Monday, June 30, 2014

TRANSFORMERS 4 is COMING!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hello... Alhamdulilah hari adalah hari ke 2 bagi umat islam menunaikan kewajipan berpuasa... Kali inisaya nak share cerita beberapa hari sebelum Puasa.... Di sebabkan kelapangan masa... adalah lebih baik di isi dengan benda yang berfaedahkan...

Tujuan utama sebenarnya nak berjalan cuci mata sambil sambar barangan keperluan beraya... Bak kata pepatah sambil menyelam minum air... Tempat di tuju "Setia City Park" tak tahu kenapa selain Pyramid... Setia City Park menjadi pilihan untuk shopping... Mungkin environment yang menyenangkan... Kira awal lah if saya dah terfikir nak sediakan persiapan raya... Puasa baru je bermula tapi otak dah terfikir pasal raya.. Bukan excited cuma saya nak ambik mood raya lebih awal dari tiada mood beraya seperti tahun lepas... bukan apa sementara tengah sales kan baik beli... lagi 1 di sebabkan Lelove saya nye masa pekerjaan sangat berbeza jadi maaa terluang  bersama lah saya gunakan sebaik2nya...
Hasil tangkapan hari raya tak perlula saya kongsikan di Blog cuma apa yang saya boleh katakan Charles Keith sales 20% sampai 70% ... Ko rasa tak apa yang aku rasa??? Harus sambar tak kalau harga 100lebih jadi dalam 3puluh lebih... haruskan??? so boleh fikirkan sama ada saya sambar atau tidak....

Selain sesi sambar menyambar tujuan dalam senarai juga untuk menonton wayang.... Ceteka citer apa ngah hangat di perkatakan??? Jeng Jeng Jeng....

 Saya syorkanla pada sesiapa yang belum lagi menonton harusla pergi saksikan... 9/10 jalan cerita yang menarik... sikit touching... mungkin sebab kisah seorang bapa kan.... dan lebih menarik kalau nak tengok belikan tiket 3D... Alang2 nak tengokkan baik tengok dengan yang memuaskan hati....



Meh saya sharekan sedikit trailer dari cerita "TRANSFORMERS 4" menarik sikit minat pada yang tak tengok lagi....


Geram tak??? Seronok tak?? Ok jangan beli yang cetak rompak ya...
Selamat Menonton!!!

No comments: