Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 06, 2015

Labour Day Journey


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Taraaa. Sebenarnya mood nak update blog kesayangan ni tak sampai lagi. Tapi bila tengok je album gambar Go Pro dalam hp. Mak aiii punyala banyak tak di kongsikan dalam dairi kesayangan ni. Kekadang macam malas je nak update blog ni tapi bila tengok gambar cam rugi je tak di kongsikan dalam dairi kesayangan ni. Sekurang2nya bila bosan boleh gak membaca dan kenangkan kenangan indah yang pernah saya lalui.

Bila jalan cerita dah lapuk di makan zaman. Saya tetap ingin kongsikan sebagai kenangan saya.

30 April 2015

Perjalanan yang sememangnya di rancang. Tak jauh mane pun tapi cukupla ia membuat saya teruja dengan kecantikkan alam semua lagi. Tepat pukul 1030pm bus Sani Express begerak ke destinasi. Kenapa kali ini perjalanan kami menaiki bus. 1 atas sebab kami pergi beramai walapun perjalanan takla sejauh mane cuma dapat rasakan bakal kepenatan waktu nak balik. 2 dengan alasan yang paling kukuh bila kita duk berendam untuk drive balik ke KL akan membahayakan keadaan. Mungkin sebab letih mungkin juga sebab terlalu mengantuk.





Seramai 8 orang yang join percutian kami kali ini. Ke mane destinasi saya kali ini biar la gambar2 berbicara. Biarla kalian terteka teki. yang penting masih dalam Malaysia.
 
1 May 2015

Memandangkan hari ini adalah cuti umum maka seramai2 hamba Allah terkumpul dan pergi ke arah destinasi yang sama.Seawal pukul 1030am kami sampai di destinasi.Kenapa lambat sangat? Fefahamla kalau duk Malaysia ni cuti umum, cuti panjang kalau tak tersangkut kesesakkan lalulintas bukan Malaysia la namanya.
Biar lambat asalkan selamat yea idok?? Alhamdulilah selamat juga sampai walaupun tidur bangun tidur bangun masih di dalam bus.
Memandangkan 1 may jatuh pada hari jumaat perjalanan untuk menaiki feri terpaksa di tunda selepas sembayang Jumaat. Perasaan mengantuk, panas, tiadak selesa sebab tak mandi, bosan semua menghantui kami sangat menanti habisnya solat Jumaat.
 
Lebih kurang pukul 4pm kami check in hotel, meluruskan pinggang dan melepakkan diri di tepi pantai. Memang hari pertama kami free untuk segala aktivity.
 

 
 
 
 








 

Sape dah dapat teka mane lokasi destinasi saya kali ini?? Tak dapat lagi la tuewww, tapi malu nak ngaku nanti orang cakap awak kurang bijakkan. Takpe teruskan membaca nanti dapatla jawapan tu. Kalau tak sanggup baca sampai ending nanti taula destinasi di mana.

2 May 2015

Lebih kurang pukul 1030am bot untuk membawa kami ke 1 pulau ke 1 pulau telah tiba. Sebelum itu saya memohon maaf sebab activiti di dalam laut semua masih dalam simpanan Go Pro. Cukupla malas saya nak upload masukkan ke dalam Hp. Walaupun Iphone6 ioll 64gb tapi bila malas menguasai diri segalanya akan di beri dengan pelbagai alasan.
Kalau dalam blog tak di upload inikan pulak dalam instgram dan Fb memang haramlakan sebab malas dah menguasainya.


Setelah beberapa jam meredahi lautan maka kami pun di hantar ke hotel untuk cara bebas. Memang kami tidak mengambil packej yang padat dengan activity di sebabkan percutian kami terlalu singkat.
Perjalanan di sebelah petang di teruskan ke Kinci Angen. SubahanaALLAH bertapa semputnya pernafasan untuk sampai ke Kincin Angin. Tercungap2 badan Xyah cakapla berlecak segalanya.
Aeeuuwww dengan berpeluh dengan tekak dahaga. Allah je maha ketahui. Ni gara2 bila pemandu tu tanye nak redah laut atau darat. Kami sepakat nak redah darat memandangkan ramai antara kami dah mandi n salin baju. Sekali hambek. Lencun baju serupa tak payah mandi.

Alhamdulilah setelah meredah jalan darat menempuhi gunung ganang selama 45minit akhirnya kami sampai ke destinasi. Nampak tak bertapah gigihnya kami nak sampai ke Kinci Angin. SubahanaALLAH pemandangan yang sangat cantik. Angin sempoi2 bahasa. Bila badan dah berpeluh kena angin mak aii layan




Setelah berehat beberapa jam di kinci angin perjalanan di teruskan tapi kali ini dengan membuat pilihan kami redah lautan. Ketika meredah laut air mula menaik dengan saya yang tak berapa pandai berenang bertawakal je semoga selamat sampai ke bot.

3 May

Hari terakhir berada di sini. Terlalu banyak kenangan yg akan di tinggalkan. Memandangkan btot ke jeti akan sampai ke pukul 4pm untuk ke jeti. Jadi kami tambah lagi 4jam untuk simpan beg. Tambah untuk 1 bilik je share reramai. Jadi activiti terakhir kami bermain di sisiran pantai. menikmati kecantikkan ciptaan Allah buat kali terakhir. Ada rezeki dipanjangkan umur sihat segalanya InsyaaAllah akan sampai untuk masa akan datang.





 

No comments: