Tuesday, February 22, 2011

Cuti-Cuti MaLaySia

Orang cina duk sibuk nak sambut raya cina saya pula duk sibukla nak g holiday…
Di sebabkan nak elakkan dari kesesakan lalu lintas maka saya da apply cuti awal 2 hari dari orang2 lain bercuti. Cuti panjangkan confirm jalan sangat jem nanti.

1 February – Bertolak dari KL ke cherating, walaupun saya pernah sampai ke sana tah macam mane laluan saya menembusi persimpangan kuala krau! Ni gara2 ikut jalan dalam la ni! Tiba-tiba otak saya jadi jem seketika…
Bermalam di cherating semalam dan menghirup udara segar di tepi pantai di pagi hari!!
Terasa sangat nyaman..






2 February - Checkout dari cherating teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, berjalan2 di Masjid Kristal.. memang menajubkan walaupun pada hakikatnya Masjid ini akan nampak lagi menarik bila di malam hari…
Checkin di Batu Buruk- Pemandangan pantai yang cantik berpasiran halus dan ombak yang sangat tinggi seakan2 saya berada di Johor (air papan) Aduhai otak saya semakin jem!!













3February – Perjalanan terakhir saya ke Kuantan Teluk cempedak.. walaupun saya takut nak ke pantai atas sebab2 yang saya baca dalam akhbar “ SEEKOR BUAYA DI JUMPAI DI PANTAI TELUK CEMPEDAK” tapi di sebabkan muchit saya sangat suka kan pantai maka saya ikutkan kehendaknya.Checkin semalam di sana dan ni perjalanan terakhir..

4 February – Checkout dari Kuantan dan singgah sebentar membeli keropok leko!! Perjalan pulang ke kuala Lumpur dengan keadaan yang sangat tenang… alhamdulilah perjalanan kami tak mengharungi kesesakan lalu lintas. Dan selamat sampai di rumah dengan selamat.




No comments: