Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 10, 2013

Langkawi trip with lovely family

Assalammualaikum

Hari berganti hari... minggu berganti minggu... bulan berganti bulan... kesibukkan yang saya alami sekarang membuatkan saya banyak sangat terabaikan dairi kesayangan saya...
Secara sengaja mahu pun tidak sengaja..

16Oct - 20oct
Langkawi

Setelah sekian lama nak menjejak kaki ke langkawi bersama keluarga tersayang akhirnya tercapai juga... kali ni kami di arahkan naik kereta sampai ke kuala kedah dan menaiki feri ke langkawi... Di sebabkan adik dan anak kesayangan saya tak pernah merasa naik feri... gile la alasan macam tu tapi lebih kukuh alasan sebenarnya mempermudahkan ummi untuk ber"Shopping" sakan...
Seperti biasa urusan hotel memang ummi yang akan uruskan... nak harapkan saya n adik yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan.. Bersyukur sebab mempunyai ummi yang tak mengharapkan anak2 untuk segala urusan percutian.. dari hotel sampaila ke kereta sewa...

16hb Oct
Bertolak dari klang singgah rumah kakak abah yang berada di Mergong kedah..
Lebih kurang pukul 2pagi kami sampai destinasi...
Merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke kuala kedah..

17oct
Perjalanan di teruskan ke kuala kedah sebelum sampai ke Langkawi... lebih kurang 2jam berada di dalam feri alhamdulilah sekali lagi kami sampai ke destinasi...
Settle ambik kereta + checkin hotel kami meneruskan perjalanan untuk operasi meng"Survey" antara 1 kedai ke kedai lain..
Info yang boleh di kongsikan di kedai haji ismail harga chocolate yang bagi saya sangat mahal berbanding 2 kedai yang menjual barangan yang sama.. Kedai Haji Ismail hanya dapat  chocolate yang telah do sah kan halal sahaja...
Andaman suri - kedai yang murah pinggan mangkuk dan chocolate... tempat yang besar dan selesa untuk shopping moping ni..
Rum - Lebih kurang hebatnya seperti andaman suri... 2tingkat dan sangat berpuas hati setiap layanan nya...

18oct
Saya memaksa semua keluarga saya mengikuti island hop - in untuk menengok suasana yang menarik di setiap pulau...  alhamdulilah paksaan saya menjadi.. ummi memberi sikit ruang masa untuk shopping dengan melayan kerenah anak2nya...

19Oct
Mood ummi masih dalam mood shopping even separuh dari kereta sewa kami dah tak muat nak isi barang2 yang berkenanan di hatinya.

20hb
Finally hari terakhir kami di langkawi... mood ummi masih bershopping.... lebih memeranjatkan ummi telah menguruskan segalanya dari jeti langkawi siapa yang angkatkan barang2 dan dari jeti kuala kedah sape yang tolong angkatkan barang2 hingga ke bonet kereta... oh man... kereta kami tak muat untuk isi semua barang2 dan akhirnya ummi dan adik terpaksa naik bus untuk pulang ke klang.. saya qifah dan abah 1kereta berserta barang2 yang di beli

Alhamdulilah kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang...

No comments: