Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 16, 2014

Mr. Ex Vs My Life = Puteri NurThaQifah Shahidah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ




tak tahu hari ini yang ke berapa entry dah saya pos kat Dairy Kesayangan saya ni...
Atas sebab kerajinan melampaula ni...
termasuk sekali masa yang banyak sangat harus saya isikan...
ceh macam banyak sangat masa...
kerja melambak tu kan belakang...

Ni saya nak cerita sikit pasal Mr. X & anak kesayangan saya "Puteri NurThaqifah Shahidah"
tak ada pun yang menarik mana nak saya kongsikan...
cuma kekadang tu saya bangga sikit la...
sikit je sebab saya salah seorang yang bertuah dan masih lagi berkawan dengan bekas suami...
kebanyakkannya mereka akhiri dengan pergaduhan...

Alhamdulilah sangat2 bila saya masih di kelilingin orang yang begitu matang tahu membezakan hubungan kerana anak dan kerana rasa cinta...
Saya pernah rasa terseksa bila setiap pergerakkan saya di kawal lagi2 bab nak jumpakan anak dengan papa dia... 
inikan pulak nak kami nak bersua muka... 
harus bencana tsunami bermula...
tapi alhamdulilah saya terlepas dari seksa kawalan dan di kelilingi orang2 yang sangat matang...
Siapa pun kawan saya sekarang... 
mereka antara golongan yang saya maksudkan...
yang tahu apakah hubungan kami sebagai mama & papa kepada Qifah...

Mama mana tak nak tengokkan anak kesayangan dia rasa bahagia??
saya salah seorang mama yang punyai perasaan begitu...
jadi di sebabkan itula saya dan Mr. X masih teruskan hubungan sebagai kawan...

Ahmad Shahani 
Seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya...
dan di kurniakan seorang anak yang cukup cerdik...
dan dia juga adalah lelaki pertama yang bukakan pintu hati saya untuk terima lamarannya untuk jadikan saya halal baginya... 
in shaa allah dia bukan yang terakhir untuk saya...
dan dia juga seorang papa yang tak pernah jemu melayan kerenah anak kesayangan nya 
dari kecil sampai la sekarang...
Dia jugala akan berjaga tengah malam seandai Qifah meragam...
Hanya pemahaman kami berbeza hingga terjadinya kami tidak sefahaman...

Ok tak yah la teruskan lagi cerita dah lepaskan...
hanya saya dia dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu kenapa dan mengapa puncanya perpisahan kami...
saya tidak akan menunding jari kepada sesiapa kerana semuanya telah pun berlalu...
Biakan mereka dia dan saya tahu apa itu KARMA...
bukan hari ini tapi In Shaa Allah akan datang Allah akan membalasnya...
Bahawanya setiap balasan Allah di bayar secara CASH w/o LOAN or penjamin 
Cepat atau lambat pasti datang jua balasannya...



No comments: