Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 09, 2015

Eagle Island 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Percutian tahun baru bersama yang tersayang adalah percutian permulaan bagi saya dengan keluarga. Tapi kali ini percutian saya dengan Lelove sekali. 

Ke mana destinasi kami kali ini. Biasala kalau pilihan terletak di tangan ummi maka antara langkawi dengan bandung pilihan utama.. Jadi di sebabkan saya tak dapat cuti yang panjang. Qifah baru je start sekolah. Nak ponteng lelama cam tak baguskan maka pilihan ke Langkawi adalah pilihan ummi. 
Well i tak kisah pun ke mana2 as long keluarga saya happy. Seperti 2 tahun lepas andai tak silap la kami terpaksa himpit antara satu sama lain kerana ummi shopping tak ingat dunia jadi kali ini kami pergi dengan 2 kereta. 
Harap sangat ummi dapat shopping dengan tenang. Tak nak nanti da balik ummi cakap ummi suka benda tu tapi takut nak beli sebab takut tak muat kereta.. 
So no no no saya tak ummi rasa terkilan dan saya tak nak rasa terkilan juga sebab tak dapat tunaikan permintaan ummi. 

30 January
1 kereta telah sampai ke destinasi. Saya dan lelove akan menyusul pagi sabtu di sebabkan saya tak dapat cuti. 
Activity ummi seperti biasa akan survey dulu barang murah dan berkualiti. 

31 January
Seawal 730am kami da sampai di Jeti kuala kedah. Feri terawal 830am tapi di sebabkan perut berirama maka saya dan lelove membeli tiket feri pukul 930am. 
Perjalanan dari kuala kedah ke jeti langkawi dalam 2jam dan tiba je di jeti langkawi abah da menunggu.
Let start "perabiskan duit" 
Sampai hotel mandi salin baju terus start shopping. Kali ini percutian more to shopping berbanding tahun sebelum ni. 
Destinasi pertama ke HIG dan Idaman Suri. Sparuh barangan di siap di beli. 

Di sebelah petang saya mengajak keluarga makan Laksa Ikan Sekoq. Makanan yang perlu di cuba. Ramai sangat cakap sedap so gak rasakan. Sambil melepak di tepi pantai beranginkan sepoi sepoi. 

1 Feb 
Seawal 830am kami da bersiap sedia untuk perabiskan duit.. Memandangkan di sebelah petang ummi nak pergi Island Hopping even da pernah pergikan kata ummi nak bagi monyet makan keropok yang ummi bawa dari rumah. Di sebabkan Lelove tak nak join maka kami pergi naik cable car. Sementara menunggu mereka pulang dari Island Hopping. Btw banyak sangat da perubahan kat sana walaupun jambatan Cable Car masih Dalam renovation.




Perjalanan di teruskan ke Art 3D well kami sampai hari dua di buka. 3D yang terbesar di Malaysia. Subahanallah banyaknye 3D sampai kepenatan nak posing. Memandangkan dorang pun dah nak balik dari Island Hopping jadi untuk mengejar masa saya possing ke pic2 yang menarik je even sebenarnya hampir ke semua menarik. 

Mak aii banyak benau la nak share. Kalau korang nak tahu apa lagi ada sila ke Langkawi ya..

Puas berjalan harusla kelaparankan tapi di sebabkan saya suka survey blog mana tempat makan yang menarik dan sedap jadi saya mengajak mereka ke 
Ok ni statement jujur dari hati. Walaupun tempatnya di sisiran pantai. Makan sambil rambut terbang2 tapi hakikatnya makan mereka tidak sedap!! Harga berpatutan tapi kalau da tak sedap pun tak gunakan. For me bia la bayar mahal pun janji makanan sedap. 


Dah shopping dah kenyang balik ke hotel tapi kami yang berjiwa muda nak gak rasa night life kat area cenang. Memandangkan kami menginap di Kuah perjalanan mengambil masa 3minute dan ummi ngan abah tak nak join..(huh nasib) 
Kami berpecah meneruskan jiwa muda kami melepak di tepi pantai sambil bershisha. 

2 Feb 
Hari terakhir saya dan Lelove di Langkawi tapi bukan hari terakhir untuk keluarga saya. Mereka sambung cuti lagi sehari memandangkan esok masih cuti di Selangor. 
Kalau sampai langkawi tak singgah Dataran Helang macam tak complete je percutiankan. 

Tataa finally berakhir juga percutian kami untuk tahun baru. 

No comments: