Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Hi 5 Backpackers Malaysia Krabi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hai hai hai 
Hari curi masa sikit sementara boss duk kat dalam tu. sebelum mood payroll sampai yang boleh kecundangkan mood iols sampai ke malam hari. Baik iols cuba mengisi masa dengan update story morry iols yang tergantung lamanya. 
Percutian pertama untuk tahun 2016. Mungkin sebab kewangan X mengizinkan  nak holiday jejauh jadi iols menjejak kaki ke sempadan Thailand sekali lagi. Yang ke berapa kali tak payah cakapla. Sampai iols dah hafal setiap ceruk jalan kat sana. Kali ni perjalanan iols bersama Lelove dan rakan2. Siapa mereka?? Depa ni la kekawan yang join iols g Bangkok beberapa tahun lepas. Cuma ada sikitla muka yang berbeza. 

24 February 2016 

Kali ni perjalanan kami secara backpackers. Dari Kuala Lumpur menaiki keretapi (12am 25/2) dan sampai ke station keretapi Hatyai kul 1030am (waktu Malaysia) 
Sampai je di Hatyai destinasi pertama mencari van ke Krabi. Iols sarankan kalau nak cari van ke Krabi janganla cari yang berdekatan KTM coz ya ampun mahal gile. Biar jalan jauh sikit asalkan puas hati dan menjimatkan. Iols dapat pergi balik hatyai krabi - krabi hatyai seorang rm60
Selesai mencari ticket terus cari makanan. Sepanjang perjalanan tak makankan. Banyak masa dengan tidur. Lebih kurang 130pm perjalanan ke Krabi bermula. 
630pm (waktu Malaysia)
Cam biasa iols dari Malaysia dah booking hostel untuk mengelakkan bilik penuh. Booking punye booking terpikat dengan salah 1 hostel "Slamber party hostel" yea iols memang booking hostel kata pun backpackers kan so tak perlula di issuekan hotel murah ke mahal. So sambung balik cerita pasal Hostel slamber party. Sampai je di sana iols la yang masuk nak checkin sekali minah saleh ni cakap dia tak dapat booking dari iols. Bukan salah iols la sbenarnya tapi pihak booking.com tak anta email kat depa ni. Di jadikan cerita sedih bilik depa ni da pun penuh. Tapi atas tujuan yang baikkan.  Allah permudahkan segalanya. Alhamdulilah. Kami dapat hostel aonang backpackers yang lebih selesa dan murah. Semalam rm30 seorang. 
Pada sebelah malam nya kami free and easy. Takde plan selain cuci mata di night market aonang. Jalan punya jalan tak sedar hampir hujung night market kami sampai. Hambek time nak balik terpaksa naik tuktuk. Mau tercabut kepala lutut nak bjalan sampai ke hostel balik. 


26 February 2016. 

Seperti yang dirancangkan pagi ini perjalan pertama kami ke Emerald Pool. Kali ni pun iols naik motor. 70km sehala mau X kematu buntot weall. Tapi bila jalan reramai syokkan. Apala sangat bukan selalu sekali skala nak rasa nikmat naik motor tempat orang. So far lelove yang tunjuk jalan.  Gile X gilela dia baru 2 kali pergi dan ini kali ke 3 perjalanan ke Emerald Pool tapi lelove dah hafal jalan. 


Setelah selesai berendam dekat Emerald Pool dah jelajahi tiger ape tah iols pun lupa. Dah berpusing 2-3kali night market krabi. So tamatla perjalanan untuk hari ini. Memasing balik hostel cam lupa daratan. Kepenatan. 

1 March 2016

Seawal 730am kami menunggu van membawa kami ke islands hopping. But tak luck mungkin sebab air bgelora. Maka perjalanan masih di teruskan. 
Kali ini kami ambik long tail memandangkan bayaran speed boat dah mahal dan ada yang rasa kurang ke mampuan jadinya kami bersepakat naik long tail. Tetapi long tail kami is private. So ikut sukala nak berenang 1 tempat tu berapa lama. 


Selesai sudah activities kami untuk hari ini. Perjalanan seterusnya ke night markets aonang untuk membeli belah menambah apa yang tak cukup. Alhamdulilah selesai perjalanan kami untuk tahun 2016. 


Btw nak share sikitla. Tunjuan kami ke Krabi bukan berjalan semata2. Kami ada plan nak buat video ala2 cam omputeh. Yang berminat mai la klik link di bawah. 

https://www.youtube.com/watch?v=r9TsCqJXEIo







Monday, September 14, 2015

Hatyai Day 2



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Setelah keletihan perjalanan semalam. Maka hari ini bangun lebih ceria dan cergas dari semalam. Alhamdulilah Allah masih memberikan kesihatan yang baik untuk percutian kali ini. 
Since semalam kami memang da booking tuktuk nak berjalan. Senang takyah nak tahan tuktuk tepi jalan yang charge harga ikut suka apak dorang je. Dapat yang Alhamdulilah fasih berbahasa melayu. Boleh nego waktu dan harga. 




Taraaa kami dah bersedia untuk menterjah Hatyai. 




Destinasi pertama 









Pemandangan dari atas lif boleh menampakkan bandar Hatyai. Perjalanan di teruskan tapi berhenti seketika di tepi jalan yang nampak bunga matahari yang menarik. Dah la ioll memang suka bunga matahari terus teruja bila nampak depan mata. 







Seterusnya ke Pantai Samila. Tempat yang wajib singgah kalau da sampai Hatyai. Takde ape pun menarik cuma pemandangan yang cantik. Biasala kata pun tepi pantaikan. Angin sepoi sepoi bahasa. 



Setelah berehat di tepi pantai seterusnya kami ke Magis eye 3D 

Oill X teruja pun sebab saya kan dah pernah pergi muzium 3D terbesar di Asia. Kat Malaysia lagi. So setakat habiskan masa berjalan. 










See betul tak saya cakap takde apa pun menarik. Dengan takde idea nak snap pic.Mostly dorang akan letak pic untuk bagi idea tapi ni takda. Ok hampeh. 
Actuvity seterusnya perabih duit kat bazar depan Magic Eye 3D 


P palang S : Continue Lagi 




Hatyai Day 1


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Sambung entry sebelum ni. Untuk tidak membuang masa. Kami mandi dan bersedia untuk ke Floating Market Hatyai. 
Maaf kebanyakkan pic masih di dalam Go Pro jadi saya share ape yg de dalam hp je. 
Kami bernasib baik sebab abang teksi dari padang besar sanggup tunggu kami bersiap dan bawa kami berjalan. 
Sampai ke Floating Market benda utama saya nak cari adalah bekas air yang unik. Mungkin pada yg biasa tak rasa keunikkannya tapi setahu saya belum ada lagi bekas unik dengan harga Rm3 siap dengan air jual di Malaysia. 



Pelbagai jenis corakkan boleh di pilih. 

Sebelum ni saya ada juga membaca blog2 terkini mengenai Floating Market. Dari pasu unik sampai la ke jenis makanan halal yg murah dan sedap. Memang saya tak nafikan makanan di Thailand is awesome. Bagi yang suka mencuba sesuatu yang lain seperti saya sangatla sesuai ke Floating Market ni. Makanla seberapa banyak ianya sangat berbaloi murah dan sedap. 





Lebih kurang 3jam bertapa dan keadaan tak mengizinkan sebab cuaca da mula mendung jadi kami pun berangkat pulang  ke Hatyai Town. 
Hari pertama di Hatyai kami hanya berjalan dan survey kedai2 yang murah untuk di beli pada esok hari. 
Lebih kurang 1130pm waktu Malaysia kami pulang ke hotel. 

P palang S : to be continue 


Saturday, December 13, 2014

City of Angel - Sept2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Lama sungguh tak update cerita terkinikan. Eventhough cerita bakal update ni dah lama sangat berlalu. Dah berbulan2 kot tapi dengan kerajinan yang sekejap ada sekejap hilang macam chip more ni maka saya akan gak update step by step walaupun tak mengikut tarikh bulan masa kejadian. 

Kali ni cerita bakal saya kongsikan mengenai pengalaman saya bercuti ke "Angel of City"
Di mane?? Ce search sikit. Mane lagi kalau bukan di Bangkok. Percutian yang telah di rancang lebih kurang 6bulan dan akhirnya masa telah tiba.
Alhamdulilah seawal 530am saya telah berada di TBS stand for Terminal Bersatu Selatan. Kenapa ke situ??? 1st sebab parking kereta di situ sangat selamat dan Komuter direct ke KLIA2 mengambil masa sekejap untuk sampai ke destinasi. See tak buang minyak tak buang masakan??? 
Penerbangan ke Bangkok di jangka pukul 1030am dan akan check seawal 2jam. Bukan apa itu 2nd time for me ke KLIA2 so takut la tersesat dan halangan2 yang bakal tiba. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Sampai ke airport Bangkok lebih kurang 12lebih waktu tempatan. Seharusnyala mencari di mane diestinasi hotel yang telah di booking. Act kami tak booking hotel pun sebab nak jimatkan pebelanjaan. Jadi kami dengan kata sepakat menyewa hostel yang kami boleh tidur sebilik bersama kekawan yang lain. Save sikit kan bila bersama dengan kekawan yang lain. 
Selesai checkin dengan perut yang berirama kami mula mencari destinasi makanan halal. Bukan nak cakap apa la mungkin kami tak berapa tahu di mane terletaknya penjual makanan halal yeala kata pun pertama kalikan ke Bangkok. 
Sepanjang 7hari kami berada di Bangkok alhamdulilah kebanyakkan hampir kesemua tempat kami dah sampai. Makanan halal tak payah cakapla. Senang je kot nak cari dengan search mahu pun ringala sikit mulut tu bertanya.
Andai di beri peluang saya dengan bangganya saya ingin menjejak kaki sekali lagi ke Bangkok. Kenapa??? Ya Allah sangat heaven ok bab2 shopping mopping ni. Bayangkan luggage saya dan love sahaja 25kg belum termasuk 14kilo kami yang boleh di bawah ke atas. So total semua 39kg tak mencukupi. Heaven tak?? 
Itu pun ada barang yang kami terpaksa pejam mata untuk tidak membelinya. 
In shaa Allah andai di izinkannya saya akan kembali lagi ke Bangkok dengan stategi yang lebih baik. 

                         

                          

                                                  
                                                                                                           

                                          
                                         

                                                   

                                                   

               
              
                                          


Thursday, May 29, 2014

Phuket - Dodotz birthday gift

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ



Tak tahu nak belikan ape walaupun Lelove suka sangat kasut...
Tak tahu la berapa rak nak kena di sediakan untuk koleksi2 kasut die tu...
so kali ni saya tak nak belikan kasut lagi...
jadi saya hadiahkan ticket ke Phuket selama 5hari 4 malam.

Sebenarnya ni adalah wishes saya untuk tahun 2014 ni... so da alang2 nak bagi ticket g holiday jadi saya memilihla tempat yang saya teringin nak pergi...
Sambil menyelam minum air la nampaknya...

Di sebabkan Birthday Lelove kami berada di Phuket jadi kami meluangkan masa bersama di Hard Rock Phuket bersama kenalan yang baru kami kenal ketika naik flight sesama...
Mereka2 sangatla friendly... tak pernah berkira dari segi kewangan dan tenaga...


Phi Phi Island
  • Viking Cave 
  • Maya Bay
  • Loh Sama bay
  • Monkay Cave
  • Phi Phi Don
  • Khai Island
  • Karon Beach
  • Bangla Road
  • Simon Cabaret
  • James Bond Island
  • Tiger Kingdom 
  •  Cashew Nut Factory


P palang S : Maaf andai susunan gambar tidak mengikut susunan