Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga, seberat kira² 200 kilogram yang terdampar berhampiran kawasan batu² dipantai tersebut. Ketika operasi menangkap dijalankan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), buaya tembaga sepanjang tiga meter itu tidak bertindak agresif.
Biasanya buaya tembaga agresif bila kena tangkap ..
tapi kali nie senang je.
Mungkin sebab buaya tu dah keletihan dan pening 'mabuk laut'.
Selepas ditangkap, buaya tembaga tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dan dilepaskan ke habitat semulajadinya semula, pagi tadi.
Nie tayang buaya ke .. tayang badan ..
Berikutan itu,
pengunjung Pantai Teluk Chempedak dinasihatkan supaya tidak perlu risau dengan penemuan buaya tersebut kerana pantai berkenaan bukan tempat habitat asalnya.
Ini kerana buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan dan kemudiannya merayau² sehinggalah terdampar di pantai peranginan Teluk Chempedak.
P palang S : Terima kasih pada anastasyea untuk berkongsi cerita :P
No comments:
Post a Comment