Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 03, 2009

ANUGERAH PALING ISTIMEWA UTK KITE HARGAI

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan
seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram.. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda
mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah
apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan
dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda
lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda
adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda
bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki
segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang
terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya
apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang
sekeliling anda pula yang akan menangis.


Puteri a.k.a Bie

No comments: