Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 26, 2012

Mocha Lost in his battle... R.I.P Mocha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Seperti yang korang tahu, saya ada 2 anak bulu².. Kiky dan Mocha... Mocha mengidap penyakit Kencing tidak lawas.. Bila mocha ingin kencing hanya setitik air je yang dapat dia keluarkan!! Penyakit ni akan selalu terjadi pada kucing² jantan.. Dan ia nya terlalu sukar untuk menyembuhkannya... Itu lah hakikat yang perlu saya dan Muchit kena terima...
Jadi terpaksa la saya create last entry kisah si Mocha setelah dia pergi meninggalkan saya, Muchit, Pn. Besar dan Kiky (╥_╥)
Semalam selepas seharian Mocha tak balik rumah... Tepat pukul 130am Mocha terbaring di depan pintu rumah... Keadaan dia semakin tenat.. Mocha menerus ke arah bilik air untuk baring..
Muchit telah menyiapkan kad² kesihatan mocha untuk di bawa ke Klinik esok.. Saya antara orang yang sangat manja ngannya... Sempat juga saya membelainya sebelum saya masuk ke bilik tidur...
Dalam jam 430pagi seingat saya Muchit kejutkan saya sambil menangis sambil bercakap Mocha da takde.. Dalam keadaan mamai saya just ckp Mocha tidur.. Bila esakkan muchit semakin kuat baru saya tersedar yang mocha memang betul² da takde.. Yang terakhir masih di ingatan saya.. Mocha da tak mampu mengelurkan suara.. Bila di panggil namenya hanya ekor nya yang bergerak menandakan dia menyahut... Depan mata saya mocha sesak nafas.. Dan saya yang kekurangan ilmu binatang tak tahu adakah itu sesak nafas atau memang jenis nafas kucing bila sakit akan berbunyi
Rupa² dia nak bagitahu yang di tengah azab sangat melawan penyakit dia.. azab nya dia ketika tu, hanya Allah yang tahu...(╥_╥)
Ya Allah mengalir air mata saya tengokkan si mocha berbaringan tanpa penafasan.. Dan pergi dalam keadaan yang sebegini rupa..bertapa seksanya si Mocha melawan penyakitnya..(╥_╥)
Akhirnya, mocha bersemadi dengan amannya di tanah sebelah rumah kami... Syukur kami punyai kawasan yang bertanah.. Kubur Mocha juga di bawah pohon pokok yang redup..sesuai sangat dengan jiwa dia yang manja dan tenang tu...Apa yang saya dapat belajar hari ni ialah erti kesabaran dan dugaan untuk memelihara haiwan belaan yang dijangkiti penyakit..
Semoga Mocha aman di sana...Rest in Peace my baby boy...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: