Saturday, December 08, 2012

Rest in Peacefully Kiky... :'(

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Entry yang agak sikit emosi... Entry sebelum ni saya ada katakan anak bulus saya "kiky" demam dan kemungkinan besar "Lung" kiky pecah... Kesahihannya masih belum di ketahui.. Dan semalam 7 Dec 2012 lebih kurang 12tengahari.. Kiky menghembuskan nafas terakhir di peha Pn. Besar di kala kiky sesak nafas..
Dalam keadaan sebak Pn. Besar terus menelefon Muchit dan menyampaikan berita sedih... Saya yang dalam perjalanan ke tempat kerja (saya masuk halfday) menangis bila tau kiky dah takde lagi.. Dari parking ikea sampai tesco dan ke office saya menangis.. Tidak mempedulikan orang2 sekeliling.. Air mata mengalir tanpa di paksa.. Teringat saat2 terakhir kiky bersama kami.. Da beberapa hari kiky terperap di bilik atas.. Kekurangan makan dan minum... Tiap2 malam saya dan muchit akan suapkan kiky makan n minum...
Malam terakhir kiky dia turun di bawah dan agak nampak da sihat dari sbelumnya... Kiky mula tidur bersama kami setelah berapa lama dia tidur bersendirian.. Rupa2nya semua tu adalah yang terakhir untuk tatapan kami... Paling buat saya rasa sedih bila saya nak pergi kerja saya tak cium tak belai kiky seperti biasa.. Rupa2nya saya tak dapat belai die lagi untuk selamanya...
Di sebabkan kiky menghembuskan nafas terakhir di waktu kami berdua bekerja jadi sesi menanam kiky terpaksa di tunda ke malam hari.. الحمدلله ketika saya sampai rumah abah datang dan membawa mayat kiky pulang ke klang... Biakan kiky bersama adik beradiknya di semadi... Walaupun berjauhan dengan Mocha...
Abah.. Khairiyah.. Pn. Besar.. Muchit.. Dan saya.. Menangis untuk kali terakhir menatap kiky yang dah sejuk n keras..
Sesungguhnya saya tak kuat akan kehilangan.. Dan muchit paling rasa sakitnya di sebabkan semua kebersihan kiky muchit yang sediakan.. Dan manja2 di manjakan oleh Pn. Besar dan saya mengambil peranan untuk pebelanjaan bulanan kiky...
Semuanya dah takde.. Semua binatang belaan saya pergi 1 persatu.. Berapa bulan kehilang Mocha.. Celik mengikut jejak.. Dan sekarang hari kiky pula..
poor little baby...rest in peacefully Kiky...:'(
Gonna miss you sayang..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: