Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


 27 .  November . 2011
Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru masihi (1433)
1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM.  
Apakah azam kita pada tahun baru ini? 
Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. 
Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.
Terasa ruginya tahun baru kali ni saya tidak dapat menunaikan puasa sunat seperti2 tahun2 sebelumnya....
harap2 saya dapat juga menunaikan dalam masa 10 hari tahun baru ini...
dulu mungkin saya tak merasa kerugian ini..
mungkin juga leka dengan hal2 dunia...
tapi alhamdulilah saya semakin merasakan sesuatu kerugian bila meninggalkan peluang yang hanya datang setahun sekali...

Kenapa bila tiba je tahun baru (dunia) orang sebuk pasang azam baru...
sama gak seperti saya ada juga simpan azam baru..
jadi apa salahnya tahun baru islam kita sama2 adakan juga azam baru...

Zaman saya untuk tahun 1433 hijrah ni.
menjadi seseorang yang hidup lebih senang tapi bukan hidup dalam kekayaan...
cuba mendekati diri dengan yang di ATAS...
mempermudahkan segala urusan yang di rancangkan dan kita sendiri sedia maklum.
kite hanyala merancang dan DIA yang menentukan...

MARILA KITA SAMA2 MENGAMALKAN UNTUK KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3kali selepas Solat Maghrib (waktu maghrib) pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

No comments: