Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 10, 2015

Dugaan percutian 2015


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Percutian yang berulang kali. Biapun asyik ke destinasi yang sama tapi bagi saya itu satu yang memuaskan. Ke mane destinasi kali nie?? Seperti biasa ke Negara Thailand. Mungkin di sebabkan economi negera kite yang masih tidak stabil dan mungkin Thailand destinasi yang boleh saya bergerak sendiri tanpa Tour guide. 

Seperti tahun lepas seingat saya. Saya ke Krabi dengan menaiki flight seorang diri. Sampai ke Airport naik bus ke Krabi Town. Bukan percutian seorang diri tapi kekawan lain menaiki train dan lewat sampai ke destinasi. Jadi dari Krabi town saya memberanikan diri mencari Hostel sambil berjalan kaki. 
Mungkin ada yang seberani saya tapi sejujurnya ni adalah pertama kali tahun lepas saya ke Krabi town. Alhamdulilah Allah permudahkan perjalanan saya. Sampai ke hotel dengan selamat sementara menunggu teman2 lain sampai pada sebelah petang. 
Berbalik pada cerita tahun ini. Perjalanan ke negara Thailand untuk kali ke berapa saya tidak pasti dengan 2 tujuan. 
Pertama - saya membawa sahabat saya yang pertama kali menjejak kaki ke Thailand. 
2 - mata wang Malaysia merundum jatuh dan Thailand sahaja destinasi mungkin menjimatkan. 

Dugaan demi dugaan percutian kali ini kami tempuhi bersama. Alhamdulilah saya di kelilingi kekawan yang tidak cepat melatah. 

28 Aug 1130pm
Kami ke Thailand dengan menaiki bus. Menjimatkan. Ok tipu sebenarnya ticket flight mencecah 389rm ke atas. Pergi sahaja jadi cam tak berbaloi. Train pulak kehabisan ticket. 
Kami sampai ke Pudu lebih kurang 1030pm. Memang saja awalkan sejam. Kononnya takut tertinggal bus. Jam hampir 1159pm bus masih tidak muncul dan hati kami semakin resah. Rupanya bus kami rosak dan hanya di beri 3 pilihan. Refund ticket balik rumah, tukar bus tapi turun kat Kangar or tunggu bus esok pagi. Ya Allah dugaan apakah ini. Nak balik rumah hotel dah bayar full. Ticket flight balik dah beli. Jadi bincang punya bincang kami setuju dengan menaiki bus ke Kangar. 

29 Aug 

Kami sampai ke bandar Kangar lebih kurang 830am dan sepatutnya time begini kami dah sampai di bandar Hatyai.  Ingatkan settle bila sampai ke Kangar hanya cari bus or van untuk ke Hatyai. Rupanya anggapan kami meleset. Kami terpaksa menyewa bus or teksi untuk ke Padang besar. Sampai je ke Padang besar sekali lagi kami kena sewa teksi ke bandar Hatyai. Udahlah matawang Malaysia jatuh lagi di tipu mau di bayar lebihan dari bajet kami. Nasib kami de bawa duit Malaysia extra. 
Alhamdulilah kami sampai ke HotelHatyai Lebih kurang  330pm. Ya Allah lenguhnya kaki. Penatnya badan hanya Allah yang tahu. Dan kami percaya Allah tidak akan menguji seseorang tanpa kudrat yang mereka boleh tempuhi. Allah maha mengetahui jalan cerita yang ianya telah tetapkan. 


Sambungan susulan akan di teruskan bila masa dan keadaan mengizinkan. inshaaAllah. 



No comments: