Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 22, 2014

Kepadamu Allah ku bersyukur.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




Ya Allah lamanya lah saya tak update dairi kesayangan saya ni. Rasanya since puasa. Biasala seperti entry2 sebelum ni alasan yang saya akan saya gunakan. Kesibukkan mencemburi saya untuk update cerita terkini. APA??? Bosan ngan alasan saya. Sejujurnyalah bila nak update blog nie saya memerlukan masa yang banyak. memerlukan idea yang bernas. Dan paling penting saya bukan penulis blog yang tegar. Segala blog di update dengan keizinan masa yang terluang. So pada pembaca yang still or tak jemu2 nak membaca harapla bersabar ya. In shaa Allah kalau di panjangkan umur dan masa mengizinkan In shaa Allah saya akan update walaupun tidak mengikut masa kejadian.

Kali ini saya nak sharekan apa yang saya lakukan sepanjang bulan mulia ini. Sama ada untuk dunia mahu pun akhirat. Bukan nak riak cuma saya hanya nak kongsikan pengalaman pertama saya di bulan mulia pada tahun ini. Alhamdulilah dengan rezeki yang ada saya nak kongsikan sedikit rezeki saya pada yang memerlukan. Walaupun tak seberapa tapi saya tetap bersyukur akhirnya niat saya tercapai juga seperti yang telah saya janjikan. 

Kalau tak silap pada Khamis lepas (17 July 2014) dengan niat yang ada saya ingat bersedekah sedikit makanan dan  minuman kepada yang golongan gelendangan. Sapakah orang2 gelendangan itu? Mereka adalah insan yang kurang bernasib baik yang hanya mampu tidur di kaki lima tanpa berbantal dan selimut. 
Chow Kit & Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi pilihan lokasi saya pada malam itu.

Pada mulanya saya tak nafikan memang saya agak cuak. Pelbagai perasaan bermain di fikiran. Lagi perasaan selamatkah apa yang saya lakukan. Sebelum saya teruskan activiti malam itu saya da research sama ada status saman menyaman akan di kenakan pada yang bersedekah?? saya dah bertanya pada warga2 yang pernah membuat pemberian makanan mahupun pakaian adakah ianya selamat. Alhamdulilah niat baik Allah sentiasa permudahkan. Segala fedback yang saya dapat adalah positive. 

Saya hanya di bantu oleh 2 orang kawan saya yang pernah melakukan activiti seperti saya dan paling penting dan saya bersyukur Love sentiasa memberi kerjasama untuk saya jayakan acitiviti mulia ini. Kami hanya melakukan pada pukul 1030 malam dan berakhir pada pukul 1230am. 
Kenapa begitu lambat?? Mungkin saya lakukan bersendirian tanpa bantuan pihak NGO. Jadi tak terfikir langsung di fikiran saya pada malam ini terlalu ramai yang bersedekah. Yang membuatkan saya rasa terharu orang2 gelendangan tidak ada perasaan tamak. Walaupun saya ingin menghulurkan lagi makanan yang ada. Bagi mereka sapa yang dah bersedekah itu rezeki mereka jadi kami yang kelewatan mereka tak ambik lagi makanan kami dan hanya mengarahkan kami ke kawasan yang masih memerlukan makanan.
See bertapa murninya hati mereka. Masih mengingati antara 1 sama lain dan saya pasti ada di kalangan  mereka tidak mengenali antara 1 sama lain.

Alhamdulilah segalanya selesai dan bersyukur kami selamat dari segala2nya.










No comments: