Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

Bubur cha² buatan nekdeku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah berapa lama tak pulang ke kampung halaman arini dengan tekat dihati saya meneruskan perjalanan ke kampung halaman selepas menghantar "Qifah" buat casting di Cheras.

Tujuan utama nak melepaskan kerinduan buat nekde tersayang.
Rindu yang tak dapat di bendung lagi. Dan kali terakhir saya ada di sisi nya raya 2 tahun lepas yang begitu mensyadukan hati saya. Tapi sebagai cucu sulung saya cuba buang yang keruh ambil yang jernih dan selagi nekde bernafas saya patut mengalah.

Perjalanan yang jauh walaupun hakikatnya saya dekat andai dari klang.
Sampai di kampung senyuman nekde pengubat segala kedukaan hati saya.. Pelukkan yang sangat erat seperti ingin menitiskan air mata.

Dengan bangganya saya melihat nekde saya gagahkan dirinya untuk membuat bubur kegemaran saya walaupun saya sendiri tahu bagaimana membuatnya.. Iaitu bubur "chacha"

Alhamdulilah selepas solat maghrib saya meneruskan perjalanan pulang ke PJ.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: