Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

Antara Kita

Sejak kebelakangan ini,
aku suka mengenang kembali siapa yang telah aku kenali sepanjang tahun ini.
Siapa mereka yang Tuhan telah takdirkan menjadi sahabat aku.
Juga siapa di antara mereka semua yang Tuhan pinjamkan kepada ku untuk menjadi sahabat, sekadar sekejap cuma.
Kalau ditanya pada aku,
apa beza kawan, teman dan sahabat.
Walaupun sudah banyak kali aku membaca definisi tiga perkataan itu,
masih susah untuk aku membezakan.
Mungkin kerana aku lebih suka menganggap semua orang yang aku kenali adalah "sahabat" aku,
walaupun pada zahirnya tidaklah begitu.

Susah untuk kita mencari sahabat yang dapat merasa seperti apa yang kita rasa, 
dapat memahami kita setiap ketika.
Yang sentiasa ada untuk kita,
yang kita percayai untuk berkongsi cerita,
tanpa rasa segan atau malu apabila dia mengetahui kelemahan diri kita. 
Berbanggalah,
jika ada sahabat yang sudi menitiskan airmata kerana kalian.

Kebanyakan sahabat aku (yang belum berkahwin),
meletakkan sahabat sebagai keutamaan yang kedua, 
selepas keluarga.
Kekasih, 
di tempat ketiga.
terpulang juga kepada individu itu sendiri sebenarnya.
Adakalanya kita berasa tersepit di antara sahabat dan kekasih.
Ada yang tak sengaja melebihkan kekasih hingga sahabat baik rasa terabai.
Ada pula yang rela putus kasih daripada putus sahabat.

Saat February semakin hampir ke penghujung,
aku kembali mengenang bulan-bulan yang telah berlalu.
Juga terfikir
- jika kelmarin kita mengucapkan-
"Selamat Hari Kelahiran"
untuk sahabat yang kita sayang,
apakah mungkin tahun hadapan kita berpeluang lagi melakukannya pada tarikh yang sama?

Kadangkala kita mampu beri yang terbaik untuk sahabat,
tetapi hanya kerana kita berkata "esok masih ada" - kita 'memberi' sambil lewa.
Aku percaya, kalau kita sentiasa menganggap pertemuan atau perbualan itu adalah yang terakhir,
tentu tiada siapa di antara kita rasa terkilan, k
erana kita telah berikan yang terbaik untuk dirinya


No comments: