Setelah berapa lama tak keluar bersama sisi keluarga...
atas sebab ke busy yang melanda saya...
kami deside nak menoton wayang...
semua wajib ikut...
abah yang tak suka tengok wayang di paksa gak join...
nak tenangkan otak..
Plan pertama nak tengok citer "Aku Masih Dara"
tapi sayang..
kekecewaan melanda fikiran saya...
last tayangan kul 2030
so terpaksala membatalkan niat...
Pilihan Ke-2
"Hantu Kak Limah Balik Rumah"
Movie start kul 11 so lama lagi la...
Xtvt seterusnya...
bercuci mata sambil menghabiskan duit :P
Act cerita nie....
tak berape seram...
sebab my princess ley men2 lagi kat dalam wayang tu...
tak menakutkan langsung walaupun hantu nya nampak sangat real...
banyak part tergelak2...
Paling best...
sebab bawa abah yang tak suka menonton so maka dalam wayang tu...
Abah mengambil peluang melelapkan mata...
siap berirama lagi...
nasib baik tak kuat sangat...
Sinopsis "Hantu Kak Limah Balik Rumah"
Filem komedi seram (seram ke? tak langsung!) yang berjaya mengutip 1.2 juta dalam masa 2 hari tayangan, mengisahkan tentang..
Husin yang pulang semula ke kampungnya, Kampung Pisang setelah 2 tahun mencari rezeki di Singapura. dia dikatakan menjadi penyebab kepada huru hara yang berlaku di kampungnya kerana menyampaikan cerita bahawa jiran sebelah rumahnya iaitu kak Limah, menjadi hantu.
Ketika lawatan ke rumah kak Limah, penduduk kampung menjumpai rangka mayat kak Limah di dalam rumah. misteri kematian kak Limah belum terungkai malah ditambah pula dengan hal anak lelaki kak Limah yang dipercayai bermasalah dan mengundang curiga di mata penduduk Kampung Pisang.
Ramai bomoh dipanggil untuk menghapuskan gangguan hantu kak Limah di Kampung Pisang. namun, gagal! paling lawak scene hantu kak Limah lempang bomoh Indon! haha
lain yang diseru, lain yang muncul!
Time ni memang kelakar! gelagat tok bomoh dan penduduk kampung yang bekerjasama menghapuskan gangguan hantu Kak Limah.
Tok Moh-nama-panjang-berjela-saya-tak-ingat dari Indonesia yang dijumpa di bus stop, terpaksa dihantar pulang ke rumah anak saudaranya setelah gagal melawan gangguan hantu kak Limah malah tersampuk pula! haha
Dalam masa yang sama, Pak Jabit terus-terusan menyalahkan Husin kerana kepulangannya menyebabkan Kampung Pisang yang dahulunya aman damai, kini menjadi kacau bilau! walhal, Pak Jabit merasa bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan pertunangan dengan anak perempuannya, Che Nin. sehingga Che Nin jatuh sakit dan mereka sekeluarga menerima tohmahan dari orang kampung.
Husin & Che Nin
Apakah kesudahan filem ini? adakah Husin dapat mengambil hati Pak Jabit dan menebus semula kesalahannya pada Che Nin? saksikan filem ini di pawagam
No comments:
Post a Comment