Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kerenah kawan2. Show all posts
Showing posts with label Kerenah kawan2. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

PrinceDotz Bornday


                                       السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

15 May 2015

Seperti biasa setiap tahun mesti ada celebration birthday Lelove tapi di sebabkan saya busy dan keadaan tak begitu mengizinkan jadi niat untuk menyambut ulangtahun kelahiran Lelove di batalkan.
Di sebabkan 15 May jatuh pada hari Jumaat ajak Lelove makan Shell Out. Memang takda sambutan apa2 pun untuk Lelove saya dah bagitahu awal2. Saya tak nak Lelove meletakkan harapan. Cukupla sekadar kami keluar dinner dan luangkan masa bersama. 
Bukan tak nak buat ape2 cuma keadaan tak begitu mengizinkan. Memandangkan saya pun baru je keluar dari hospital. Kesihatan tak begitu stabil. 
Alhamdulilah Lelove sangat memahami. InsyaaAllah kalau di murahkan rezeki di panjangkan umur dan persahabatan kami tahun depan mungkin. Itu pun terletak pada keadaan. 





Tuesday, July 22, 2014

Makan sampai kenyang bila perut minta di isi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Jeng jeng jeng!!!
Bosan ya baca entry saya yang terlalu banyak ni??? Okla ini in shaa Allah last entry untuk hari ini. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang saya nak sharekan tapi apakan daya sekarang pun dah nak masuk kul 3am. Nak bersahur lepas tu tido. In Shaa Allah ada masa terluang akan saya akan update kan lagi. 
Apa2 pun sebelum saya teruskan entri saya yang berikutnya saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafaan andai ada tersilap kata atau menyigung perasaan sesiapa yang memnbaca entri saya selama ini. Segalanya di luar pengetahuan. Sesungguhnya yang BAIK itu dari Allah dan saya sebagai umatnya hanya mampu memohon kemaafan sekali lagi. 

Saya teruskan entri terakhir saya mungkin untuk bulan ramadhan. Mungkin akan ada sambungan cerita ramadhan selepas ini. Kita merancang dan segala2nya Allah yang menentukan. 
Dalam kesibukkan masa yang ada saya tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama kawan2 saya expecially Besties dan kawan2 sebelah Love. 
Maaf entri berbuka puasa bersama Besties saya tak dapat updatekan atas alasan yang sama masa tak mengizinkan. Dan saya tak berjanji akan mengupdatenya andai di beri kelapangan. Kenapa?? Sebab segala gambar tiada di simpanan saya. 
Kali ini saya nak update tentang berbuka puasa saya bersama Love & members. Amboi ramainya members love kan.Kawan ramai cuma yang boleh sekepala boleh di kira dengan jari. Dengan berbuka puasa yang perancangan saat terakhir. Mereka juga mempunya urusan lain jadi hanya seorang je yang ada masa terluang untuk berbuka dengan kami.
Di mana lokasi pilihan dan bersama sapa kami berbuka??Sila rujuk pada gambar ya.
Selesai berbuka puasa perut tak reti nak kenyang kami meneruskan mencari makanan untuk bersantai. 
Dan pilihan kami sudah tentula di Dip&Dip. Syurga segala chocolate. Lagi2 untuk penggemar chocolate seperti kami. 






Tuesday, July 01, 2014

Iftar Vs Farewell = Absolute Thai One Utama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Ramadhan ke 2
Absolute Thai 
One Utama Damansara


Alhamdulilah rezeki bulan ramadhan... 
Bila pepagi dapat email dari boss suruh invited all associate untuk berbuka puasa bersama.. 
Even kebanyakkan staff kat office saya ni adalah cina... 
Kaum melayu bolehla di kira dengan jari...
Act berbuka puasa bersama ni ada 3tujuan... 
1st harusla nak belanja kami yang berpuasa ni... 
2nd nak farewell dinner untuk staff yang nak berhenti kerja + sambung belajar kat Oversea.... 
3rd include skalila anniversary 2orang staff yang dah cukup 10 tahun berkhimat dekat company...

Boss cakap bukan tak ley tunggu function dinner untuk 10th Anniversary cuma macam lama je lagi...
sekarang bulan June dan dinner kami akan di adakan in sha Allah bulan Sept sebelum startnya event Score Zumba kami... 
Lepas dapat je email dari boss saya memainkan peranan menghantar email secara broadcast... 
Alhamdulilah segala tempahan telah selesai...

Absolute Thai menjadi pilihan boss... 
memandangkan orang2 melayu ni kalau berbuka nak makan nasi jadi rasanya sesuai la if Absolute Thai jadi pilihan kami... 
Working hours sepanjang bulan puasa 10am - 5pm berbeza 1 jam dari bulan biasa tetapi di sebabkan semalam berbuka bersama dan masa berbuka pukul 7lebih maka berkampungla kami semua di Office...


Seawal 45minute kami da berada dalam restaurant... 
nasib baik dah besarkan... 
if budak2 lagi mesti dah terliur tengok pelbagai jenis makanan yang terpapar di menu... 
tak di nafikan nafsu makan sangat mengundang mengalahkan budak kecik belajar puasa... 
semua yang nampak depan mata semuanya la sedap... 

Sementara menunggu kawan2 yang lain harusla kami berselfie dulu... 
Walaupun berlainan department kemesraan kami masih ada... 


kami dari MINT + MC + MI + ME +AI dan berlainan department... Banyak tak company kami... Jadi banyak la boss... Banyak boss banyakla ragamnya... 
tapi kami masih di bawah 1 sekawan iaitu 1 Malaysia


Rezeki yang di janjikan oleh Allah... 
Kepadanya saya bersyukur... 

Selepas mengeyangkan diri... 
kami beransur pulang... 
dan ternyata sekali mata saya mengundang untuk di pejam... 
Kekeyangan + kepenatan ini la menyebabkan saya tak bangun sahur puasa ke 3


Wednesday, June 20, 2012

Kym Benjamin Birthday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


5 June 2012

Maaf ini mungkin entry yang agak lewat lebih kurang 15 hari... Atas kesibukkan yang melanda diri membuatkan saya terpaksa mengabaikan dairy kesayangan saya ni.... sampai ada seorang silent reader ni siap masuk entry saya sehari berape kali tah semata2 nak tahu cerita terkini saya.... Mungkin juga nak tahu cerita selanjutkanya pasal saya di anta keluar Negeri....

Tunggu Na.... hang tu awat kecoh sangat... so berbalik pada entry 5 jun.... tarikh keramat pada adik Demuk saya .... Kym Benjamin... Mungkin keramat pada die bukan pada kita kan.... Bila usianya mencecah ke 1 angka lagi....
Alhamdulilah saya di beri peluang untuk mengenalinya... 

Saya di jemput melalu Private Massage dari Jejet untuk menghadirikan diri ke Majlis Ulangtahun Kym... Dah serupa VVIP kot saya sebab saya di minta untuk pulang awal dari biasa even saya sibuk dengan tender.... Upssss saya tak lepaskan peluang untuk mengajak BFF saya ke majlis tersebut... Dia seorang sahaja saya mengajak... Kenapa dan mengapa.... jawapan hanya ada pada dia.... Jangan duk kepohla hang asyik nak fikir hal orang.... Hang baca aku nye Blog ni pun aku da tau sat je lagi hang mesti duk share ngan semua orang....

Bukan ini sahaja tetamu yang hadir yea... selebihnya saya terpaksa mengbiakan ia di lua blog atas permintaan semua orang di sebabkan silent reader yang sibuk duk nak ambil tau updated blog saya.... takut semuanya berlaku di lua jangkaan.....

P palang S : Hang betoi2 menyusahkan aku... hang tau tak??

Sunday, March 18, 2012

Red Ridding Malacca

ASSALAMMUALAIKUM...

Selesai datang undangan yang berada di Segamat Johor...
kami teruskan perjalanan ke melaka..
sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur Kota metropolitan pada ke esokkan harinya

Perjalanan mengambil masa tak sampai 1jam..
kami sampai dengan selamat walaupun kereta kami naiki menerima ciuman ikhlas dari Mr. Wira

Thursday, March 15, 2012

Wedding at Segamat Johor

ASSALAMMUALAIKUM...

Wedding di Segamat Johor Darul Takzim
Pelbagai story Mory yang di terokai...
pelbagai dugaan yang datang...
terima kasih buat Mak Kodziah yang sudi masak n tumpangkan rumah untuk saya dan kawan2...

Friday, December 16, 2011

- Break Off Party -

 Assalammualaikum..

9 December 2011
Garden Restaurant Sunway Pyramid
20.00 – 23.00


Selepas kepenatan di siang hari..
Terpaksa meneruskan activity yang telah di jemput di malam hari pulak.
Kepenatan terselah di raup wajah saya..
Cuba gagahi diri untuk kenalan lama…

Seperti biasa janji melayu 8pm
Tapi saya sampai ke destinasi lebih kureng pukul 915pm
Terasa macam REUNION sekolah la pulak
Majority nye semua kawan2 sekolah saya
Baik senior mahu pun  junior

Okey2 tukar cerita..
Bukan cerita reunion yang nak di sharekan
Act tak tahu nak cakap ni celebrate pe..
Kalau ikutkan maksud party ni
“Break Off Party”
tapi kalau tengok pic memang macam celebrate “Anniversary”
dan sebenarnye last “Anniversary”

dan selalunya orangkan celebrate anniversary untuk tahun2 seterusnya
tetapi kali ini sedikit kelainan…
dan paling mustahil “Break Off” dalam keadaan yang mengHappykan
tapi mungkin juga 1 dalam sejuta
I’m wish benda2 ni jadi pada saya..

So mehla kite layan2 pic..
Tak banyak pic snap pun sebab saya kepenatan..
Walaupun sedia maklum saya orang yang sangat suka bergambar..



Saturday, October 22, 2011

Bowling Competiton 2011

Tarikh : 9 Oct 2011
Tempat : Bowling Sunway Pyramid 

Sebulan sebelum Company Competition 2011
Boss de gtau saya untuk mewakili "HR"
satu group ade 5 orang...
tapi pencabar untuk kumpulan kami sangat2 la hebat 
untuk tidak merunsingkan hati sendiri kami nekad untuk hadapi cabaran 
tapi sebenarnya bukanla beria sangat sahut cabaran ini pun sebab nak FuN ngan klik2 yang lain

Dan cam saya cakap...
saya bukan nye pandai main sangat pun
dulu active main pun time sekolah 
so confirm kejohanan kami semua akan kearah longkang 
finally kami tak la tersungkur kegagalan yang sangat teruk 
kalau di beri peluang kami masih boleh di perbaiki lagi...

Sunday, September 25, 2011

BabyNeo Open House

Assalammualaikum...
Seminggu berhari raya bersama keluarga sekarang masa untuk berhari raya bersama rakan taulan..
terlalu banyak jemputan kerumah terbuka..
terpaksa memilih yang terdekat bagi menyenangkan perjalanan..
di sebabkan saya nipemalu maka tak banyakla pic di snap..
lagi2 pic di rumah kawan sekolah saya 
"Ayu Belezza" 
atas kesibukkan berborak...
upsss
tiada kegosipan di sini...

kali ni ke arah meru umah kawan saya di waktu kegemilangan..
waktu belum wujudnye Princess Qifah..
dan bila berpeluang bertemu kembali..
keriuahan kami la bermula...

Bukan da lama tak jumpa..
rasanya tahun ni banyak kali kami melepak bersama...
tapi kegembiraan kami tetap sama..
alhamdulilah




Monday, September 19, 2011

Happy Bithday Sista Lynn

15 Sept
Siang tu saya MC sebab demam..
selama saya bekerja ni yang ke 2 kali saya MC.
cayok la....
tp bukan cerita ni yang saya nak sharekan...

Dari pagi sampai petang badan panas..
makan ubat terus lena tido...
tapi bertawakal sebab saya da berjanji ngan Mr. Lala
nak kua pergi celebrate birthday Sista Azlin
harap sangat demam saya kebah dengan cepat

Alhamdulilah...
cam tau2 je suhu badan saya kan..
kul 6 lebih da sihat walafiat...
terus atur plan cam yang telah di janjikan...

Sampai di Medan selera "Aroma Ikan Bakar -Jeram"
sista linn da sampai..
Btw sista linn tak tahu yang kami datang bertujuan...
ingat setakat makan raya..

walaupun sista linn tak lama ngan kami 
atas sebab2 tertentu tapi segala makanan berjaya Mr.Lala, saya dan kakak Fareast habis kan
alhamdulilah...
tiada pembazirkan...

Lebih kureng kul 1am
saya selamat sampai ke rumah.



Saturday, August 20, 2011

Iftar Ramadhan

14 Aug 2011
Padang Shah Alam

Assalammualaikum

Kali ni cerita pasal kegiatan berbuka puasa bersama "Besties"
Plan pertama kononnye nak berbuka puasa di "PICC Putrajaya"
tah camner banyak sangat plan..
so plan termudah dan menjimatkan...
berbuka la di padang Shah alam...

Kononnya pagi2 dah nak keluar..
nak berjalan2 cuci2 mata tapi nak di jadikan cerita
salah seorang kawan saya terbangun lewat..
janji kul 9 tapi kul 9 baru je nak bangun
so perjalanan terpaksa di singkatkan destinasinya...

Perjalanan terus menuju ke The Curve
keuar masuk semua kedai yang kami berkenan di hati..
lastly kepenatan...
melendingkan diri seketika...
 
 Perjalanan di teruskan ke bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam..
selesai membeli pe yang patut kami teruskan ke destinasi penting...
Padang Shah Alam...

maaf pic sebelum takla sempat kami snap...
masing2 duk melayan perut yang lapar..




Wednesday, August 10, 2011

Lu Makan CiLi Lu la rasa P.E.D.A.Snye

Assalammualaikum
Kembali lagi ke blog kesayangan saya
Cam pernah saya katakan saya punya blog saya... 
punya suka apa yang nak update
Kalau masih tak terang lagi sila2 la tengok cartoon yang tentera di sebelah kiri anda
Sekian!!!

Btw thank a lot yang masih menterjah blog saya
Masih mahu tau akan perihal segala activity saya
Bangganye saya!!!
sebab ternyata disini anda masih mengambil berat tentang saya
atau di tukar name anda adalah seorang yang 
suka menjaga tepi kain orang”
Dan paling senang untuk di sebut 
“Kepochi”

Jangan nak meroyan di mane je laman web social ini
Walaupun di blogspot
Muka buku kalian
Or yang terbaru ber”tweet”
Selagi saya tak teterakan nama anggap saja coretan ini tiada kena mengena dengan kalian

Saya pernah katakan segala yang saya luahkan adalah sesuatu yang saya anggap sebagai pengetahuan AM
Cuma saya tak menilaikan taraf hidup saya dengan siapa saje
Kalau nak di ikutkan riak saya
Yea saya lagi senang dari org utama cerita ini
Tapi saya tahu ALLAH tidak menyukai umatnye beriak antara satu sama lain

Saya bersyukur sangat dengan apa yang saya ada
Saya ada keluarga yang mampu untuk menaggung sara hidup saya bila saya memerlukan mereka.
Saya masih mempunyai keluarga yang menyayangi saya
Dan tidak perlu menyusahkan saya untuk kepenting mereka
Dan paling penting saya tidak perlu meminta simpati dari orang2 sekeliling saya.

Maaf la andai ade yang terasa
Siapa makan cili dia la merasa PEDASnya…
Kalau yang terasa nak kata TIDAK untuk statement ini..
Silakan saya tak pernah melarang…

Wednesday, July 20, 2011

Dayang Sayang Kamu (",)


02 July 2011
Hard Rock
Dayang Sayang Kamu

Bila de seseorang mengajak saya g tengok Dayang nye konset dekat Hard Rock.
Peluang keemasan so saya tak akan melepaskan…
Seronok dapat berkumpul beramai2 even saya bukan la peminat dayang sepenuhnya..

Habis je show dayang kami mengisi perut yang kelaparan..
Lepak punya lepak..
Bergosip punya gossip..
Kami menuju ke Hard rock semula..
Mungkin tuah ayam nampak di kaki
Dan tuah kami bila dayang de kat entrance untuk pulang..
So takkanla nak lepaskan peluang bergambar..

Sesi bergambar habis menuju ke Aloha..
Kononya nak mencucuk langit lastly tak dapat nak duk lama2 sebab ada yang masih kelaparan..
Maka perjalanan di teruskan ke SS2 petaling jaya.
Tempat makan menajubkan dan jenis makanan yang menyelerakan.
Punyai banyak jenis name yang sangat unit..
Akan saya ke sana kembali.
Akhirnya perjalanan di teruskan ke rumah masing2..


P palang S : Maaf susunan pic tersangatla terabur...