Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

Menagpakah seseorang itu perlu berubah???

Pengalaman, percintaan, persahabatan, kejayaan, kegagalan, kekayaan atau masa perpisahan yang memaksa dia berubah?
Meminjam kata seorang sahabat -
"Kalau kita merasakan seseorang itu berubah, sebenarnya kita pun turut berubah". 
Lebih kurang begitulah kata-katanya.
Benarkah?

Aku????
Aku pernah dikatakan telah berubah.
Aku sendiri tak pernah sedar yang aku telah berubah.
Kadang-kadang kita berubah untuk kepuasan hati orang lain.
Itu satu perubahan yang takkan kekal lama.
Kadang-kadang kita berubah kerana kita benar-benar mahu berubah.
Tetapi ada pula manusia yang tak dapat menerima perubahan itu.

Adakalanya aku seperti kesal pada manusia yang telah berubah.
Bertanya-tanya, mengapa mereka berubah.
Kerana perubahan berkaitan dengan pilihan.
Sesuatu telah memaksa kita berubah dan kemudian kita terpaksa membuat pilihan. 
Pilihan di antara dua perasaan,
dua situasi.
Perubahan berkaitan juga dengan kehilangan.
Kehilangan sebuah kemesraan,
keintiman perasaan dalam satu jalinan silaturrahim.

"Keadaan yang memaksa aku berubah".
Selalu manusia berkata sebegitu.
Aku pun selalu. 
Cuma aku rasa itu satu alasan stereotaip untuk mempertahankan diri sendiri.
Kenapa aku mesti menuduh keadaan ya?
Mungkin benar, 
keadaan sekeliling yang mempengaruhi kita untuk berubah.
Tetapi, 
haruskah perubahan itu dikekalkan,
sekiranya ada hati yang bakal dilukakan?
Sekiranya ia akan memburukkan lagi keadaan?

Perubahan itu perlu, 
apatah lagi jika untuk kebaikan diri kita sendiri.
Kadangkala kita terpaksa berubah,
walaupun kita sendiri tak suka dengan perubahan itu.
Perubahan yang mungkin akan mengubah seluruh kehidupan kita dengan drastik.
Dan, aku akan cuba-cuba belajar menerima hakikat,
semua manusia akan berubah.
Atau mungkin aku terlupa kata-kata ini.
Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia.

Apakah waktu yang telah mengubah atau sejarah yang memaksa kita berubah?


No comments: