السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Jeng jeng jeng!!!
Bosan ya baca entry saya yang terlalu banyak ni??? Okla ini in shaa Allah last entry untuk hari ini. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang saya nak sharekan tapi apakan daya sekarang pun dah nak masuk kul 3am. Nak bersahur lepas tu tido. In Shaa Allah ada masa terluang akan saya akan update kan lagi.
Apa2 pun sebelum saya teruskan entri saya yang berikutnya saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafaan andai ada tersilap kata atau menyigung perasaan sesiapa yang memnbaca entri saya selama ini. Segalanya di luar pengetahuan. Sesungguhnya yang BAIK itu dari Allah dan saya sebagai umatnya hanya mampu memohon kemaafan sekali lagi.
Saya teruskan entri terakhir saya mungkin untuk bulan ramadhan. Mungkin akan ada sambungan cerita ramadhan selepas ini. Kita merancang dan segala2nya Allah yang menentukan.
Dalam kesibukkan masa yang ada saya tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama kawan2 saya expecially Besties dan kawan2 sebelah Love.
Maaf entri berbuka puasa bersama Besties saya tak dapat updatekan atas alasan yang sama masa tak mengizinkan. Dan saya tak berjanji akan mengupdatenya andai di beri kelapangan. Kenapa?? Sebab segala gambar tiada di simpanan saya.
Kali ini saya nak update tentang berbuka puasa saya bersama Love & members. Amboi ramainya members love kan.Kawan ramai cuma yang boleh sekepala boleh di kira dengan jari. Dengan berbuka puasa yang perancangan saat terakhir. Mereka juga mempunya urusan lain jadi hanya seorang je yang ada masa terluang untuk berbuka dengan kami.
Di mana lokasi pilihan dan bersama sapa kami berbuka??Sila rujuk pada gambar ya.
Selesai berbuka puasa perut tak reti nak kenyang kami meneruskan mencari makanan untuk bersantai.
Dan pilihan kami sudah tentula di Dip&Dip. Syurga segala chocolate. Lagi2 untuk penggemar chocolate seperti kami.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Taraaa!!!! Entry ke 2 untuk malam ni. Bila kelapangan ni la yang saya akan cuba lakukan. Mengupdate blog seberapa banyak. Macam yang telah saya janjikan saya akan update selagi masa mengizinkan walaupun tidak mengikut waktu kejadian. Kali ini saya nak share kan sedikit rezeki ramadhan saya pada tahun ini. Alhamdulilalah rezeki saya masih bertambah dari tahun ke tahun. Dan yang menggembirakan saya tahun ini sangat di luar jangkaan saya.
Seperti tahun2 sebelum ni. Saya akan membuat peniagaan kecil2an untuk mencari rezeki. Sekadar menjual kerepek2 dan kueh raya. Tahun ini saya tak buat kueh raya jadi saya hanya tumpukan pada kerepek2. Saya terlah menuntup tempahan seawal seminggu raya.
Jikalau tahun lepas Pisan Tanduk susah nak dapat di pasaran ia tetap saya pada tahun ini cuma bezanya tahun ini segala ubi dan pisang kurang di pasaran.
Alasannya saya sendiri kurang pasti. Tapi kekurangan kerepek2 di atas bukan penghalang untuk saya meniaga. Pengalaman mengajar saya lebih matang. Alhamdulilah saya berjaya menghantar lebih kurang 25kg kerepek2 ke Kelantan. Terima kasih pada yang memberi idea untuk cara pengiriman. Terima kasih pada Kangaroo Express & Gdex Express sebab menyediakan services sampai ke Kelantan. Segalanya berjalan dengan lancar. Itu belum termasuk lagi dengan tempahan dari rakan Facebook, kawan2 sekolah, kawan2 lama.
Jumlah kesemua pisang tanduk yang berjaya saya jual pada tahun ini sebanyak 85kg & Ubi pedas basah 30kg. Jadi dapatkah kalian terima alasan saya seperti entri sebelum ini yang saya kesibukan masa. Mana nak menghantar, mane nak mengambil kerepek2 yang telah di tempah.
Sekali lagi saya bersyukur sebab di kelilingi oleh insan2 yang tak jemu2 menolong saya. Terutama ummi & abah sebab beri ruang untuk saya menyimpan segala kerepek sebelum di hantar kepada rakan2 dan tak juga pada Love yang sentiasa ada dengan saya, bersengkang mata walaupun masa tidur sangat kekurangan. Sudi menghantar ke mana saja tanpa saya mendengar sebarang keluhan.
Semoaga Allah permudahkan segala urusan saya. Dan in shaa Allah kalau di panjagkan umur dan di murahkan lagi rezeki saya akan teruskan perniagaan kecil2an saya sepanjang ramadhan yang akan datang. Moga2 ramadhan kali ini bukanla ramadhan yang terakhir buat saya. In shaa Allah