Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 12, 2012

spectacles ku retak 1000 (˘̩̩̩^˘̩̩̩) (˘̩̩̩.˘̩ƪ) (˘̩̩̩_˘̩̩̩)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi yang agak menyedihkan... (˘̩̩̩^˘̩̩̩) (˘̩̩̩.˘̩ƪ) (˘̩̩̩_˘̩̩̩)
Tah bila la cermin mata kesayangan jatuh kat lantai... Tau2 pagi tadi time nak panaskan enjin kereta da ternampak cermin mata tu da pecah cerminnya.. Takla pecah semua tapi sompek kat tepi cermin.. Ni gara2 tidur dalam kereta sampai rumah terus tak pandang kiri kanan.. Ala2 berjalan tak buka mata la.. Nak pakai je kang orang gelakkan.. Lagi pun muchit kata tak elok untuk mata... Ni la gara2 tak biasa pakai cermin mata sampai terlupa cermin mata tu wujud... Sedihkan sebab tak sampai 1 bulan pun buat.. Da jahanam... Memang tak sayang harta la ko ni puteri.. Mentang2 bukan duit sendiri...
Dulu memang suka sangat pakai len.. Sanggup beli banyak2.. Sape je suh pakai cermin mata saya akan membantah seboleh2nya.. Takut tak sesuai dengan muka...Tapi selepas tengok dalam 999 di tv3 bertapa bahaya nye contact len jadi saya dengan menyediri menawarkan diri untuk buat cermin mata... Dari nak cantik dan bergaya lepas tu mata rosak then terus tak cantik dan ada kemungkinan boleh buta jadi baik saya tak yah ada semua tu untuk kesihatan saya sendiri...
Saya buang lebih 3botol contact len yang belum di pakai... Mula2 memang la sedih sebab membazirkan tapi bila di fikirkan balik biala rugi da rosakkan mata...
Duit boleh di cari tapi mata susah untuk di ganti..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: