Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 16, 2014

Princess Thaqifah turn's 9

Assalammualaikum...

Melompat pulak activity bulan Oct walaupun ada lagi activity activity pada bulan sebelum ni.. Menunaikan salah satu permintaan anak kesayangan adalah sesuatu yang amat membahagiakan untuk diri ini sebagai mama... Walaapun tak sepuas hati yang saya hendak tapi saya tetap bersyukur kerana dapat juga menyempurnakan sebagian dari permintaan buat hati saya... 
Sebagai mama harusla saya inginkan persediaan yang sempurna tapi malangnya 1 benda yang saya tak dapat cari even dah sampai tarikh sepatutnya... Apa benda tu??? Baju frozen di sebabkan anakda kesayangan dah mencecah 9tahun jadi baju frozen amat susah untuk saya perolehi... Jauh juga saya mencarinya sampai ke Melaka tapi memang takda size untuk anakda... Kecewa memang kecewa tapi saya tak spoilkan mood saya pada tarikh itu jadi saya gantikan dress yang mengikut citerasa Qifah sendiri.. 
Apapun saya dapat menunaikan separuh dari permintaan Qifah... 
Nak Candy buffet... Nak badut tapi di sebabkan badut yang tempat tu busy jadi di gantikan dengan Magician.. Bukan tak nak cari badut lain tapi kalau saya boleh gunakan pekerja2 kidzania untuk memeriahkan majlis anakda kesayangan saya kenapa harus saya lepaskan peluang yang ada... Alhamdulilah kekawan saya di kidzania sudi datang untuk memeriahkan majlis...
Alhamdulilah diam tak diam anak kesayangan saya dah mencecah ke alam baru.. 9 tahun berlalu... Rasanya macam baru je melahirkannya... Semoga Puteri NurThaqifah Shahidah di berikan keberkatan kesihatan dan kebaikan sepanjang hidupnya.. Moga juga menjadi anak soleha untuk papa dan mama... 


No comments: