Tuesday, April 19, 2016

Hi 5 Backpackers Malaysia Krabi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hai hai hai 
Hari curi masa sikit sementara boss duk kat dalam tu. sebelum mood payroll sampai yang boleh kecundangkan mood iols sampai ke malam hari. Baik iols cuba mengisi masa dengan update story morry iols yang tergantung lamanya. 
Percutian pertama untuk tahun 2016. Mungkin sebab kewangan X mengizinkan  nak holiday jejauh jadi iols menjejak kaki ke sempadan Thailand sekali lagi. Yang ke berapa kali tak payah cakapla. Sampai iols dah hafal setiap ceruk jalan kat sana. Kali ni perjalanan iols bersama Lelove dan rakan2. Siapa mereka?? Depa ni la kekawan yang join iols g Bangkok beberapa tahun lepas. Cuma ada sikitla muka yang berbeza. 

24 February 2016 

Kali ni perjalanan kami secara backpackers. Dari Kuala Lumpur menaiki keretapi (12am 25/2) dan sampai ke station keretapi Hatyai kul 1030am (waktu Malaysia) 
Sampai je di Hatyai destinasi pertama mencari van ke Krabi. Iols sarankan kalau nak cari van ke Krabi janganla cari yang berdekatan KTM coz ya ampun mahal gile. Biar jalan jauh sikit asalkan puas hati dan menjimatkan. Iols dapat pergi balik hatyai krabi - krabi hatyai seorang rm60
Selesai mencari ticket terus cari makanan. Sepanjang perjalanan tak makankan. Banyak masa dengan tidur. Lebih kurang 130pm perjalanan ke Krabi bermula. 
630pm (waktu Malaysia)
Cam biasa iols dari Malaysia dah booking hostel untuk mengelakkan bilik penuh. Booking punye booking terpikat dengan salah 1 hostel "Slamber party hostel" yea iols memang booking hostel kata pun backpackers kan so tak perlula di issuekan hotel murah ke mahal. So sambung balik cerita pasal Hostel slamber party. Sampai je di sana iols la yang masuk nak checkin sekali minah saleh ni cakap dia tak dapat booking dari iols. Bukan salah iols la sbenarnya tapi pihak booking.com tak anta email kat depa ni. Di jadikan cerita sedih bilik depa ni da pun penuh. Tapi atas tujuan yang baikkan.  Allah permudahkan segalanya. Alhamdulilah. Kami dapat hostel aonang backpackers yang lebih selesa dan murah. Semalam rm30 seorang. 
Pada sebelah malam nya kami free and easy. Takde plan selain cuci mata di night market aonang. Jalan punya jalan tak sedar hampir hujung night market kami sampai. Hambek time nak balik terpaksa naik tuktuk. Mau tercabut kepala lutut nak bjalan sampai ke hostel balik. 


26 February 2016. 

Seperti yang dirancangkan pagi ini perjalan pertama kami ke Emerald Pool. Kali ni pun iols naik motor. 70km sehala mau X kematu buntot weall. Tapi bila jalan reramai syokkan. Apala sangat bukan selalu sekali skala nak rasa nikmat naik motor tempat orang. So far lelove yang tunjuk jalan.  Gile X gilela dia baru 2 kali pergi dan ini kali ke 3 perjalanan ke Emerald Pool tapi lelove dah hafal jalan. 


Setelah selesai berendam dekat Emerald Pool dah jelajahi tiger ape tah iols pun lupa. Dah berpusing 2-3kali night market krabi. So tamatla perjalanan untuk hari ini. Memasing balik hostel cam lupa daratan. Kepenatan. 

1 March 2016

Seawal 730am kami menunggu van membawa kami ke islands hopping. But tak luck mungkin sebab air bgelora. Maka perjalanan masih di teruskan. 
Kali ini kami ambik long tail memandangkan bayaran speed boat dah mahal dan ada yang rasa kurang ke mampuan jadinya kami bersepakat naik long tail. Tetapi long tail kami is private. So ikut sukala nak berenang 1 tempat tu berapa lama. 


Selesai sudah activities kami untuk hari ini. Perjalanan seterusnya ke night markets aonang untuk membeli belah menambah apa yang tak cukup. Alhamdulilah selesai perjalanan kami untuk tahun 2016. 


Btw nak share sikitla. Tunjuan kami ke Krabi bukan berjalan semata2. Kami ada plan nak buat video ala2 cam omputeh. Yang berminat mai la klik link di bawah. 

https://www.youtube.com/watch?v=r9TsCqJXEIo







No comments: