Friday, January 29, 2016

Alhamdulilah congratulations anakda Mama Puteri NurThaqeefah Shahidah



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Bila tengok kejayaan adik kesayangan hampir terlupa dengan kejayaan anak sendiri. Bukan terlupa yang kejayaan itu tapi hampir terlupa untuk di kongsikan di dalam dairi kesayangan saya. 

Alhamdulilah dengan kejayaan orang2 sekeliling saya yakin ada rahmat yang Allah telah tetapkan. Anak saya "Puteri NurThaqeefah Shahidah" seorang pelajar yang sangat active di sekolah. Baik suka bola jaring, merentas desa atau kebudayaan. Sebagai mama saya hanya menberi semangat dan sokongan. Selagi dia termampu saya tak pernah menghalang tetapi dengan syarat. Ok saya  seorang yang garang. Sangat garang. Masukla segala activiti sekolah asalkan pelajaran tidak di abaikan. 
Alhamdulilah syukur kepada Allah. Even anak saya wakil sekolah untuk MSSD untuk merentas desa dan bola jaring dan merangkul pingat yang membanggakan. Mewakili sekolah untuk wakil selangor dalam bidang Kebudayaan. Alhamdulilah anakda saya berjaya membawa pulang "persembahan terbaik, Pakaian tercantik dan merangkul tempat pertama dalam 25sekolah yang terpilih. 

Dalam segala kejayaan semua itu saya dengan berbesar hati anak saya dapat tempat pertama untuk tahun 4 dalam peperiksaan. Ya Allah, hanya padamu ku bersujud. Engkau makbulkan segala doakan untuk anak tersayangku. 
Tiada yang dapat saya katakan pada semua di umumkan hanya air mata sebagai tanda bersyukur dengan kejayaan anak kandung sendiri. Alhamdulilah terima kasih Ya Allah. 




No comments: