meronta2 walaupun hanya kecil2an. 
So plan last minute bermula. Memandangkan nak buat kat rumah sendiri. Memandangkan Lelove tak kerja. Memandangkan ini adala suprise. Memandangkan perabot rumah tak beralih lg. berapa banyakla memandangkan. 
Kusut2 camne nak buat surprise kalau tuan empunya badan ada kat rumah. Tetiba idea datang. Nasib baikla adik2 TMF sudi membantu. Nasib baikla adik kesayangan sudi menolong. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. 
Lebih kurang pukul 330pm saya mengajak Lelove ke Avenua K. Saje berjalan nak cuci mata. Walaupun sbenarnya takla logik sangat alasannya. Tak beli ape pun. Sekadar datang untuk lunch dan berjalan2.
Alasan nak keluar sebab nak menyenangkan adik2 kat rumah mengemas menyediakan apa yang patut. 
Tak sambut besar2an. Tapi masih memerlukan waktu yang panjang untuk mengemas, mendeco. 
Lebih kurang 930pm kami sampai di rumah. Da segalanya terjawap. Again n again Lelove dapat surprise. 
Thanks pada adik2 TMF yang sudi datang membantu. Adik saya yang belakon, menunggu kek dan sebagainya. 
Thanks kepada kekawan terdekat yang datang. Maaf kerna menunggu terlalu lama. Kerjasama uall amatla saya hargai. 



  

Monday, July 06, 2015

Labour Day Journey


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Taraaa. Sebenarnya mood nak update blog kesayangan ni tak sampai lagi. Tapi bila tengok je album gambar Go Pro dalam hp. Mak aiii punyala banyak tak di kongsikan dalam dairi kesayangan ni. Kekadang macam malas je nak update blog ni tapi bila tengok gambar cam rugi je tak di kongsikan dalam dairi kesayangan ni. Sekurang2nya bila bosan boleh gak membaca dan kenangkan kenangan indah yang pernah saya lalui.

Bila jalan cerita dah lapuk di makan zaman. Saya tetap ingin kongsikan sebagai kenangan saya.

30 April 2015

Perjalanan yang sememangnya di rancang. Tak jauh mane pun tapi cukupla ia membuat saya teruja dengan kecantikkan alam semua lagi. Tepat pukul 1030pm bus Sani Express begerak ke destinasi. Kenapa kali ini perjalanan kami menaiki bus. 1 atas sebab kami pergi beramai walapun perjalanan takla sejauh mane cuma dapat rasakan bakal kepenatan waktu nak balik. 2 dengan alasan yang paling kukuh bila kita duk berendam untuk drive balik ke KL akan membahayakan keadaan. Mungkin sebab letih mungkin juga sebab terlalu mengantuk.





Seramai 8 orang yang join percutian kami kali ini. Ke mane destinasi saya kali ini biar la gambar2 berbicara. Biarla kalian terteka teki. yang penting masih dalam Malaysia.
 
1 May 2015

Memandangkan hari ini adalah cuti umum maka seramai2 hamba Allah terkumpul dan pergi ke arah destinasi yang sama.Seawal pukul 1030am kami sampai di destinasi.Kenapa lambat sangat? Fefahamla kalau duk Malaysia ni cuti umum, cuti panjang kalau tak tersangkut kesesakkan lalulintas bukan Malaysia la namanya.
Biar lambat asalkan selamat yea idok?? Alhamdulilah selamat juga sampai walaupun tidur bangun tidur bangun masih di dalam bus.
Memandangkan 1 may jatuh pada hari jumaat perjalanan untuk menaiki feri terpaksa di tunda selepas sembayang Jumaat. Perasaan mengantuk, panas, tiadak selesa sebab tak mandi, bosan semua menghantui kami sangat menanti habisnya solat Jumaat.
 
Lebih kurang pukul 4pm kami check in hotel, meluruskan pinggang dan melepakkan diri di tepi pantai. Memang hari pertama kami free untuk segala aktivity.
 

 
 
 
 








 

Sape dah dapat teka mane lokasi destinasi saya kali ini?? Tak dapat lagi la tuewww, tapi malu nak ngaku nanti orang cakap awak kurang bijakkan. Takpe teruskan membaca nanti dapatla jawapan tu. Kalau tak sanggup baca sampai ending nanti taula destinasi di mana.

2 May 2015

Lebih kurang pukul 1030am bot untuk membawa kami ke 1 pulau ke 1 pulau telah tiba. Sebelum itu saya memohon maaf sebab activiti di dalam laut semua masih dalam simpanan Go Pro. Cukupla malas saya nak upload masukkan ke dalam Hp. Walaupun Iphone6 ioll 64gb tapi bila malas menguasai diri segalanya akan di beri dengan pelbagai alasan.
Kalau dalam blog tak di upload inikan pulak dalam instgram dan Fb memang haramlakan sebab malas dah menguasainya.


Setelah beberapa jam meredahi lautan maka kami pun di hantar ke hotel untuk cara bebas. Memang kami tidak mengambil packej yang padat dengan activity di sebabkan percutian kami terlalu singkat.
Perjalanan di sebelah petang di teruskan ke Kinci Angen. SubahanaALLAH bertapa semputnya pernafasan untuk sampai ke Kincin Angin. Tercungap2 badan Xyah cakapla berlecak segalanya.
Aeeuuwww dengan berpeluh dengan tekak dahaga. Allah je maha ketahui. Ni gara2 bila pemandu tu tanye nak redah laut atau darat. Kami sepakat nak redah darat memandangkan ramai antara kami dah mandi n salin baju. Sekali hambek. Lencun baju serupa tak payah mandi.

Alhamdulilah setelah meredah jalan darat menempuhi gunung ganang selama 45minit akhirnya kami sampai ke destinasi. Nampak tak bertapah gigihnya kami nak sampai ke Kinci Angin. SubahanaALLAH pemandangan yang sangat cantik. Angin sempoi2 bahasa. Bila badan dah berpeluh kena angin mak aii layan




Setelah berehat beberapa jam di kinci angin perjalanan di teruskan tapi kali ini dengan membuat pilihan kami redah lautan. Ketika meredah laut air mula menaik dengan saya yang tak berapa pandai berenang bertawakal je semoga selamat sampai ke bot.

3 May

Hari terakhir berada di sini. Terlalu banyak kenangan yg akan di tinggalkan. Memandangkan btot ke jeti akan sampai ke pukul 4pm untuk ke jeti. Jadi kami tambah lagi 4jam untuk simpan beg. Tambah untuk 1 bilik je share reramai. Jadi activiti terakhir kami bermain di sisiran pantai. menikmati kecantikkan ciptaan Allah buat kali terakhir. Ada rezeki dipanjangkan umur sihat segalanya InsyaaAllah akan sampai untuk masa akan datang.





 

Monday, June 23, 2014

AlifHaddicted "Friendly Tournament"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Bertemu lagi di entry baru di minggu yang baru... 
Harap2 kalian sihat2 dan masih sudi meneruskan membaca di Dairy Kesayangan saya.... 
hahahha ada serupa pengacara Tv tak??
aduhai puteri tau la baru lepas menghabiskan masa ber"Bowling" ngan pengacara tv... 
takkan sampai terbawa2 nak mengayat dalam blog kan...
Sape kenal "Alif Hadi" ?? 
Meh saya jawapkan... 
mesti ramai yang cakap tak kenalkan... 
act dia tak famous mane pun... 
Mula2 saya join event dia saya pun akui saya tak kenal sape die... 
tapi biasala artiskan bila dia sampai je confirm2 la dia je yang akan menyerlah.... 
Time tu baru saya kenal sape Alif Hadi... 
kenal paras rupa je la...
 tapi saya masih tak tahu dia pengacara cerita apa.... 
kalau anda2 semua nak tahu bolehla search & google sendiri ya....

AlifHaddicted mengadakan "Friendly Tournament" di Pin Junction ECurve Damansara...
register 

Seramai 30orang peserta termasuk Alif Hadi... 
Bila saya dapat tau nak main Bowling... 
saya yang terlebih excited mana tak nya da lama sangat kot nak main bowling.. 
bak kata orang da berhabuk dah bola dan beg saya...
 Bukan tak nak main cuma masa tak mengizinkan...
 bila free kekawan lak tak free bila dorang free saya pulak sibuk jadi ni la masa saya nak mengasah balik bakat saya yang hampir hilang... 
cehhhhh 

saya dan beg berhabuk saya

Seperti biasa la... 
datang harusla register bak kata omputeh orang melayu cakap pendaftaran...
Di beri kotak di isinya bola untuk mengetahui kita di bahagikan ke dalam group brapa..
saya di group 7 mula2 frust la jugakan sebab berjauhan dengan kekawan yang saya lain... dahla saya ni pemalu tapi syukur sangat orang sekeliling saya dan group saya sangatla friendly.... 
dan memcabut lagi 1 bola untuk group... 
dan saya tercampak ke group 23 
seorang di beri 3 games... 
hambikkkkk tercabut jari saya di buatnya... 
total games 6
saya bukan pandai main pun ala sekadar nak happy2 je...




ni la skill2 terabur saya...

group 23... muka excited tak kami??

Finally... 
alhamdulilah... 
saya dapat nombor 3 antara rating tertinggi.... 
skill terabur pun dapat nombor 3 bayangkanla kalau saya ada skill mesti saya lagi hebatkan... 
Dan alhamdulilah group 23 saya pun mengumpul jumlah yang memuaskan hati dan kami mendapat tempat ke-3 



Selesaila activity mencapak bola...
Selfie harusla adakan... 
meh saya nak share pic saya bersama Alif Hadi...





Btw saya nak wish sikitla untuk Alif Hadi...

Happy Birthday in advance Dear Alif Hadi...
May Allah always bless you... 
Amin...
Happy success & cool forever...