Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

Diet Oh Diet

 http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS7MoV2lKVPGxo_h2aqSDnnP_uwX22WTT7C32GVWP_W9h3Jpwrs

Percaya atau tidak hari ni adalah hari yang ke 12 saya tak makan sebutir nasi…
Cuba memaksa diri untuk berdiet…
Walaupun saya tak pernah adakan istilah diet dalam hidup saya…
Dan hakikatnya saya adalah pencinta NASI

Tapi selepas saya dapat tahu….
kebaikan dan keburukan karbohidrat pada badan manusia..
maka saya kena mula berdiet..
ini semua demi kesihatan…

Nak kata kan saya semakin gemuk…
Saya rasa berat badan saya masih lingkungan 50kg…
Alhamdulilah perut saya semakin kempis…
setelah saya mengamalkan diet karbohidrat 
Dan paling penting saya da ada bentuk badan walaupun tak semenawan yang semua org idamkan…
Dari orang2 yang cuba berbaju kebaya…
tapi sekali pandang ibarat cam menyarung buah nagka di pokok…

saya berdiet atas sebab menjaga kesihatan…
ramai yang kata kalau gemuk itu lambang “KEBAHAGIAN”
Sebab cukup makan, hati gembira…
Tapi kalau bahagia sekali pun dan terlalu gemuk bukan menjamin kebahagian kan…
sana sakit sini sakit..

Contohnya tak semua baju yang kite berkenan tu sesuai untuk kite pakai..
Sebab badan kite semakin gemuk…
If ada yang terima diri kite seadanya..
Alhamdulilah…

Semua yang berkaitan dengan karbohidrat saya hentikan untuk seketika…
Mungkin saya akan makan nasi sebulan sekali selepas ini…
Dan sekarang saya amalkan memakan lauk pauk…
Dan cuba elakkan memakan yang bergoreng…
meminum air yang berais..
air yang bergas...
Semoga saya berjaya meneruskan diet ini…

P palang S : Thanx kepada Dear,abg2 & kakak2 yang memberi sys semangat untuk jayakan diet ini

No comments: