Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

Backpacks hatyai Krabi Thailand

Assalammualaikum

Kesibukkan yang melanda pada diri ini sesunggunya tak mengizinkan saya untuk mengupdate dairi kesayangan saya...

Bila dah basi sekali pun dengan berbesar hati sayang ingin kongsi kan pengalaman backpackers saya dari Kuala Lumpur -Hatyai -Krabi

30hb Oct
Sepatutnya tarikh ini saya da bergerak ke hatyai dengan menaiki bus akan tetapi keadaan tak mengizinkan di sebabkan tiket bus kehabisan... Ohhhh lupa nak mention saya ke sana dengan menaiki bus... kata pun backpackers kan..
So nak gak merasa cabaran2 lua biasa...

31hb Oct
Seawal 8pagi kami telah berada di pudu raya... sedangkan bus kami akan bertolak pada pukul 1030 pagi... kami lalui perjalanan yang agak lama..
Ikutkan dari blog2 yang saya survey sebelum ni perjalanan dari Kuala Lumpur - Hat yai mengambil masa lebih kurang 10 hingga ke 13 jam..
Yes agak lenguh juga buntot bila bus yang kami naik tidak singgah mane2 RnR untuk makan...

730pm waktu Malaysia
Alhamdulilah kami sampai ke destinasi dengan selamat..
Dari kastam sampaila ke bandar Hatyai
Operasi mencari hotel... agak menakutkan juga hampir 4hotel kami singgah ke banyak kan nya telah penuh di tempah... alhamdulilah sekali lagi akhirnya kami dapat hotel yang agak murah dan paling penting selesa... sangat selesa... tak perlu la saya nak mention or nak tayang pics hotel tersebut cukupla saya katakan ianya takla segempak mane....

930pm waktu Malaysia
Selesai checkin + selesai membersihkan badan dan perjalanan di teruskan mencari makanan untuk di isi ke dalam perut...
Setelah kekenyangan kami berjalan memcari dan memcuci mata.... harusla membeli sedikit barang2 untuk di jadikan kenangan....

1230am waktu malaysia
Sudah tentukan kepenatan merasi pada diri masing2 dan ni la masa untuk Merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke esokkan harinya ke Krabi....

1hb Nov
Seawal 830 pagi waktu malaysia saya da bersiap2 untuk mencari makanan untuk sarapan pagi... harusla meng'CheckOut'kan diri dari hotel...
Sebelum meneruskan mencari sarapan kami mencari agent yang murah untuk ke Krabi.. Perjalaman dari Hatyai ke Krabi mengambil masa 4 hingga ke 5jam...
Van yang kami dapat ke krabi pada pukul 1045pagi waktu malaysia jadi ada masa lebih kurang 2jam untuk kami mencari makanan dan memcuci mata sekali lagi..

1045pagi
Meneruskan ke destinasi baru iaitu Krabi... packej yang murah rm30 seorang untuk ke Krabi...

5petang
Sampaila kami ke Krabi tapi takde ape yang menarik jadi kami menambah lagi 100bath sama dengan rm10 untuk ke Pantai Aaunang yang mengambil masa 30-45minute...

6petang
Sampaila kami di pantai Aounang yang sering saya dengar bila ke krabi destinasi di tuju ialah pantai aounang
Operasi mencari tempat penginapan sekali lagi... alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar... bilik yang selesa dan berharga 500bath semalam...

8malam
Saya yang sangat teruja dengan motor2 scooter yang comel2 jadi saya menyewanya untuk sehari.. 150bath... even boleh je nak naik tuktuk jauh lebih mudah dan murah...
Mencari makanan dan activity wajib mencuci mata...
Tak boleh balik lambat di sebabkan esok seawal 8pagi kena ada di depan agencies hop-in

2hb Nov
Lebih kurang pukul 830 pagi kami da terpacak di persisiran pantai menanti agent yang membawa kami hop- in...sangat memuaskan hati setiap pakej yang di beri...
Seriously im excited bila berada di pantai tersebut.... kecantikkan yang di cipta oleh Allah sangat membanggakan saya.... sangat teruja...
Lebih kurang 430petang
Kepenatan yang berbaloi.. activities seterusnya adalah merehatkan diri sbelum makan malam...

3hb Nov
Finally keterujaan ku terpaksa dihentikan sampai disini... meneruskan pejalanan pulang ke tanah air..
Menghadapi kesibukkan kota.. menjalani kehidupan orang kota bermula...
Selamat tinggal hatyai... selamat tinggal krabi....
Insyallah kalau di panjangkan umur dan di murahkan rezeki... akan ku jejak lagi ke destinasi yang sama...

1 comment:

Ridzwan Mohamed said...

Terbaik la cara backpack...sekadar bertanya, kire kasar je la, berape agak2 duit yg habis sepanjang tempoh dari KL sampai la balik semula ke KL?