Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 12, 2012

Pisang Tanduk 1kilo Rm30 - mahal ya amat!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau sebelum puasa kami da ambil stock Pisang Tanduk sebanyak 50kilo... Dan tak sampai Ramadhan stock kami boleh habis even harga pisang da semakin mahal..
Time Ramadhan kami tambah stock lagi sebanyak 20kilo dan laku seperti pisang panas.. 7hari sebelum kami ambil lagi stock kami sampai ke kilang tersebut.. Hanya Allah yang tahu.. Pukul 650am selepas solat subuh kami bertolak dari Petaling Jaya.. Kami sangkakan kami la yang akan datang seawalnya.. Tapi sayang sangkaan kami sangat meleset... Ramai orang da mula beratur walaupun kilang pengusahaan belum jalankan operasi..
Dan yang lebih memeranjatkan kami Pisang Tanduk 1kilo hampir mencecah rm30... dengan itu kami terpaksa membatalkan niat untuk mengambilnya.. Walaupun kami masih perlukan lagi 10kilo untuk memenuhi tempahan... Kalau 1kilo rm30 berapa la kami nak charge pada pelanggan? Nak letak harga tinggi2 rasanye tak sampai hati.. Jadi kami terpaksala membatalkan niat untuk ambil lagi 10kilo.
Nasib baik kami da bagitahu pelanggan awal2 yang kami tak janji boleh dapat Pisang tanduk lagi atas di sebabkan Taman Pisang sekarang bermasalah..

Kalau di panjangkan umur tahun hadapan. إن شاء الله saya akan menyimpan stock secukupnya...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: